BAB 19|D×D

126 11 0
                                    

Girang betul hati Daisy setelah keluar dari bilik doktor . Darrean tersenyum kerana kecomelan isterinya.

"Abanggg...." Meleret suara Daisy. Tangan Darrean di tarik untuk bangun dari kerusi. Darrean bangun dari kerusi.

"Doktor cakap apa yang?" Darrean bertanya.

"Doktor kata, kandungan baik. Kena jaga elok-elok."

"Sayang ada craving apa-apa?"

"Aisy nak makan aiskrim Vanilla," Tersenyum Daisy di situ.

"Tak ada aiskrim lain nak makan," keluhan terdengar.

_______________________

"Sayang duduk sini, abang pergi beli aiskrim sekejap," Dahi Daisy dicium sekilas, macam kedai tu jauh sangat.

Mata Daisy melilau melihat sekitar mall itu. Daisy melihat layar skrin telefonnya.

Tiba-tiba dia merasakan sesuatu sosok mehampiri dirinya. Daisy masih buat tak tahu. Takut kerana di tempat dia duduk itu tidak ramai orang.

"Daisy, you buat apa dekat sini?"

Daisy menoleh kearah suara itu. Telefonnya terjatuh akibat terkejut.

"Irfan, please go away,"  suara masih dikawal. Irfan cuba menyentuh tudung Daisy, tapi Daisy lebih pantas mengelak.

"What do you want Irfan! Leave me alone," Suaranya sedikit meninggi. Kedua tangan Irfan diangkat tanda menyerah.

"Makin cantik you sekarang. Pakai tudung. Bertutup litup sekarang. Wow!"

"I said lea-"

"Leave her alone, bitch"

Darriel, Adik iparnya menyelamatkan dirinya. Irfan gelak tidak bersalah. Seperti orang mabuk.

"Kau ni, Siapa? Suami dia ke?" dengan berlagaknya dia bertanya. Dyliaa di sebelah Darriel sudah panas. Daisy hanya melihat mereka yang bertentangan mata seperti ingin memakan manusia. Mengerikan!

"Kau ni apahal panas sangat. Nak tumbuk aku ke? Nak beegaduh?" Darriel mengepal penumbuk.

"Aku tak suka buat-" Belum sempat Darriel habiskan ayat, Dyliaa sudah memotong.

"Tapi aku suka. "

BUK!

Pipi kiri Irfan ditumbuk. Tumbukan padu itu dari Dyliaa. Muka Irfan terus berpusing apabila mendapatkan tumbukan Dyliaa. Daisy yang melihat itu sudah menelan air liur. Irfan sudah terbaring di lantai.

"Dyliaa Madeliene Louis!" Suara itu sangat dia kenali. Darrean datang mendekati mereka. Lengan  Dyliaa ditarik kasar.

"Ni tempat public Leine. Think with your own brain, " Muka Dyliaa tidak beriak apa-apa. Suara gelak tiba-tiba muncul.

"Apa korang ni protect sangat perempuan ni. Entah dia mengandung anak luar nikah," Senyum sinis muncul dari mulut Irfan. Darrean seperti api yang di tuang gasoline.

"Dude, kau salah orang nak cakap macam tu," Darrean mematahkan lehernya.

"apa yang salahnya. Betul la."

Buk!

Sekali lagi dia di tumbuk. Lagi sakit dari tadi. Irfan bangun untuk menumbuk tapi Darriel. Sempat menahan Irfan.

"Kau budak mentah boleh blah," Darrean masih tidak puas hati. Irfan tergelak sinis.

"Kau dengan Daisy sama-sama bodoh. Anak pun mungkin bodoh."

His Daisy | On GoingWhere stories live. Discover now