BAB 7 |D×D

130 12 2
                                    

Tiga bulan kemudian.

"Lagi berapa hari Aisy dah nak jadi Isteri orang," sayu suara Zariel. Dia akui dia salah kerana menyuruh anaknya berkahwin dengan lelaki yang tak dikenali.

"Daddy janganla bagi Aisy nangis. Kalau Aisy kahwin Aisy akan jumpa Daddy juga." Daisy memujuk bapanya.

Pintu dikuak kuat oleh abang keduanya. Dengan muka cerianya Shahrail membawa dua paper bag kearah mereka berdua. Mesti baru balik dari Mall.

Shahrail menyalam dahulu tangan bapanya. Paper bag di letak atas meja sebelum dia duduk di kerusi.

"Adik dah pergi cuba baju?" Daisy menganggukkan kepalanya. Dia sudah ambil baju juga.

"Abang naik atas dulu." Dia terus mengangkat punggungnya untuk menaik ke atas.

___________________________________

"Kau dah ready ke nak salam dengan tok kadi nanti Darrean?" Tanya Daazriel. Ye lah sebagai adik yang baik dia harus bertanya kepada abang derhakanya. HAHAHA.

"Kenapa, kau nak salam tok kadi tu ke?" pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Dasar mangkuk.

"Aku ok je, tapi itulah susah sikit kalau Arina ok, Aku pun ok, " dia ni cakap macam dah tempah kubur. Tunggu masa nak mati je.

"Aku call Arina sekejap." Darrean berpura-pura ingin menelefon seseorang. Daazriel sudah cuak. Mati kalau isteri aku tahu.

"Kau dah cuba baju belum?" Darrean menggangguk. Padahal dia belum cuba lagi. Dia tahu bajunya itu muat dengan badannya.

"Dah la cakap dengan kau bukan ada manfaat pun baik aku masuk bilik aku. Banyak benda lagi aku kena uruskan." Daazriel terus keluar dari bilik Darrean.

Darrean meletakkan kepala di meja. Peningnya, banyak kerja yang perlu dia uruskan. Projek mereka bertimbun - timbun. Lepastu siasatan mereka tentang Dato' Raju pun belum selesai lagi.

Mereka lima adik beradik berkerja sebagai spy di bawah syarikat Darrean. Mereka menyisat kalau ada orang bayar mereka sahaja. Kerana itu dia memaksa Darriel mengambil course computer engineering.

Tok!
Tok!
Tok!

"Masuk!" Pintu dibuka oleh seorang perempuan yang memakai baju kurung dan juga memakai tudung berwarna hitam.

"Ini fail yang tuan minta." Perempuan itu berdiri menunggu respon dari Darrean. Darrean menyelak helaian dari fail itu. Serius betul muka bos dia.

"Awak boleh keluar." Perempuan itu keluar dari biliknya. Dia mencari dimana panadol. Apabila sudah jumpa dia terus makan panadol itu.

Dia meletakkan kepala di atas meja dan terus dia tertidur.
____________________________________

Keesokan harinya Daisy bangun dari katil untuk membuat sarapan. Dia sudah pun berhenti berkerja atas alasan untuk berkahwin.

Selesai membuat sarapan dia terus mengambil tempat di meja makan. Dia duduk di kerusi.

Dia melihat sekitar dapur. Banyak barang dapur nak dekat habis. Baik dia beli daripada terperap duduk dalam rumah ni. Tapi dia harus memberitahu Daddynya dahulu.

Dia terus bergegas naik ke atas untuk meminta kebenaran. Dia membuka pintu bilik Zariel.

"Daddy, Aisy nak minta izin keluar boleh? Aisy nak beli barang dapur," Daisy membuat muka comelnya. Daddynya mengangguk bermaksud dia boleh keluar membeli barang.

Dia sudah bersiap untuk keluar dari rumah. Dia membawa kunci kereta. Dia memulakan enjin kereta. Kereta keluar dari perkarangan rumah.

Daisy memasang lagu Sheesh daripada Babymonster. Dia minat juga dengan kpop ni. Tapi Daddy kurang berminat dengan hobi Daisy.

Sampai sahaja di tempat meletakkan kereta. Daisy terus keluar dari kereta. Kereta milik Zariel itu dikunci untuk memastikan tiada siapa-siapa membuka kereta itu.

Dia mula berjalan masuk kedalam pasaraya itu. Dia mula mencari barang basah dahulu.

Setelah mengambil barang basah Daisy terus ingin mengambil berjalan ke tempat jajan.

Dia mengambil sejenis keropok berperisa bbq. Dia terus ingin membayar.
Setelah membayar dia terus ingin mencuci mata dahulu. Window shopping gitu.

Dia melihat sekitar pasaraya itu. Daisy melihat seorang lelaki memakai baju yang sangat dia kenali. Irfan!

Itu bekas teman lelakinya. Dia melihat Irfan sedang berjalan dengan seorang perempuan yang tak dia kenal. Mereka berdua siap berpelukan.

Dia tidak tahan terus di pergi dari pasaraya. Di dalam kereta dia menagis sebolehnya. Adakah benar apa yang dia nampak?

Daisy mengelap matanya yang penuh dengan air. Dia tidak sepatutnya menagis kerana Irfan. Mereka sudah putus dan dia bakal berkahwin dengan lelaki pilihan Zariel.

Dia memulakan enjin kereta dan terus memandu kereta untuk pulang ke rumah.

Sampai sahaja ke rumah Daisy mengeluarkan barang yang dia beli untuk mengangkut masuk ke dalam rumah. Dia meletakkan barang di dapur.

"Kenapa adik menangis, adik ok tak ni?" Tanya Shahrail. Kenapa pulak menangis ni.

"Irfan dia ada girlfriend baru abang!" Dia menangis di dalam pelukan Shahrail. Shahrail mengusap belakang adiknya yang terhinjut-hinjut.

"Adik kena teruskan hidup tanpa dia, dia hanya masa lalu adik" Pujuk Shahrail di tepi telinga Daisy.

"Kenapa Daddy buat semua ni," Daisy menangis dalam pelukkan abangnya. Tiba-tiba pintu rumah dibuka. Shazrain.

"Kau apasal menangis sebab jantan," Kata yang keluar dari mulut Shazrain membuatkan Daisy terdiam.

"Kau tanya kenapa daddy buat semua ni kan. Sebab daddy pun kena benda sama." Shazrain menunjal kepala Daisy menggunakan jarinya.

"Rain kau jangan main kepala!" Marah Shahrail.

"Kau hidup sebab jantan ke perempuan! Mummy kena lagi teruk dari ni la sial! Kau setakat kena tinggal pun nak nangis. Kau kena fikir yang kau akan kahwin. Sial!" Shazrain melepaskan apa yang dia pendamkan selama ini. Shazrain terus keluar dari rumah.

Shahrail tidak faham apa yang di katakan oleh Abangnya. Shazrain dan daddynya terlalu banyak berahsia dengan mereka berdua.

*agaknya bila dorang kahwin?






  Btw nk double update ke?

  

His Daisy | On GoingWhere stories live. Discover now