*maaf lambat, so happy reading
" Ayden jangan lari nanti jatuh." Tegur Daisy kepada Ayden.Penat betul jadi cikgu tadika ni.
"Minta maaf teacher sebab Ay lari tadi," ujar Ayden.Mukanya menunduk kerana takut kepada teacher kesayangannya.
"Ye teacher maafkan tapi janji jangan lari lagi," ujar Daisy dengan nada yang tegas.
"Baik teacher Ay janji tak buat lagi," ujar Ayden dengan takut.
Daisy hanya mengangguk dan pergi ke ruang tamu.Yelah tadika dekat kawasan perumahan.
Tadika ini hanya disewa oleh Kak Madiha atau nama panggilannya Kak Diha.
Kak Diha ialah pengusaha tadika ini.
"Kak,Daisy nak tanya boleh ? Maaf kalau ganggu akak." Tanya Daisy kepada Kak Diha
"Mana ada ganngu,Daisy nak tanya apa?" jawab Kak Diha.
"Boleh ke kalau Daisy cuti? Sebab kesian dekat akak dengan Fina,"Tanya Daisy sekali lagi.Biasa la dia jarang cuti.
Punca dia jarang cuti sebab dia suka budak-budak,dia tak boleh kalau tidak ada budak budak lagi satu dia jenis workaholic.
"Mesti lah boleh sebab akak dengan Fina dah biasa," balas Kak Diha.
"Kalau macamtu boleh tak Daisy cuti esok ?" Daisy buat muka comel dengan mata yang terkelip-kelip.
"Boleh.Nanti jangan lupa kirim salam dekat daddy dan abang Daisy," pesan Kak Diha.
"Terima kasih kak.In Syaa Allah nanti Daisy kirim salam," balas Daisy.
"Dah pukul 12 ni diorang kena balik," kata Kak Diha.
"Daisy nak pergi panggil budak budak sekejap dekat sana." Pamit Daisy.
Daisy bergerak menuju ke bilik mainan.
"Murid-murid kemas beg lepastu terus balik faham?" Tanya Daisy kepada semua anak muridnya.
"Faham teacher !" jerit mereka kerana terlalu seronok.Nak balik kan tak akan muka muram pula.
Mereka bergerak ke luar tadika untuk balik.Sementara menunggu ibubapa,mereka bermain di taman permainan yang terletak di kawasan luar tadika.
Daisy bermain bersama anak anak kecil itu.Semasa bermain dengan kanak kanak itu dia rasa rimas bila rambut ikal mayang miliknya tidak diikat.
Dia masuk ke dalam tadika untuk mencari scrunchie.
Tapi dia tidak jumpa scrunchie di dalam begnya.'Mesti aku letak dalam kereta,' bisik hati Daisy.
Dia menuju ke kereta Toyota Yaris milik daddynya.
Dia membuka pintu untuk mencari scrunchie tiba-tiba dia merasa seperti ada orang di dalam keretanya.Dia menoleh ke belakang.Ya dia betul ada orang di belakang.
"Kau bagi aku kereta ni atau kau mati," kata lelaki botak itu dengan tegas.Lelaku botak itu cuba untuk meragutnya.
Dia cuba untuk pandang belakang dan ada dua orang di dalam keretanya."Aku tak ada duit la,aku pun hutang dengan orang." Wajah dia hanya beriak biasa padahal dalam hati hanya Allah yang tahu.
Tiba tiba lelaki botak didalam keretanya itu mengeluarkan pisau.
"Mana kau orang curi pisau ni ? Cantik!" Tanya Daisy.
"Aku dah lama tak bunuh orang ni jangan sampai aku bunuh kau! Mana duit kau ?" Tanya lelaki botak itu tegas.Manakala lelaki seorang lagi pandang kiri kanan untuk melihat orang sekitar.
"Wan,kita kena pergi sekarang ada orang," kata lelaki itu kelam kabut.
"Kau bernasib baik harini." Dua orang lelaki itu keluar dari kereta dengan kelam kabutnya.
"Puan okey ke ?" Suara garau itu mengejutkan Daisy.
"Saya ok," kata Daisy.
'muka dia macam pernah nampak lah,' bisik hati Daisy.
"Aku Darrean." Darrean memperkenalkan dirinya.
"Apa nama penuh awak ?" tanya Daisy kerana dia pernah mengenali orang yang mempunyai sebaris nama itu.
"Darrean Mikhail Louise," kata Darrean.Wajah Daisy terkerjut
"Awak anak Dato' Dyren Louise ?"
Darrean hanya mengangguk dengan soalan yang diajukan oleh Daisy.
"Kau anak Tuan Zariel Daaniel ke ?" Daisy mengangguk.
"Aku pergi dulu," pamit Darrean.Daisy melambaikan tangan ke Darrean.
Darrean terasa seperti dejavu.
YOU ARE READING
His Daisy | On Going
Dragoste"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:? Dilarang sekeras-kerasnya menciplak karya ini.