Isi pikiran Naira dipenuhi dengan punca dia dan Rizqullah berkahwin. Sampai sekarang, dia masih tidak mengetahui cerita yang berlaku antara dia dan suaminya itu. Dia pula, langsung tidak menyoal dan Rizqullah hanya kekal diam.
Tiba-tiba, dia teringat kata-kata Rizqullah yang menyatakan bahawa bekas teman lelakinya, Rizal.
"Sayang." Sapa Rizqullah, ramah. Senyuman lebar dia hadiahkan.
"Hai." Balas Naira, pendek.
"Fikir apa tu?" Soal Rizqullah. Dia perasan yang Naira sedang termenung.
"Awak, datang sini sekejap." Panggil Naira. Ruangan kosong di sebelahnya ditepuk perlahan.
Raut wajah Rizqullah mengerut, hairan.
Tindakan Naira menepuk perlahan tilam yang didudukinya itu menyebabkan Rizqullah melabuhkan punggungnya di sis Naira.
"Dulu, masa saya bangun dari koma, awak kata kita dah kahwin."
Rizqullah tekun mendengar ujaran Naira. Terangguk-angguk kepalanya.
"Lepas tu, awak kata kita kahwin sebab seseorang." Sambung Naira lagi.
Tika ini, muka Rizqullah berubah. Dia cuba untuk lari namun, dihalang oleh Naira. Tangan Rizqullah dipegangnya.
"Kenapa awak kata Rizal ni punca kita kahwin? Apa kaitan dia? Dan, macam mana saya putus dengan dia sedangkan, saya ingat lagi sebelum saya koma, hubungan saya dan dia elok je. Tak ada gaduh pun."
Rizqullah semakin gelisah. Dia tidak tahu bagaimana hendak menerangkan segalanya.
"Macam mana Rizal boleh jadi punca kita berkahwin?" Soal Naira.
Rizqullah menelan liur.
'Ah sudah!'
"Er. Awak. Er. Saya." Tergagap-gagap Rizqullah ingin menjawab.
"Ya?"
Rizqullah mengeluh sedikit sebelum dia mula berbicara, "Sebenarnya, masa saya dapat tahu awak koma, saya dan ibu cepat-cepat bertolak ke hospital."
Naira tekun mendengar cerita Rizqullah itu.
Lain ditanya, lain dijawab. Panjang pula jawapannya.
"Masa saya nak ke tandas, saya jumpa Rizal. Dia..dia sedang..err. Dia.." Rizqullah tergagap.
"Dia sedang buat apa?" Soal Naira apabila Rizqullah tergagap ingin manjawab.
"Dia..dia sedang peluk someone." Ujar Rizqullah.
"Someone?"
"Yes. Someone that you really know." Balas Rizqullah lagi. Dia teragak-agak.
"Siapa someone tu?" Soal Naira.
"Saira. Saira Zoya. Kawan baik awak." Ujar Rizqullah.
Tergamam Naira mendengarnya.
Rizal..curang?
"Jadi, apa kaitannya?" Soal Naira.
"Dulu, masa awal-awal awak dan Rizal couple, saya memang suka awak. Jadi, saya sedih bila Rizal yang awak pilih. Jadi, saya buat satu bet dengan dia. Kalau dia curang, saya akan kahwin dengan awak serta-merta. Dan, dia.."
"Curang." Sambung Naira.
Belum sempat Rizqullah menghabiskan ayatnya, Naira membantunya menghabiskannya terlebih dahulu.
"Jadi saya hanya satu taruhan?" Soal Naira, perlahan. Dia mengangkat muka menatap wajah suaminya itu.
"Tak. Saya buat macam tu sebab saya memang ikhlas nak kahwin dengan awak. Saya memang suka dan cintakan awak." Ujar Rizqullah. Tangan dia maju mengganggam tanngan Naira.
YOU ARE READING
Duhai Hati, Terbanglah |On Going
Любовные романыSLOW UPDATE‼️ Lena dengan gelaran kekasih, celik dengan gelaran isteri. Terkejut? Mindanya sedar namun, fizikalnya kaku. Tidak mampu membantah. Mampukah dia bertahan? Mampukah dia redha? Mampukah rumah tangga mereka kekal? Ataupun, musnah dengan keh...