Bab 13

13 4 0
                                    

Saira berjalan ke kiri dan kanan, ke hulu dan ke hilir. Dia memikirkan tawaran Rizal.

"Patut ke tak aku buat ni?" Soal Saira sendirian.

Tindakan itu sebenarnya salah. Bukan sahaja dia akan mengganggu ketenteraman mahligai cinta Rizqullah dan Naira, dia bahkann akan menduakan Allah.

Sungguh keji idea yang telah dipertuturkan oleh Rizal.

Dua minggu lalu,

"Aku ada dua idea bernas. Kita cuba yang first dulu. Kalau tak jadi, kita try plan B." Ujar Rizal.

"Apa plan kau?" Soal Saira. Tangannya dilipat di dada dan belakangnya disandarkan elok pada kerusi.

Rizal senyum nipis. Kejahatan terserlah di dua matanya.

"Plan A, kau goda Rizqullah sampai dapat. Aku akan cuba dekatkan diri aku dengan Naira. Lepas tu, kita sama-sama perangkap dia orang. Then, boom! Kau dapat Rizqullah kau, aku dapat Naira aku." Ujar Rizal, panjang lebar.

"Amacam? Okay tak rancangan aku?" Soal Rizal.

Saira diam seketika mencerna kata-kata Rizal.

"Apa plan B kau tu?" Soal Saira. Dia tidak membalas soalan Rizal.

"Plan B ni jalan singkat. Aku takut kau tak nak je. Sebab, aku takut kau rasa berdosa." Ujar Rizal.

"Rizal, apa yang kita buat ni pun salah.Kau tak payah nak berdalih. Tell me, what is your second plan?"

Tanpa banyak berbicara, Rizal mengeluarkan dua keping kertas kecil. Dihuluur kertas-kertas itu ke arah Saira.

Terkaku sebentar Saira melihat isi kertas itu.

Tidak!

Liur ditelan kesat.

"Kau..kau nak ajak aku buat benda terkutuk ni? Kau tahu tak haram?! Berdosa!" Saira melenting di hujung kata-katanya.

"Tak. Aku takkan buat ni. Haram!" Ujarnya lagi dengan nada tinggi namun tertahan. Khuatir orang yang lalu lalang akann terdengar.

"Dia macam ni lah, Saira. Kalau kau nak jalan cepat, ikut plan B. Tapi kalau kau tak kesah nak letak tenaga dan effort kau, pakai plan A. Aku tak kesah mana-mana. Tapi, aku mengharapkan plan B." Balas Rizal, tenang. Bagaikan tidak terkesan dengan kata-kata Saira yang menyuarakkan tentang betapa haramnya perbuatan itu.

"Aku..aku tak tahu. Bagi aku masa untuk fikir." Ujar Saira sebelum dia bangun dari kerusi yang didudukinya.

KERUSI KAYU DI hadapan Rizal diduduki. Kini, dia telah mempunyai jawapan buat rancangan Rizal.

"Zal, aku rasa better kita guna plan A dulu. Kalau tak menjadi, baru kita guna plan B." Ujar Saira.

Kaki kanannya disilangkan ke atas kaki kiri dan kedua tangannya pula direhatkan di lutut.

"Renyah lah weh. Tak boleh ke kalau kita guna plan B terus? Lagi cepat!" Ujar Rizal. Dia cuba untuk memanipulasikan minda Saira.

"Aku bukan apa. Tapi ni haram. Berdosa!" Lenting Saira sedikit. Ketegasannya mulai keluar.

"Kita nak rosakkan rumah tangga dia orang pun berdosa. Cakap macam plan A tak berdosa." Bidas Rizal, jelingan diberikan. Belakangnya yang asal menegak terus dia sandarkan pada kerusi.

Pandangannya sungguh mencabar dan mengejek.

"Tak! Tak nak! Aku tahu kita pisahkan dia orang ni dah berdosa. Tapi, aku tak nak jadi syirik! Gunakan pertolongan hamba Allah SWT yang lain! Berdosa besar!" Tegas Saira.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Duhai Hati, Terbanglah |On GoingWhere stories live. Discover now