Bab 11

25 7 0
                                    

Saira merenung wajah Rizal dengan pandangan kosong. Tiada lagi perasaan cinta buat jejaka ini. Segalanya lesap selepas Rizqullah pernah terbantunya suatu ketika dahulu.

"Kalau kau tak ada apa nak cakap, aku nak balik." Ujar Saira, keras. Mulutnya berbicara tetapi matanya ralit menatap layar telefon.

"Macam mana I nak cakap kalau you asyik tatap telefon je?" Soal Rizal.

"Dah aku duduk sini dari tadi, kau sepatah haram pun tak keluar pun dari mulut. Sekarang kau nak salahkan aku sebab scroll Tik Tok?" Soal Saira, bengang.

Walau sakit hati, dia tetap memastikan agar suaranya tidak dapat didengari dengan jelas oleh meja sebelah.

"Okay sorry." Ujar Rizal. Dah kenal sangat perangai Saira yang selalu nak menang.

Saira meletakkan telefonnya di atas meja dan berbicara, "Sekarang, kau cakap kau nak apa sebenarnya? Kau ingat aku tak ada kerja lain ke selain nak hadap muka kau?"

"Kita team up pisahkan Naira dan Rizqullah? Aku ambil Naira, kau ambil Rizqullah. Deal?" Soal Rizal. Belakangnya direhaykan pada kerusi.

Saira mengubah posisinya yang asalnya tenang kepada tegak.

Rizal senyum senget melihat perubahan kedudukan Saira. Ini menunjukkan yang dia berminat untuk mendengar rancangannya.

"Kau nak aku buat apa?" Soal Saira. Demi Rizqullah, dia sanggup.

"Kau nak pakai cara apa?" Soal Rizal kembali.

Berkerut kening Saira mendengar soalan Rizal.

"Cara apa? Cara macam mana yang kau maksudkan?" Soal Saira polos. Dia memandang wajah Rizal di hadapannya ini.

"Kau nak cara halal tapi haram ke cara yang memang haram?" Soal Rizal. Dia senyum sinis memikirkan rancangan dia.

Saira menelan liur kesat mendengar soalan Rizal. Halal tapi haram atau haram? Akhirnya kedua-duanya berdosa.

NAIRA LEKA MEMBASUH sayuran sambil menyanyi kecil di dapur.

"Sayang buat apa tu?" Soal Rizqullah. Langkahnya tidak diberhentikan di muka ruangan dapur malahan kekal melangkah ke arah Naira.

Naira memusingkan badannya separuh hingga kornea matanya dipenuhi dengan santapan gerangan suaminya yang hanya memakai seluar. Rambutnya pula masih basah, menandakan yang dia baru sahaja selesai mandi.

"Tengah basuh sayur, nak masak dinner. Ada apa cari saya sampai dapur ni?" Soal Naira. Senyuman manis dia berikan kepada suaminya itu.

"Saja je. Rindu isteri saya ni." Rengek Rizqullah sambil memeluk pinggang Naira dari belakang. Kepalanya disembamkan di ceruk leher Naira.

Naira hanya membiarkan tindakan Rizqullah. Pada awalnya, dia agak kurang selesa dan berasa kekok dengan kemanjaan Rizqullah ini. Namun, alah bisa tegal biasa.

Dia perlahan-lahan dapat membiasakan diri dengan kemanjaan ini dan merasakan hidupnya bagai tidak lengkap apa bila tiadanya Rizqullah yang manja ini.

"Awak, saya nak masak ni. Nanti hangit kang." Ujar Naira. Dia meleraikan pelukkan tangan Rizqullah yang berada di pinggangnya itu.

"Ala..saya rindulah." Rengek Rizqullah, manja. Dia tidak meleraikan pelukan malahan mengetatkan lagi pelukan di pinggang Naira.

"Yalah..tapi saya nak masak ni. Awak bagi saya masak dulu. Nanti lepas say siap masak, kita makan sama-sama. Lepas tu, saya janji saya layan awak. Okay?" Ujar Naira. Dia menepuk perlahan lengan Rizqullah yang berada di pinggangnya.

Duhai Hati, Terbanglah |On GoingWhere stories live. Discover now