BAB 6 |D×D

143 15 0
                                    

"𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶 mana sampai tak bagitahu Daddy. Sibuk sangat ke ?" tanya Zariel dengan nada yang tinggi. Daisy sudah menelan air liurnya.

"Aisy lupa nak bagitahu Daddy. Sebab dah lambat sangat," terang Daisy dengan ketakutan.Dia teringat apa yang telah terjadi dulu.

"Kau duduk zaman purba ke sampai tak ada telefon," bidas Shazrain kearah Daisy.

Daisy hanya menunduk.Apa yang boleh dia buat selain akur.

Harini Shahrail tiada di rumah kerana ada kerja di luar negeri.Siapa nak pujuk dia.Dia makin risau apa yang akan jadi kemudian.

"Aisy mintak maaf, Aisy lupa nak bagitahu Abang dengan Daddy. Aisy pergi tempat yang dekat je," ujar Daisy dengan air mata yang sudah mengalir kepipi.

Dia tak mahu benda sama berulang lagi.

Dingin saja pandangan mata Shazrain memandang kearahnya. Apa salah dia sebagai adik.

"Okey takpe daddy maafkan.Aisy pergi mandi lepastu turun bawah daddy ada benda nak bincang dengan Aisy," kata Zariel menyuruh anaknya.

"Baik,daddy." Aisy akur akan arahan daddynya.

Setelah selesai membersihkan diri Daisy turun kebawah untuk berbincang dengan daddynya.Dia pun tidak pasti benda apa yang mahu dibincangkan.

"Aisy dah mandi ?" tanya Zariel ke anaknya.

Daisy hanya mengangguk.Tidak ada daya untuk bercakap.

"Duduk."

Sekali lagi Daisy hanya akur akan arahan daddy.

"Lagi tiga bulan kamu kena kahwin dengan calon pilihan daddy.No excuses !" Zariel berkata dengan nada yang naik satu oktaf.Dia perlu tegas sedikit kepada anaknya.

"Tiga bulan ? Tapi daddy Aisy masih muda.Aisy tak nak kahwin lagi,tolong faham Aisy." Aisy merayu ke daddynya.Tiga bulan masih terlalu awal untuk dia.

"Daddy cakap no excuses ! That's all daddy naik dulu." Kata Zariel seraya itu dia terus bangun untuk kebiliknya.

Daisy sudah mengalirkan air matanya kerana dia tidak mampu untuk melakukan apa apa selain menangis.

"Kau tak payah nak buat drama lah dekat sini.Kau fikir daddy akan kesiankan dekat kau ke ? Jangan mimpi lah," Shazrain berkata-kata sinis ke Daisy sempat dia gelak jahat kearah Daisy.

Nasib berpihak kepada Shazrain kerana daddy tidak ada didepannya.

"HAHAHAH kesiankan kau abang Shahrail kau tak ada dekat sini.Kau fikir aku akan kesiankan dekat kau kalau menangis.TAK AKAN," Shazrain semakin kuat mengutuk Daisy.

"Gerak lu.Cau." Sempat Shazrain menunjal kepala Daisy sebelum dia pergi.

Daisy menaiki anak tangga untuk menaik ke bilik. Ingin menelefon irfan tapi mereka sudah tiada apa-apa.

Daisy menghempaskan badannya ke atas katil.Dia menagis teresak-esak.Dia tertidur dengan keadaan sambil memegang telefon.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

"BILA nak balik Kuala Lumpur?" tanya Darriel. Dyliaa mengangkat kedua-dua belah bahunya tanda dia tidak tahu.

Mereka pergi ke perak kerana Dyliaa ingin melawat cawangan Cafe di Perak. Dia hanya mengajak Darrean sahaja tapi si Darriel sibuk nak ikut.Biasalah budak mengada-ngada.

"Kita balik esok," sampuk Darrean dengan tiba-tiba.Tak ada angin tak ada ribut tiba tiba nak balik.

"Aku lapar doh.Lia order makanan dekat foodpanda. Aku nak ayam masak merah," kata Darriel dengan muka yang tak tahu malu meminta kepada Lia.

Dyliaa dan Darrean hanya diam.Lapar kepala itik dia.Baru balik daripada kedai makan tak akan dah lapar.

"Jom balik aku ada kerja dekat Kuala Lumpur," ujar Darrean.Sungguh ketibaan ya Darrean ni.

Dyliaa dan Darriel memandang sesama sendiri.Terkejut.

"Tercegat apa lagi pergi lah kemas beg."

Dyliaa dan Darriel terus pergi ke bilik masing masing untuk mengemas beg.

Darrean terus berjalan keluar dari rumah untuk memanaskan enjin kereta.Mereka bertiga sudah pun berada di dalam kereta.

Darrean terus beredar dari garaj rumah.

Darrean hanya memandu dengan kadar yang sederhana.

Kalau laju teruk kena dengan dua kembar ni.

His Daisy | On GoingWhere stories live. Discover now