Saira tersenyum melihat gambar Rizqullah yang cantik terletak di dalam bingkai gambar itu.
"Soon, soon you will be mine. Only mine!" Ujar Saira.
Dia mengusap-usap gambar disebalik kaca jernih itu. Senyuman senget dia berikan. Sungguh dia tidak sabar untuk menjadikan Rizqullah suaminya yang sah.
Saira langsung tidak kesah untuk berjuang demi cintanya walhal dia Rizqullah tidak pernah memandangnya. Tidak sebelah mata apatah lagi dia belah mata.
Gambar itu disimpan elok di dalam laci meja belajar. Kini, gambar dia dan bekas sahabatnya pula ditatap. Sungguh dia geram melihat senyuman Naira.
"Kau tunggu Nai. Kau tunggu. Satu per satu kebahagiaan kau aku akan ambil. Aku akan tarik satu per satu. Dan, ia kaka bermula dengan ibu bapa kesayangan kau. Aku akan buat kau merana. Aku benci! Benci! Aku benci kau!" Dia menjerit apabila mengatakan kebenciannya terhadap Naira. Ketawa jahat menghabiskan ujarannya.
"Haih! Baik aku bersiap. Aku nak jumpa kawan baik aku! HAHAHA." Ujarnya seraya menyimpan gambar itu. Perkataan 'kawan baik' dia tekankan dengan sangat sinis.
Kaki berlalu untuk mengambil baju kemeja putih dan seluar khaki untuk dipakai. Tudung bawal yang berwarna khaki turut dia keluarkan untuk digosok.
Usia menggosok, mukanya pula dibasuh sebelum dikeringkan. Set kelengkapan wajah dipakai sebelum dia mula untuk menghias wajahnya dengan alatan solek yang memenuhi laci meja soleknya.
Satu per satu krim dan bedak ditampal dimuka. Setelah puas dengan hasilnkarya seni tangannya, dia menamatkan solekan itu dengan memakai gincu nude pink.
Setelah puas menatap wakah sendiri, tudung bawal dari atas katil diambil dan dililit di kepala. Stylenya sangat simple. Hanya style ikat belakang.
Puas menilik diri di dalam cermin, dia menganbil kunci keretanya dari atas meja dan berlalu ke keretanya. Enjin dihidupkan dan laju kenderaan pacuan empat itu keluar dari perkarangan rumah.
RIZQULLAH MELIHAT BELAKANG isterinya yang sedang memakai tudung untuk keluar berjalan-jalan bersama Saira nanti.
Jujur, dia risau. Bukan kerana isterinya itu akan keluar berjalan-jalan, tetapi kerana isterinya keluar bersama Saira sahaja.
Dia tidak dapat membaca niat Saira memandangkan wanita itu melayani isterinya dengan sangat baik. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku antara mereka.
Oleh kerana tidak mahu jatuhh fitnah, dia hanya mengikuti nasihat isterinya untuk kekal husnuzon.
Umar bin al-Khattab radhiallahu anhu telah berkata:
لا تظن بكلمة خرجت من أخيك المؤمن شرًّا، وأنت تجد لها في الخير محملاًArtinya:
"Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimat yang keluar daripada seorang saudara mukminmu (sangkaan) keburukan, selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik."Di dalam al-Quran juga mengatakan tentang sikap bersangka baik dan prasangka.
Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 12:
يَا أَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌArtinya:
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka buruk; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."Akhirnya, dia hanya memilih untuk tidak membuat fitnah kerana fitnah adalah antara perkara terkutuk.
Ibn Hajar menyebut bahawa:
إِنَّ الفِتَنَ غَالِبًا إِنَّما تُنْشَأُ عَنِ التَّبْدِيْلِ وَالإِحْدَاثِArtinya:
"Sesungguhnya fitnah itu kebiasaannya dibuat untuk mengubah (sesuatu) dan mereka-reka."Di dalam hadis pula, ada para ulama yang meriwayatkan tentang menjatuhkan fitnah.
Huzaifah R. A meriwayatkan:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌArtinya:
"Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)."Bagi al-Quran, di dalam Surah al-Nur ayat 11-12 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan daripada kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata."Rizqullah kekal bertenang dalam hal ini. Husnuzon adalah satu-satunya yang bermain difikirannya.
Nafas ditarik dalam sebelum dia bersuara, "Sayang tak apa ke pergi sorang ni. Saya ikut nak? Risaulah nak biar awak pergi dengan dia. Takut bahaya."
Naira berhenti memakai tudungnya. Dia memusingkam badannya menghadap suaminya yang berada di atas katil. Senyuman manis diberikan sebelum di pergi mengusap sebelah rahang suaminya itu.
"Iya. Tak apa je. Tak ada apa-apa nak risaulah. Pandai-pandailah saya jaga diri. Saya kan dah besar. Saya bukan budak kecil lagi." Ujar Naira. Matanya menatap lembut anak mata suaminya.
"Saya tahu awak dah besar. Dan saya tahu awak bukan budak kecil lagj. Tapi, yang saya risau ialah awak keluar dengan Saira. Dia kan pernah tikam belakang awak. Saya cuma takut dia apa-apakan awak." Ujar Rizqullah.
Naira yang sedang berdiri di hadapannya dipeluk. Erat tangan kekarnya melilit di pinggang Naira. Wajahnya pula disembamkan ke perut Naira.
Naira menggosok kepala Rizqullah perlahan tak ubah seperti seorang kanak-kanak lelaki.
Dia berkata, "Tak ada apa-apalah. Awak tak payah risau, okay? Saya janji saya balik sebelum senja. Kalau ada apa-apa, saya call terus awak. Okay?" Ujar Naira dengan nada memujuk.
"Hmm..yalah. Call tau! Jangan tak call. Sampai nanti call. Kalau tak saya pergi dekat awak nanti." Ujar Rizqullah berbaur arahan dan ugutan.
Naira ketawa kecil mendengar ujaran Rizqullah yang berbaur ugutan dan arahan itu. Sifat protective suaminya mula muncul sedikit demi sedikit.
Namun, Naira langsung tidak merasakan yang dia dikawal ketat oleh Rizqullah. Dia cuma bagaikan dijaga oleh Rizqullah sahaja.
"Eh dahlah. Saira dah on the way tadi. Kesian dia tunggu lama-lama dekat sana sorang-sorang." Ujar Naira.
Dia melepaskan pelukan. Tangan Rizqullah pula diraih untuk disalam.
"Ingat apa yang saya pesan. Call jangan tak call." Rizqullah sekali lagi mengingatkan Naira.
"Ha yalah-yalah."
Serentak itu, kenderaan putih pacuan empat milik Naira meluncur keluar dari perkarangan rumah bangli dua tingkat itu.
YOU ARE READING
Duhai Hati, Terbanglah |On Going
RomanceSLOW UPDATE‼️ Lena dengan gelaran kekasih, celik dengan gelaran isteri. Terkejut? Mindanya sedar namun, fizikalnya kaku. Tidak mampu membantah. Mampukah dia bertahan? Mampukah dia redha? Mampukah rumah tangga mereka kekal? Ataupun, musnah dengan keh...