Naira menarik tangan Rizqullah masuk ke dalam kedai buku. Senyuman lebar menghiasi wajahnya.
"Awak nak beli buku apa sayang?" Soal Rizqullah.
"Bayang Sofea, karya Teme." Balas Naira.
"Siapa pula Teme ni?" Soal Rizqullah lagi.
"Nanti saya cerita." Ujar Naira, pendek.
Rizqullah mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia hanha mengikuti isterinya berlegar-legar di dalam kedai buku itu.
Puas setelah menjumpai buku yang diingini, Naira mengangkat tinggi buku itu untuk ditunjukkan kepada suaminya.
"Ni lah buku yang saya nak tu; Bayang Sofea." Ujar Naira.
"Cerita ni macam mana sebenarnya?" Soal Rizqullah.
"Entah. Tak baca lagi. Tapi orang kata best!" Balas Naira. Kakinya terus berjalan hingga ke sebuah rak buku yang terletaknya karya Anjell.
"Anjell ni siapa pula?" Soal Rizqullah. Setelah dia membaca nama penulis itu pada kulit novel yang bertajuk 'Lelaki Astetine'. Buku itu jugalah yang menjadi pilihan isterinya itu.
"Nantilah saya cerita. Saya cerita sekali dengan pasal Teme." Jawab Naira.
Rizqullah hanya mengangguk.
Tanpa berfikir dua kali, tangan Naira laju menyambar novel 'Lelaki Astetine' karya Anjell.
"Lelaki Astetine. Buku ni cerita tentang apa pula?" Soal Rizqullah.
"Dheo 2.0!" Balas Naira. Suaranya agak kuat secara tiba-tiba.
Menyedari suaranya yang terkuat, dia tunduk sedikit menikus. Mulut ditutup dengan telapak tangan.
Rizqullah ketawa kecil melihat gelagat isterinya.
"Tak ada orang dengar, sayang." Ujar Rizqullah.
"Awak orang juga. Ke bukan?"
"Ada-ada je jawapan dia." Rizqullah mencuit pundak hidung Naira.
Usai membeli, mereka ke kaunter pembayaran untuk membayar.
"Dah-dahlah tu sengih awaknya. Nasib comel je. Kalau tak, dah jadi joker rasanya." Tegur Rizqullah. Kepala Naira yang berlapikkan tudung diusap perlahan.
"Dengan joker ni jugalah awak kahwin." Ujar Naira. Dia berjalan mendahului Rizqullah. Proses pembayaran bukanlah satu masalah kerana Rizqullah sudah awal-awal berikan kadnya kepada Naira.
"Ada-ada je jawapan dia sorang ni." Ujar Rizqullah sambil menggelengkan kepalanya.
SETIBANYA DI DALAM kereta, Rizqullah terus menyoal, "Sekarang, cerita dekat saya, siapa Teme dan siapa Anjell?" Enjin kereta pun belum dia hidupkan.
"Lah. Tak menyabar eh." Balas Naira.
"Yalah. Nak tahu juga kenapa isteri saya ni minat sangat dekat dia orang tu." Jawab Rizqullah. Sambil menghidupkan kereta.
"Saya cerita pasal Anjell dulu eh. Teme panjang sangat." Ujar Naira.
Rizqullah hanya mengangguk.
"Anjell ni penulis. Awak pun tahu tu. Anjell tu nama pena. Saya tak tahu apa nama sebenar dia. Karya yang Anjell dah keluarkan lebih kurang 10 macam tu. Anjell ni, dia memang pandai tulis cerita romance. Cara dia ulas cerita dia tu yang membuatkan orang suka. Buku yang saya ambil tadi tu, buku latest dia, Lelaki Astatine. Dalam buku tu, hero dia tunggu heroin selama sembilan tahun! Memang lama. Memang boleh dikatanakn Dheo 2.0." Ujar Naira panjang lebar.
"Okay. Tu pasal Anjell. Teme pula? Apa yang panjang sangat nak cerita pasal Teme ni?" Soal Rizqullah.
"Hehe. Dengar eh."
"Teme Abdullah, dia seorang penulis di Malaysia tetapi seorang arkitek di London. Tahun ni dia 31 tahun. Lepas tu, apa saya suka sangat dekat Teme ni, dia seorang yang rendah diri walaupun dia dah terkenal. Teme ni, lepasan student Oxford University. Gempak kan? Back to the story, Teme ni remain secrect. Dia memang tak tunjuk muka dia. Tapi, dia tak sombong. Teme ni penulis under rumah penerbitan Iman. Buku first dia 'Pelukis Jalanan' tak silap and buku latest dia 'Bayang Sofea'. Buku dia memang best. Awak kena baca. Dan, memang wajib baca!" Terang Naira panjang lebar. Tercungap-cungap dia mencuri nafas setelah bercakap tanpa henti.
"Ya Allah, sayang. Awak stalk dia ke apa sampaikan banyak macam tu awak tahu pasal dia." Rizqullah menggelengkan kepalanya.
"Hehe. Saya memang minat dia dari zaman sekolah menengah lagi. Buku-buku dia memang best sangat." Balas Naira.
"Iya? Kenapa saya tak tahu? Padahal dulu saya selalu stalk awak." Ujar Rizqullah.
"Awak selalu stalk saya?" Soal Naira. Badannya dikalihkan untuk menghadap Rizqullah.
"Ya. Saya dulu selalu je tengok awak. Kekadang tu, saya sengaja keluar kelas dengan alasan nak pergu tandas sebab nak lalu kelas awak." Ujar Rizqullah, jujur.
Buat apa nak malu? Dia stalk isteri sendiri kut biarpun masa tu mereka masih belum bergelar pasangan suami isteri.
"Sejak awak umur berapa awak suka saya?" Soal Naira. Dia ingin mengorek segala rahsia.
"Ermm..sejak tingkatan dua rasanya. Saya kan budak kelas sebelah. Awak masa tu tak cakap dengan budak kelas lain. Tak kesah lelaki ke perempuan. Sama je. Tak cakap pun." Balas Rizqullah.
Terangguk-angguk Naira.
"Kenapa awak tak cakap dengan budak kelas lain?" Soal Rizqullah.
"Entahlah. Saya just tak biasa. Beside, saya rasa it is not a need for me to expose myself to next class." Balas Naira.
"Selek eh." Gurau Rizqullah.
"Bukan selek, tapi tak biasa. Awak ingat saya ni jenis kecoh ke?" Soal Naira.
"Hmm..tak."
"Tahu tak apa."
RIZAL MENGGANGGAM STERENG kemas. Dia mengekori kenderaan yang dinaiki Rizqullah dan Naira. Dapat dia bayangkan kebahagiaan yang Naira lalui di dalam kemderaan itu.
Wajah Naira yang tersenyum riang sambil tangan kanannya memaut pada lengan sasa Rizqullah keluar dari kedai buku itu masih lagi dapat dia bayangkan.
Dia benar-benar sudah tidak sedarkan apa-apa. Dia hanya mengikuti ke mana kenderaan hadapannya ini tuju. Kalau Rizqullah membelok ke kanan, dia juga membelok ke kanan. Tatkala Rizqullah membelok ke kiri, dia juga ke kiri.
Rizal berhenti setelah dia menyedari dia telah tiba di stesen minyak.
"Bila aku datang sini?" Soalnya sendirian. Setelah diam seketika, baru dia teringat yang dia mengekori Naira dan Rizqullah hingga ke stesen minyak.
Signal kiri diberikan, dia memusingkan stereng kereta ke kiri dan kenderaan pacuan empat itu berlalu dari stesen minyak.
"NAK BUAT APA dekat sini?" Soal Naira apabila suaminya itu tidak memarkirkan kenderaan di tempat mengisi minyak malahan disebelah kedai.
"Nak beli air." Balanya pendek.
"Awak nak beli apa-apa?" Soal Rizqullah.
"Awak tolong belikan kacang makadamia dan air 100 plus." Minta Naira.
"Baik bos!" Tabik Rizqullah sebelum dia keluar dari perut keretanya itu.
Naira menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku suaminya itu. Kadang nampak comel, kadang rasa macam nak hempuk.
Keluar sahaja dari kereta, Rizqullah memasang wajah serius. Matanya melilau mencari kereta yang mengekorinya itu.
Dia sangkakan hanya kebetulan. Tetapi, kalau dah dari pusat beli-belah, kedai buku dan kini ke stesen minyak kereta itu setia dibelakang keretanya, itu bukanlah sebuah kebetulan.
Mata hitam Rizqullah menangkap pergerakan kenderaan pacuan empat yang mengekorinya itu berlalu dari stesen minyak. Tajam matanya memerhati.
Oleh kerana kereta itu telah tiada, Rizqullah meloloskan dirinya ke dalam kedai untuk membeli makanan kemahuan isterinya itu.
YOU ARE READING
Duhai Hati, Terbanglah |On Going
RomantizmSLOW UPDATE‼️ Lena dengan gelaran kekasih, celik dengan gelaran isteri. Terkejut? Mindanya sedar namun, fizikalnya kaku. Tidak mampu membantah. Mampukah dia bertahan? Mampukah dia redha? Mampukah rumah tangga mereka kekal? Ataupun, musnah dengan keh...