Jikalau Saira terimbau semua kenangan dia dan Naira bersama, Naira turut sama. Dia juga terimbau semua kenangan dia dan Saira bersama.
Gambar dia dan Saira bersama ditatap. Senyuman kecil diukir dibibir.
Pandangannya diangkat. Air laut yang bersinar dek terik matahari menjadi tatapan matanya.
Dia meminta kebenaran dari Rizqullah untuk berjalan-jalan di pantai petang itu memandangkan dia bosan berada di rumah.
Rizqullah pula hanya membenarkan sahaja. Dia juga sibuk kebelakangan ini. Masanya buat Naira juga semakin terhad.
"Sebab lelaki, hubungan kita putus. Aku rindu kau, Saira. Kau dah macam kakak aku." Ujar Naira perlahan. Pandangannya dibuang jauh menatap laut.
"Bukan sebab lelaki. Sebab diri aku sendiri." Selit seorang gadis secara tiba-tiba.
Terkejut akan kehadiran suara itu, Naira menoleh ke kiri.
"Saira." Tergamam Naira. Terkejut hingga dia tidak mampu berbicara.
"Maafkan aku. Aku tak tahu apa yang aku fikir sampai aku sanggup tikam belakang kawan aku yang aku dah anggap macam adik. Kau koma. Aku sebagai kawan kau sepatutnya jaga kau, lawat kau. Tapi, apa aku buat? Aku belakangi kau. Aku couple dengan Rizal." Ujar Saira. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Naira. Wajah mulus Naira dikerling sekilas.
Walau kata-katanya seperti dia menyesal atas perbuatannya, jangan tertipu.
'Aku benci tengok muka kau, Naira.'
Naira hanya diam mendengar ujaran Saira. Dia langsung tidak membantah.
"Aku kawan yang teruk kan? Aku jahat kan?" Soal Saira. Nadanya sengaja dibuat-buat seperti hendak mengalirkan air mata supaya dia dapat meraih simpati Naira.
Naira hanya diam tidak membantah. Kebiasaannya, dia akan menafikan segala ujaran negatif dari Saira terhadap dirinya sendiri.
Namun, dia tidak dapat menafikan apa-apa kerana segala yang dipertuturkan oleh Saira adalah benar belaka.
Hany kawan yang teruk akan menikam belakang kawannya. Bahkan orang jahat juga setia.
Naira pusing menghadap Saira.
"Aku tak nafikan semua yang kau kata. Tapi, let by gone be by gone. Aku tak nak kita gaduh. Aku tak nak persahabatan kita putus hanya disebabkan lelaki." Ujar Naira.
Dia cuba untuk menarik senyuman buat Saira. Namun sukar. Segala ujaran Rizqullah tentang perbuatan Saira terngiang-ngiang di mindanya seperti kaset lagu yang sentiasa berulang-ulang.
"Aku tak layak jadi kawan kau. Kau baik, aku jahat." Balas Saira.
Walau wajah luarnya seperti meraih belas kasihan, hatinya sudah tertawa terbahak-bahak apabila melihat wajah Naira yang tidak tega untuk memutuskan persahabatan mereka.
"Shh. Jangan cakap macam tu." Larang Naira. Dia meletakkan jari telunjuknya dibibir Saira.
"Aku tak baik dan kau tak jahat. Kita dua-dua manusia. Manusia tak pernah lari dari buat. Lagipun, kita dua-dua ada perasaan. Kekadang, perasaan boleh menguasai pemikiran kita. Cuma, tidak semua akan sedar akan khilafnya selepas itu. Kau datang jumpa aku untuk minta maaf nk dah seribu rahmat buat aku. Tak semua orang berani untuk membaiki salah mereka." Ujar Naira panjang lebar. Nasihat turut diselitkan.
Saira tersenyum mendengar nasihat dari Naira. Sejak dahulu, Naira tidak pernah jemu dan penat menegur silapnya.
Naira juga tidak menghukuminya atas kesilapan yang dilakukan. Nasihat tidak pernah kering dari ulas bibir Nakra.
YOU ARE READING
Duhai Hati, Terbanglah |On Going
RomantikSLOW UPDATE‼️ Lena dengan gelaran kekasih, celik dengan gelaran isteri. Terkejut? Mindanya sedar namun, fizikalnya kaku. Tidak mampu membantah. Mampukah dia bertahan? Mampukah dia redha? Mampukah rumah tangga mereka kekal? Ataupun, musnah dengan keh...