~Bab 16~

2 0 0
                                    

"NAUFAL Ilmi Bin Hamdan"

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Noraini Syifa Binti Rashid dengan mas kahwinnya 350 Ringgit tunai.."

"Aku terima nikahnya Noraini Syifa Binti Rashid dengan mas kahwinnya 350 Ringgit tunai.."

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Sah!"

"Alhamdulillah"

Tangan diangkat untuk mengaminkan doa. Eh sekejap, along nangis ke tu? Ini masanya untuk record! Syaz keluarkan telefonnya lalu merakam momen alongnya mengalirkan air mata setelah lafaz akad nikah. Alolo, manja kali!

Selesai semuanya, majlis persandingan diadakan di sebelah petang. Memang penat la jadi keluarga pengantin ni. Ke hulu, ke hilir. Muka kena senyum 24 jam. Ain pula sibuk jaga anaknya yang baru berusia sebulan itu. Ain Aisyah nama diberi. Seperti yang dijangka, memang putih! Ikut abangnya, Ahmad Fateh!

Jadi apa lagi, kita yang single ni juga melayan tetamu yang hadir. Nek Ma tu sakit lutut nak berjalan ke sana ke sini. Nazmi sudah pulih dari sakit. Tangannya yang patah telah pulih. Dia pula sibuk tolong mengangkat lauk untuk ditambah semula. Maklumlah, rewang kan. Nasib baik orang kampung semua tolong.

"Eryna."

"Apa?"

"Teman la aku makan sekejap."

"Makan je lah, ramai orang ni saya nak sambut."

Amir dah buat muka ketatnya. Penatlah dia jadi photographer di majlis Naufal hari ini. Takda pula orang yang sudi teman di makan.

"Pergi la teman si Amir tu Nana oii. Biar umi jaga."

Aduh umi ni pun satu. Lagi nak dipaksanya. Amir dah buat muka puas hati.

"Yelah yelah."

"Nak makan dekat mana?"

"Dapur ramai makcik bawang. Bawah kanopi ni penuh. Dalam kereta jom! Ada aircond. Panas ni. Berpeluh, habis basah baju melayu aku."

"Mengada-ngada betul la awak ni."

"Suka hati aku lah."

Syaz menjelingkan mata ke atas.menyampah betul! Dia berlalu pergi mengambil nasi dan lauk. Selesai, dia bawa pinggan yang berisi nasi hujan panas dan secawan air sirap ke arah kereta milik Amir. Amir perasan bahawa tangan Syaz penuh, mustahil dia boleh buka pintu. Dia keluar dari kereta lalu bukakan pintu untuk Syaz.

Mereka menikmati nasi itu bersama ayam masak merah dan acar sayur. Sedapnya! Lapar betul harini. Sibuk sangat.

"Makan tu perlahan sikit, nanti tercekik karang."

Gelojoh betul minah ni makan. Tahu lapar. Control la ayu tu sikit.

"Ye lah gorgon."

Lantak kau lah nak panggil aku gorgon. Comel juga. Eh?

"Lama ke Naufal kenal dengan Syifa tu?"

Lah, tiba-tiba je mamat ni tanya. Dah kenapa?

"Lama juga. Empat tahun? Kenapa tanya?"

"Oh takde. Syifa tu kerja di kilang ibu"

"Oh yeke? Kilang batik tu?"

"Hm"

Oh baru Syaz tahu kilang batik tu milik ibu Amir ni. Kilang tu memang tersohor. Kalau tidak silap, sudah ada dua cawangan. Satu di Terengganu, satu di Pahang. Patut la mereka kaya.

"Mulut kau, comot. Macam budak kecik je makan comot."

Comot pun comel. Ayu betul Syaz ni. Muka tidak memakai apa-apa solekan pun tetapi kulitnya memang cantik. Cuma memakai sedikit pelembap bibir. Kulitnya agak cerah tetapi tidak la seperti cina tu.

"Ada tisu?"

Amir mengambil tisu di celah kerusi kereta itu lalu menghulurkannya kepada Syaz.

"Terima kasih."






















"ALONG nak tinggal dekat rumah along ke dengan Kak Long? Tak nak tinggal dekat rumah Umi?"

"Iya umi, pengantin baru ni nak masa bermanja-manja juga."

Ahaks!

Nak muntah Syaz mendengarnya. Ye tahu dah kahwin. Aku je single.

"Kak Long, kalau Along ni nakal kan. Akak cubit dia kuat-kuat. Tahu lah dia."

Tergelak Syifa dibuatnya. Dia tahu Syaz ni memang manja dengan suaminya itu.

"Kami gerak dulu lah."

"Hati-hati"

"Yelah umi, Assalamualaikum."

"Ya waalaikumussalam."

Selesai bersalaman, Naufal dan isterinya bertolak.

"Angah nak balik Melaka esok?"

"Ya Umi, Malik kerja lusa."

"Hm, tinggallah Nana dengan Nazmi je lepasni. Nanti Nana dah kahwin, Nazmi je teman Umi. Bila Nazmi pula kahwin umi sorang-sorang."

"Ish umi ni, Nana ada lah. Apa umi merepek ni."

Syaz memeluk manja Nek Ma. Betul juga. Kalau aku kahwin, siapa nak teman umi?

















Mesti korang bosan kan? Asyik cakap pasal kahwin je. Saya taktau apa-apa. Bye!
(Bab ni pendek sikit sebab saya dah kurang idea)
(Lagipun saya busy dan malas. Kalau saya update tu maknanya saya rajin)

Bayangan TakdirWhere stories live. Discover now