~Bab 18~

1 0 0
                                    

SEJURUS pulang dari warung menghantar kuih-muih dan lauk-pauk, Syaz dan Nazmi menjejakkan kaki di sebuah tanah perkuburan.

"Assalamualaikum ibu, Assalamualaikum abah."

Mereka mula membacakan Surah Yasin. Kubur ibubapa mereka bersebelahan. Sesudah selesai membaca Yasin, air dicurah ke atas tanah kubur itu.

"Mi rindu Ibu, Mi rindu Abah."

Syaz memandang sejenak wajah adiknya. Ya, Syaz juga merindui ibu dan ayah mereka. Mata Syaz memandang sebuah kubur kecil bersebelahan kubur ibunya. Seperti tiada orang yang menjenguk. Nama pada batu pun sudah pudar dan tidak kelihatan. Siapalah ahli keluarga si kecil ini. Kasihan.

Beberapa detik kemudian, kelihatan satu tubuh yang cukup dikenali Syaz. Tubuh tegap itu duduk di atas tikar bersebelahan sebuah kubur. Dia memakai baju kurta hitam bersama songkok dikepala.

"Mi, tu bukan..."

"Abang Amir kan?"

"Ha kan?"

Nazmi menganggukkan kepala. Mereka berjalan mendekati tubuh tegap milik Amir.

Amir meraup wajah sesudah selesai membaca doa.

"Assalamualaikum"

"Waa.."

Amir menoleh ke kiri. Oh, Syaz rupanya.

"Waalaikumussalam"

Syaz melihat nama yang terukir pada batu nisan di hadapan Amir.

'ZAMRY BIN HUSSIEN'

"Arwah ayah awak ke?"

Amir menganggukkan kepala.

Oh, rupanya kubur ayahnya dan ibubapa Syaz berada di tempat yang sama.

"Kau nak balik dah?"

"Ya"

"Meh la aku hantar, ajak Nazmi sekali."

"Eh takpa lah, bukan jauh pun."

Amir memandang tajam anak mata milik Syaz. Degil la budak ni.

"Lambat aku tinggal."

Gelabah Syaz dibuatnya. Terus dia mengikuti belakang Amir. Nazmi pula dah buka langkah besar. Mereka memasuki kereta yang diparkir bersebelahan Tanah Perkuburan Islam itu. Amir dan Nazmi duduk di hadapan manakala Syaz pula mengambil tempat dibelakang.

Sejurus menutup pintu, mata Syaz memandang sepasang kasut bertumit tinggi berwarna red wine. Takkanlah ibu Amir pakai heels kot?

"Kasut siapa ni?"

Amir memusingkan badan ke belakang.

"Sibuk nak tau kenapa? Jealous?"

Ee! Tak da masa aku nak cemburu.

"Orang tanya je. Malas nak jealous. Buat apa nak jealous dengan awak!"

"Manalah tahu kau suka aku kan?"

Perasan betul mamat ni tau!

Nazmi dah tersengih macam kerang busuk dengan karenah mereka berdua. Ni kalau kakak aku kahwin dengan Amir memang aku restu.















KERETA diparkir tepat dihadapan kerusi batu yang terletak di laman rumah kayu itu. Kelihatan seorang wanita tua sedang mengait sesuatu di atas pokok.

Mereka turun dari kereta lalu mendekati Nek Ma.

"Banyaknya rambutan."

Nek Ma menoleh memandang Amir.

"Musim dia, Amir. Rezeki kamu datang harini boleh makan."

Mereka berempat duduk bersama di meja batu itu. Menikmati kemanisan buah rambutan di tepi rumah Nek Ma.

"Semua baru balik dari kubur ke? Terserempak?"

Soalan Nek Ma ni seolah dia dah tau saja. Mungkin sebab Amir bersongkok agaknya.

"Ya, itu yang saya tumpangkan diorang balik. Alang-alang nak datang sini. Dari semalam mimpi rambutan."

Amir sengaja berkata begitu. Padahal semalam tidur mati.

"Nana, pergi buat air. Bawa keluar kuih Umi buat tadi kesini."

"Baik umi"

Syaz melangkah masuk ke dapur melalui pintu belakang, meninggalkan mereka bertiga diluar. Tangan halus itu perlahan mencapai teko untuk membuat air kopi. Pagi-pagi ni sedap juga minum kopi sambil makan kuih-muih. Bebola mata Syaz melihat cerek air di atas dapur, nasib baik Nek Ma dah jerang air.

Tudung saji dibuka menampakkan beberapa jenis kuih yang biasa dibuat Nek Ma. Ada karipap, kuih lapis, ketayap, bingka ubi dan popia sira. Cukuplah buat sarapan mereka hari ini. Bukan ramai pun.

Setelah selesai membancuh kopi, Syaz menatang dulang yang berisi sepinggan kuih, sebuah teko air dan empat buah cawan menuju keluar dimana terletaknya meja batu. Disitu, Nek Ma, Amir dan Nazmi sedang berbual sambil menikmati buah rambutan.

Syaz menuangkan air kedalan setiap gelas dengan perlahan. Wap yang keluar dari cawan menandakan air kopi itu masih panas.

"Minumlah, hati-hati. Panas."

Amir mencapai kuih karipap di atas pinggan.

"Karipap Nek Ma ni memang the best. Saya kahwin nanti tempah dengan Nek Ma je senang. Masak apa-apa semua sedap."

Nek Ma memandang Amir sambil ketawa.

"Boleh aje Nek Ma buatkan. Tapi kamu tu. Calon pun takda."

Pergh! Menusuk dalam hati.

"Sabar la dulu. Sekarang sibuk kerja. Nanti takda masa untuk isteri."

Awkwardnya! Kenapalah aku duduk sekali dengan diorang ni. Patutnya masuk dalam. Tak suka lah topik ni. Eh, macamlah aku yang nak kahwin tu.

Syaz dah buat muka. Tahu dah cara Nek Ma pandang dia tu memang saja je nak buat dia rasa malu. Tak nak lah dia dekat si Amir ni.

"Ha Amir. Kilang ibu kamu macam mana? Nek Ma ada dengar dari bini Naufal yang kilang ada masalah dibawah bahagian pengurusan dia. Tapi dia tak buat kan macamtu?"

Risau Nek Ma jika Noraini Syifa sanggup ambil duit syarikat sebanyak itu. Mujur Amir menggelengkan kepala.

"Bukan Syifa yang ambil. Kami masih siasat sebenarnya. Tak boleh tuduh sembarangan tanpa bukti."

"Oh. Mujur bukan Aini. Takut juga Nek Ma. Sudahla dia baru nikah dengan si along tu. Tak nak juga dia stress."

Amir menganggukkan kepala tanda faham.

"Oh ni saya nak minta izin Nek Ma sikit."

"Ha apa dia."

"Ingat nak pinjam cucu Nek Ma tu Sabtu ni.  Teman pergi photoshoot pre-wedding dekat dengan rumah tu je. Boleh?"

Syaz hampir menyemburkan air kopi. Sudalah panas. Lagi panas dengar Amir cakap macamtu.

"Oh, boleh. Pergilah."

Hah? Aduh. Umi ni pun satu.

"Apeni umi, Nana busy lah!"

"Eh kau ni, busy apa nye? Bukan tengah belajar pun. Sabtu ni warung tak bukak. Haji selamat tu nak buat aqiqah cucu sulung dia. Jadi tak payah hantar lauk."

Sakit pula hati ni tengok muka Amir tu. Puas hati lah tu!

"Yelah!"

Syaz masuk kedalam rumah.

"Ha tu lah dia perangai. Ni yang susah nak berlaki karang."

Aduhai, Nek Ma ni betul-betul mak cik sangat. Dengan cucu lagilah.

"Saya balik dulu lah Nek Ma. Terima kasih."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bayangan TakdirWhere stories live. Discover now