BAB 10 |D×D

126 10 2
                                    


"kenapa awak bagi duit dalam akaun bank saya?" Daisy bertanya. Darrean yang sedang membelek isi telefonnya mula memandang isterinya.

"Aku takut tak cukup duit RM 500 tu. Aku takut kalau aku bagi kad aku kat Dyraa dia guna kad tu," terang Darrean. Daisy mengganguk faham.

"Ada orang tu panggil aku beloved Husband," Darrean mula mengusik Daisy. Pipi Daisy sudah berona merah.

"Awak tak suka ke?"

"Aku suka sangat."

Darrean memeluk isterinya sekuat hati menyebabkan Daisy lemas. Daisy meronta ronta. Darrean malah mengetatkan lagi pelukannya.

Pelukan itu di lepaskan. Daisy menumbuk manja dada bidang Darrean. Darrean tergelak kerana muka Daisy mula menyebik.

" Hodoh la muka sayang macam tu," Kata Darrean. Daisy mula menekup mukanya dengan bantal.

"Kau selesa ke duduk dekat rumah Baba ni?" Darrean bertanya. Ye la, rumah Babanya ini ada adik-adiknya. Dia takut isterinya berasa tidak selesa.

"Selesa sangat. Kenapa Awak tanya?"

"Aku ingat Aku nak ajak kau pindah rumah Aku."

"Daisy ikut je kalau macam tu."

Darrean mula bermain dengan rambut isterinya yang ikal mayang ini. Cantik rambut isterinya.

"Kau tak nak cuba pakai tudung?" Darrean masih lagi bermain rambut Daisy.

"Awak tak suka ke saya tak pakai tudung?" Daisy agak sedikit gementar dengan jawapan Darrean. Dia memang tidak bertudung dari kecil.

"Aku tak nak bagi orang lain nampak rambut kau. Kau cuba pakai tudung perlahan-lahan. Boleh ke?" Daisy mengganguk. Dia juga teringin memakai tudung.

"Saya ada beli baju untuk awak. Cantik tak?" Daisy bagi baju itu kepada Darrean. Darrean melihat baju itu. Kena dengan cita rasanya.

"Kenapa kau beli baju untuk aku?" Daisy tersenyum.

"Saja. Awak pergi mandi dulu sekejap lagi saya mandi,"Darrean bangun dari atas katil terus ke bilik air.

Daisy ralit melihat telefonnya sehingga Darrean keluar bilik air. Pinggang Darrean dililit tuala. Rambut yang basah sedikit terjuntal. Suami siapa ni!

" Daisy, mandi sekejap lagi mama suruh turun," Daisy mengganguk faham.

________________________________________

Arina, Daisy, Dyliaa dan Dyraa sedang berperang di dapur. Tugasan di bahagikan. Mereka hanya masak masakan kampung.

Manakala yang lelaki duduk diruang tamu. Kalau mereka ada sekali dalam dapur, susah jadinya. Lagi-lagi kalau Darriel.

Dato' Dyren dan Mawar lili masih lagi di dalam bilik mereka. Mama baba mereka memang suka keluar bilik sedikit lambat.

"Riel ada projek baru," Darrean memberitahu. Daazriel memandang Darrean. Daazriel mengangkat kening.

"Dato' Rahimi nak kita cari siapa yang bankrupkan dia punya company," Daazriel berkerut dahi. Dato' Rahimi yang problem tu.

"Dato' Rahimi yang perangai acah bagus tu? Dia bayar berapa?"

"1Juta."

Melopong luas mulut Daazriel dan Darriel mendengar. Entah muncul dari mana si Darriel ni.

"Kata dah bankrup," Daazriel menepuk peha Darriel. Tak baik cakap kat orang macam itu. Walaupun di juga pernah mengutuk Dato' Rahimi.

"Bila start?" Daazriel bertanya. Nanti Daazriel akan membuat rancangan. Itu yang susah tu bila berkerja dengan Abang dia ni.

"Tengok la dulu," Daazriel dan Darriel mengangguk faham. Daisy datang kearah mereka.

"Kak Arina ajak makan," Ajak Daisy. Setelah itu terus dia mendaki tangga untuk memanggil Dato' Dyren dan Mawar lili.

______________________________________

"Ayden, baca doa makan cepat," Darriel menyuruh Aydrn membaca doa. Aydrn menjeling Darriel. Ayden tidak suka dengan uncle Darriel.

"Allhumma  barik lanaa fiimaa razaqtanaa waqinaa. Aamiin," Ayden membaca doa. Mereka mengambil nasi goreng yang dihidang.

"Siapa masak ni?" Tanya Mawar. Dyraa sudah tersengih. Dyraa ni jarang masuk dapur.

"Semua Ma," Kata Arina. Dyraa tersenyum bangga. Ye lah dia ni setahun 3 kali je masuk dapur.

"Dyraa, jarang kamu masuk dapur," Mereka semua tergelak. Daisy juga turut tergelak. Tadi dia melihat adik iparnya seperti tidak pernah memotong bawang.

"Papa, kenapa teacher ada dekat sini?" Polos sahaja pertayaan Ayden. Daisy tergelak. Ayden memang begini.

"jangan panggil teacher. Panggil aunty Daisy," Ayden mengangguk faham.

"Uncle jangan buli aunty," Amaran itu di bagi kepada Darrean. Mereka gelak.

"Riel, kamu tidur sini ke?" Mawar bertanya. Riel menggeleng.

"Tapi Ayden kata dia nak tidur sini," Ayden tersenyum.

"Aunty Daisy tidur dengan Ay malam ni boleh?" Ayden sudah membuat muka comel. Daisy tahu sangat dengan perangai Ayden. JikaAyden inginkan sesuatu pasti dia akan mbuat muka.

"Ehh, mana boleh. Aunty Daisy mana boleh tidur dengan Ay," Darrean mengusik sedikit. Ayden sudah mencebik.

"Boleh Ay,"  Daisy tersenyum. Ayden terus bersorak gembira. Darriel sudah membuat muka.
Budak kecik ni kalau culik meraung pula.

_________________________________

Seperti biasa mereka akan duduk di ruang tamu sebelum tidur. Selalunya mereka akan main video game atau berbual sebelum tidur.

"Kak Daisy, Dyraa tengok Abang Rean asik senyum je. Akak bagi apa?" Dyliaa terus menampar peha Dyraa. Mereka tergelak.

Aria di dalam dukungan Daisy menangis. Daisy menepuk Aria untuk berhenti menangis. Ayden di tepi Daisy menepuk juga Aria.

"Kak Ar rasa bila Kak Daisy dapat anak?" Arina menggeleng mendengar pertanyaan dari Darriel.

"Darriel, mulut jaga!" Tegur Mawar. Darriel dan Dyraa sudah tergelak. Entah apa yang lawak tak tahu.

"Daisy jom masuk bilik," Aria diletakkan di atas riba Arina. Daisy terkedek kedek masuk ke dalam bilik.

*suggest nama anak please 😞

His Daisy | On GoingWhere stories live. Discover now