BAB 2|D×D

167 12 0
                                    

"𝗞𝗮𝗺𝘂 pergi mana Daisy lama sangat," tanya Kak Diha risau.

"Tadi Daisy nak pergi ambil scrunchie tiba tiba ada perompak,lepastu ada seorang lelaki tolong Daisy," kata Daisy dengan tenang.

"Kamu ni lain kali Daisy," kata Kak Diha dengan tegas.

"Baik Kak Diha yang comel," puji Daisy.

Ayden berlari kearah Daisy dan Kak Diha "Harini Ay balik dengan siapa teacher ?" Tanya Ayden.

"Assalammualaikum,saya nak cari Ayden Louise ada ke ?" Tanya Darrean kepada Daisy dan Kak Diha.

"Waalaikumussalam,ada apa ye cari Ayden?" Tanya Daisy kepada Darrean. Dia risau sebab selalunya Ayden balik awal dan Ayden jarang balik dengan orang lain kecuali ibu bapa.

"Saya bapa saudara Ayden," Darrean memberitahu kepada Daisy kerana riak wajah Daisy seperti tidak percaya.

Tiba-tiba Daisy melihat Ayden berlari-lari pergi ke arah Darrean "Pergi ambil beg lepastu balik," kata Darrean.

Ayden hanya mengangguk dan pergi mengambil beg.

"Awak yang tolong saya tadi ke ?" Tanya Daisy kepada Darrean.

"Haah aku,kenapa ?" Tanya Darrean.

"Terima kasih awak sebab tolong saya," ucap Daisy dengan penuh ikhlas.Darrean menghulurkan satu kad.

"Kalau ada apa-apa call aku," kata Darrean.

"Ayden jom balik," Darrean memanggil Ayden untuk mengajaknya pulang.

"Bye,teacher," kata Ayden sambil melambai-lambaikan tangan kearah Kak Diha dan Daisy.

𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 rumah Ayden terus berlari ke Dazriel. Dazriel dengan muka penat pergi menuju ke Darrean.

"Lama gila kau ambil anak aku," ujar Dazriel.

"Aku jumpa bidadari tadi,lagi satu aku abang kau hormat please." Darrean berloyar buruk. Dazriel tergelak kecil dengan telahan abangnya itu.

"Kau sakit ke Rean," kata Dazriel dengan muka yang tidak percaya. Jarang-jarang abang dia cakap pasal perempuan. Ini kali pertama.

"Ay pergi mandi lepastu baru boleh tengok baby Aria,ok ?" terang Dazriel kepada anaknya Ayden.

"Ok papa," kata Ayden akur dengan arahan ayahnya lalu terus dia bergerak untuk pergi kebiliknya.

"Baba cakap dekat aku dia nak bincang urusan penting," ujar Dazriel. Dia terkejut apabila babanya beritahu dia tentang hal yang perlu dibimcangkan itu.

"Bila baba bagitahu?" tanya Darrean. Tak akan baba tak beritahu dia.

"Baru tadi baba mesej aku," jawab Dazriel.

"Baba nak bincang dekat mana ?" tanya Darrean dia juga perlu tahu.

"Dekat villa baba,pukul 8 dah kena ada dekat villa," jawab Dazriel.

𝗣𝗮𝗱𝗮 malam itu, dia terus bergerak pergi ke villa Dato Dyren. Sampai sahaja di villa dia terus masuk ke dalam villa tanpa memberi salam.

"Abang Rean memang tak reti bagi salam ke? Dalam ic je islam depan depan takde rupa islam pun," perli Dyraa. Darrean memberi jelingan tajam yang paling tajam untuk Dyraa.

"Kau Belle terbantut senyap," kata Darrean. Seraya itu dia terus mengambil tempat duduk.

"Eh tiang senyap, sudah lah single," perli Dyraa buat kali yang kedua. Pergaduhan apakah ini?

"At least aku tak menangis bila kena marah dengan Abang Megat," kata Darrean membuatkan Dyraa hampir merajuk. Hampir ye bukan dah merajuk.

"Darrean Mikhail Louise," kata Dato Dyren Louise dengan nada yang tegas. Dyraa menjelir lidah kepada abang sulungnya.

His Daisy | On GoingWhere stories live. Discover now