Naira dan Saira berjalan di dalam sebuah pusat beli belah sambil berganding tangan. Dari jauh mereka kelihatan seperti sahabat yang sentiasa ketika waktu susah dan senang.
Namun, siapa sangka disebalik secebis hati zahir merah Saira, terdapatnya secebis hati batin yang hitam dan ingin menjatuhkan rakannya itu.
Bagi Naira, mereka mungkin rakan bahkan sahabat. Namun bagi Saira, mereka merupakan musuh. Naira bagaikan musuh yang wajib untuk Saira hapuskan.
Saira menatap belakang Naira yang sedang mengambil air mereka di kaunter. Entah kenapa, dalam hatinya terdetik perasaan kasihan dan benci. Dia bingung.
Dia sayangkan Naira. Namun, hatinya enggan untuk menerima perasaan sayang terhadap Naira itu.
"Nah air kau." Hulur Naira.
"Thanks." Balas Saira dengan senyuman nipis sambil mengambil huluran Naira itu. Tidak tega membiarkan Naira memegang lama airnya itu.
"Kau jalan-jalan dengan aku ni, Riqz tak marah?" Soal Saira.
Dia menolak lidahnya untuk menyebut perkataan 'suami' itu kerana enggan menerima yang Naira lah isteri sah kepada Rizqullah.
"Tak lah. Tapi dia kata kena balik sebelum pukul 6 petang." Balas Naira sambil menikmati air oreo hazelnut frappenya.
Terangguk-angguk Saira mendengar kata-kata Naira.
Dalam bayangannya, dia hanya dapat membayangkan dia dan Rizqullah bersama. Betapa bahagianya dia jika Rizqullah adalah suaminya.
'Alangkah baiknya kalau aku tak couple dengan Rizal dahulu. Mesti Rizqullah dah jadi milik aku' Detik hati Saira.
"Kenapa kau tengok aku macam tu? Ada something ke dekat muka aku?" Soal Naira seraya membawa keluar - pintarny dan membuka aplikasi kamera untuk memeriksa wajahnya.
Siapa tahu, mungkin ada makanan di celah gigi ataupun solekkannya sudah bercapuk.
"Tak. Tak adalah. Aku tengok kau makin happy sekarang." Ujar Saira.
"Alhamdulillah. Aku pun rasa macam tu." Balas Naira dengan nada yang terhenti. Dia berfikir adakah perlu untuk dia menyambung ayatnya.
"Kenapa?" Soal Saira apabila Naira diam menekur meja setelah membalas.
"Kalau aku beritahu, kau janji yang kau tak akan beritahu sesiapa? Even boyfriend kau." Soal Naira.
"Kenapa? Kau nak beritahu apa?" Soal Saira, kecurigaan.
"Kalau aku beritahu kau, kau jangan marah tau! Sebabnya ni melibatkan orang dekat kau." Ujar Naira lagi.
Dia mengemam bibirnya. Buntu, mahu atau tidak dia menceritakan tentang isi hatinya kepada Saira.
Dia enggan namun dia memerlukan seseorang untuk mendengar luahannya.
"Kau nak cakap apa? Jangan buat aku sus macam ni." Ujar Saira. Dia meningkat dagu tanda dia bersedia untuk menadahkan telinganya kepada Naira.
Wajahnya serius namun dia sahaja yang tahu bagaimana perasaan hatinya.
"Haih..aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku happy bila dah kahwin ni. Aku bersyukur. Sumpah aku bersyukur sebab jumpa seorang lelaki yang baik macam Rizq. Tapi, aku tak dapat cintakan Rizqullah macam mana dia cintakan aku. Dia ikhlas dengan aku. Tapi aku macam tak dapat ikhlas seratus peratus dengan dia. Hati aku macam masih ada pada Rizal. Maaf aku libatkan boyfriend kau tapi tu kenyataan. Kau jangan jealous dan marahkan aku tau! Aku tak akan caras Rizal dari kau. Aku hormatkan bubungan kau orang." Ujar Naira panjang lebar.
YOU ARE READING
Duhai Hati, Terbanglah |On Going
RomanceSLOW UPDATE‼️ Lena dengan gelaran kekasih, celik dengan gelaran isteri. Terkejut? Mindanya sedar namun, fizikalnya kaku. Tidak mampu membantah. Mampukah dia bertahan? Mampukah dia redha? Mampukah rumah tangga mereka kekal? Ataupun, musnah dengan keh...