MENANTU ? Aku tengah bermimpi ke ni? Tak pernah - pernah Nek Ma sebut tentang 'menantu' kepada Syaz. Tiba- tiba lelaki tak dikenalinya itu juga yang Nek Ma nak menantukan. Tapi ok juga kan? Handsome orangnya. Kalau bangun tidur tengok muka dia hari-hari, mesti rasa macam tengah mimpi !
"Seronok ke bercinta, Along?" Soalan cepumas itu dilontarkan dari bibir Syaz dengan bersahaja.
Naufal Ilmi yang sedang duduk di atas kerusi batu tepi laman rumah kayu itu mengangkat cawan kopi lalu dihirupnya kopi itu hingga tersedak. Matanya membulat memandang adiknya yang kelihatan terkejut akan reaksi abangnya akan soalannya itu.
"Kenapa tiba-tiba je tanya?" Muka hairan terserlah dari raut wajah Naufal. Hairan akan soalan adiknya yang tidak pernah dibualkan sebelum ini.
"Saja, Along tak selesa ke dengan soalan tu?" Perasaan serba salah membuak-buak dalam diri Syaz. Dia sendiri juga pelik akan soalannya itu.
"Seronok bercinta ni kalau kita dah pasang niat yang baik. Macam Along la, Along pasang niat nak halalkan Kak Aini tu sejak mula-mula bercinta lagi, payah jugak nak ngorat dia dulu, apatah lagi nak kenal dengan keluarga dia. Bila dah cukup duit, boleh la along kawin dengan dia. Jalani hidup sebagai pasangan suami isteri yang sah. Lagi seronok bercinta lepas nikah tau." Bersemangat Naufal menuturkan perbualan.
Syaz seronok melihat cara abangnya teruja menceritakan tentang alam percintaan. Maklumlah cuti hujung minggu, bukan selalu Along duduk bersahaja di rumah pagi-pagi ni. Nak lagi tarikh majlis abangnya bersama Noraini Syifa hampir tiba. Biasanya dia sibuk menguruskan hal majlis.
"Along..." tenungan Syaz serius sekali.
"Hm,"
Fokus Naufal membelek dokumen dan kertas kerja kahwinnya. Majlis yang dirancangnya boleh tahan mewah. Padahal buat di rumah kayu Nek Ma je pun. Kalahkan anak dato datin.
"Satu hari nanti, kalau Nana dah kawin, lepastu ikut suami Nana, macam mana dengan Nek Ma dan Nazmi?"
"Erkk...kenapa tanya macam tu? Dah ada calon ke?" Naufal mencebik mukanya. Dia sengaja mahu mengusik adiknya itu.
"Tak da lah, bukan apa. Along tak rasa ke Nana ni dah besar? Ye lah macam tak lama lagi mesti berumah tangga. Tinggal jauh dengan keluarga. Macam Kak Ain. Kan?"
"Tak semua orang macam tu Na. Walau apa pun keputusan suami kena ikut. Tak boleh derhaka. Tapi seeloknya, suami isteri bincang apa yang terbaik untuk mereka." Nasihat Along itu seakan Syaz yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
"Ni, tak pergi warung ke?" Naufal bertanya sambil tangannya masih membelek kertas.
"Malaslah nak masak hari ni. Kuih Umi Nazmi dah tolong hantarkan ke warung waktu nak ke kelas tambahan tadi."
Kebiasaannya Syaz akan memasak nasi berlauk dan Nek Ma akan membuat kuih. Syaz akan menghantarnya ke Warung Haji Selamat untuk dijual. Tetapi semalam, Syaz timbul rasa malas untuk ke pekan mencari bahan. Jadi dia tidak menjual hari ini.
"Along, esok Na nak keluar dengan Intan boleh?"
"Pergilah, jangan balik lewat sudah."
"Baik Along. Terima Kasih. Na masuk dulu lah."
Sebaik sahaja Syaz melangkah menaiki anak tangga, dia terdengar Alongnya menjawab panggilan telefon.
"Waalaikumussalam Amir,"
"Esok? Oh boleh je. Waktu lunch ya?"
"Baik Assalamualaikum."
Along nak jumpa Amir ke esok? Eh kesah pula aku. Sudahla, baik aku pergi tolong Nek Ma buat kuih.
YOU ARE READING
Bayangan Takdir
Romance(Maaf sebab story saya ni cringe) (Jangan la tiru cerita saya, penat otak saya proses) -Karya NHSS- Menemukan kamu umpama mimpi terindah dalam setiap doaku, "Kenapa awak suka jadi photographer?" - Syaz Eryna "Aku suka gambar yang indah" - Amir Syazw...