Bab 3

44 22 1
                                    

Rizal meraup wajahnya. Berita Naira dan Rizqullah berkahwin sudah sampai ke telinganya. Dia kesal. Sangat menyesal kerana curang. Sungguh dia tidak sangka yang Naira akan bangun. Dia sangka...

Sungguh dia sangka yang Naira tidak akan selamat dalam koma itu.

Kalaulah dia tak curang. Dialah yang akan berada di sebelah Naira. Dialah yang akam sarungkam cincin perkahwinan.

Tapi, nasi sudah menjadi bubur. Kesalannya tidak lagi berguna.

Saira memendam amarahnya. Dia geram melihat Rizal yang menyesal atas perbuatan curangnya.

'Kenapa kau sentiasa lebih bagus dari aku Naira? Kenapa kau! Kenapa!? Aku benci kau. Aku benci!'

"You." Panggil Saira. Langkah dihayun ke arah Rizal.

Rizal langsung tidak terdengar panggilan Saira. Dia hanya terus-menerus menyesali perbuatannya dahulu.

Saira memeluk lengan Rizal. Dengan pantas, Rizal merentap tangan Saira yang memeluknya.

Saira tersentak.

"Kenapa you ni?" Marah Saira. Dia bengang. Dia nampak dengan jelas yang Rizal masih mahukan Naira.

"I..I. Er.." Rizal tergagap-gagap ingin menjawab. Lidahnya kelu. Dia tak sengaja merentap pelukan Saira.

"Kita putus, Saira." Ujar Rizal tiba-tiba. Belakang tengkuknya diusap bagi meredakan debaran di hati.

"Ha?! Putus?!" Saira terjerit akibat terlalu terkejut.

"Maafkan I Saira. Tapi, kita kena putus. Hati I berbalik kepada Naira." Ujar Rizal. Dia berlalu pergi.

"Rizal! You!" Panggil Saira.

Rizal hanya tidak menghiraukan panggilan itu. Dia hanya terus berjalan meninggalkan Saira.

Saira menghentakkan kakinya.

"Kau memang! Kau tak guna Naira! Habis semua perhatian kau nak ambil! Aku benci kau! Aku benci kau Naira! Aku harap kau mati je! Kenapa kau hidup?! Aku benci! Kenapa kau tak mati je masa aku-" Kata-kata Saira berhenti apabila dia tersedar yang dia terlepas cakap.

Nasib menyebelahinya. Rizal telah hilang dari tempat itu. Kalau tak, memang Rizal akan menyoal kata-katanya tadi.

Saira mengoyakkan gambar dia dan Nakra bersama.

Dia memang bencikan Naira sejak pertama kali mereka menjadi kawan.

LENA Naira terganggu apabila dia merasakan ada sesuatu yang bermain hidungnya.

Perlahan-lahan, matanya dibuka. Mata terkedip-kedip apabila sinaran mentari menusuk memasuki kornea mata.

"Awak?" Panggil Naira.

"Yes my queen?" Balas Rizqullah dengan senyuman.

Naira terkedu akan panggilan yang Rizqullah gunakan untuknya. Walau pun panggilan itu pernah digunakan oleh Rizqullah sebelum ini, dia masih lagi terkejut.

'My queen? Hshs.'

Baru bangun dan dapat gula.

Lama mereka saling menatap sebelum Naira tersedar semula.

Dia berdehem sedikit sebelum mula berbicara, "Awak. Saya nak mandi. Er.."

"Ouh. Okay-okay." Rizqullah melarikan diri dari tepi katil.

"Nanti awak dah siap mandi, awak turunlah. Kita makan sama-sama." Ujar Rizqullah sebelum dia berlalu keluar dari bilik itu.

Naira bangun dari katil dan mengambil tuala untuk mandi.

Duhai Hati, Terbanglah |On GoingWhere stories live. Discover now