~BAB 5~

10 1 0
                                    

DEDAUN pintu rumah banglo mewah dua tingkat itu ditolak perlahan memandangkan sudah lewat malam dia pulang ke rumah. Risau bunyi bising akan mengganggu lena orang sekeliling.

     "Assalamualaikum" suaranya perlahan kerana kepenatan.

    Amir Syazwy terus mengunci pintu rumah dan berjalan menuju ke bilik tidurnya. Baru sahaja hendak memulas tombol pintu itu, satu sentuhan mendarat di atas bahu kirinya.

    "Ya Allah, Ibu rupanya!. Gugur jantung Amir malam-malam ni." kata Amir sambil mengusap dadanya lembut kerana terkejut.

    Datin Roslinda tertawa kerana tidak menyangka putera sulungnya itu akan terkejut begitu sekali.

    "Ni dari mana balik lewat ni?"

    "Dari rumah Nek Ma."

    Datin Roslinda hairan. Buat apa budak ni pergi rumah Nek Ma sampai balik lewat ni? Ke dia intai anak dara orang?

    "Ibu, Amir pergi sebab ada kerja dengan Naufal. Dia kan dah nak nikah. Jadi nak pakai photographer." laju Amir berkata kerana bimbang ibunya akan membuat andaian sendiri.

    "Oh. Nak nikah dah si Naufal tu ya? Kamu bila lagi Amir? Ibu ni tak sabar nak ada peneman." sengaja Datin Roslinda mengulang soalan yang sama semenjak beberapa bulan ini.

    Hairan. Bukannya ibu ni tiada peneman dalam rumah ni. Mak Som ada. Emir ada. Amar tu ya lah, kadang-kadang sahaja balik sewaktu cuti semester.

    "Bukan apa, ibu nak juga merasa ada menantu, ada cucu, ada lah juga bunyi dekat rumah ni. Ini sunyi aje. Amar tengah sambung Master, Emir tu pulak tengah study nak SPM ni. Sunyi je rumah ni. Ada pun Mak Som aje yang ibu boleh nak borak." bersungguh-sungguh Datin bercerita. Ini kalau masuk pertandingan mesti menang.

    Mentang-mentanglah Amir seorang saja anaknya yang telah tamat pelajaran. Umur pun sudah mencecah 27 tahun. Memang patut pun ibunya tanyakan soal perkahwinan.

    "InsyaAllah ibu, kalau ada, ada lah. Ibu doa lah yang baik-baik untuk Amir ya?" Lembut saja Amir membalas soalan ibunya.

    "Amir masuk dulu ya ibu. Esok kerja."

    "Ya lah. Dah solat belum ni?"

    "Dah. Dekat rumah Nek Ma."

    Terukir senyum di bibir ibunya. Sejuk hati mendengar. Nasib badan dapat anak lelaki yang dahulukan kewajipan. Sudah la pandai menjaga hati. Kacak pula tu. Pakej lengkap!

    Cuma nya, belum ada jodoh lagi. Ya Allah, berikanlah yang terbaik buat semua anak ku agar mereka tidak lupa akan kebesaranmu.

    Usai membersihkan diri, Amir terbaring di atas tilam empuk itu. Memikirkan permintaan ibunya yang satu itu.

    "Syaz...cantik nama tu. Tersama pula dengan nama aku. Tuan badan pun tidak kurang hebatnya." mimpi apa pula Amir ni tersenyum seorang diri atas katil? Baru jumpa dah angau ke? Mesti lena tidurnya malam ini!














    BUKU novel kegemarannya diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Lampu dimatikan menandakan matanya telahpun berat. Tiba masa untuk rehatkan badan fan lenakan diri. Tetapi, fikirannya masih bekerja dengan kata-kata Nek Ma sewaktu di dapur tadi.

    "Kalau Umi kahwinkan kau dengan Amir tu, nak tak?"

    "Amir tu baik orangnya. Umi dah lama kenal dengan keluarga dia. Dan keluarga dia ada kaitan dengan arwah mak dan abah kau"

    "Banyak perkara Umi tak sempat nak cerita tentang arwah sebab Umi tunggu kau besar waktu tu. Sekarang dah boleh la Umi cerita. Tapi, tunggu Along kau tu siapkan urusan nikah dia"

    Apa sebenarnya yang Umi dan Along sorokkan dari aku ni? Dan apa kaitan dengan keluarga Amir?

    Telefon Samsung A30s diambil untuk menelefon sahabatnya yang telah lama tidak bertanya khabar.

    Tut..tut..tut..

    "Assalamualaikum Pia!"

    "Woi! Pekak telinga aku ni! Jangan jerit-jerit boleh tak?" Balas Intan Sophea dengan nada tinggi.

    "Ya pun jawab lah salam dulu. Berdosa tau tak jawab salam!"

    "Ya Waalaikumussalam. Ni malam-malam buta telefon bini orang ni dah kenapa? Tak ada kerja lain ke?"

    "Suka hati aku lah. Bini orang yang kau maksudkan tu kawan aku tau! Lagipun laki kau takda kan?" Ewah-ewah, sembang macam Syaz tu suami Intan pula!

    "Haah, laki aku tak balik sampai minggu depan. Haih, Rindu la pulak." suaminya bekerja sebagai seorang Co-Pilot yang dilatih di bawah syarikat penerbangan yang agak terkemuka di mata dunia.

    "Eleh. Laki baru gerak semalam dah rindu. Mengada-ngada betul!" Syaz menjelingkan bola matanya ke atas tanda menyampah. Ni baru kahwin tiga bulan belum tiga tahun!

    "Kau tak faham perasaan rindu tu tau. Kau kena kahwin dulu baru kau faham."

    "Terpaling kahwin betul kau ni ya. Cakap fasal kahwin kan, aku ada benda nak cerita. Tapi kita jumpa nak esok? Lama tak jumpa pengantin lama ni." sengaja Syaz mengusik rakannya itu.

    "Lain macam bunyinya. Kau nak kahwin dah ke? Sejak bila kau ada boyfriend?" Ya lah. Mana tak hairannya Intan apabila Syaz nak berborak soal kahwin. Dia tu sudahla tidak reti bergaul dengan kaum Adam.

    "Eh mana ada! Nanti lah aku cerita. Esok kau free ke?"

    "Tak aku mahal. Haha gurau ja. Esok aku ada meeting untuk syarikat batik tu, katanya nak bukak satu lagi cawangan di Terengganu. Aku tanya laki aku dulu lah. Kita jumpa hujung minggu ni lah. Hari Ahad waktu lunch dekat kedai ayam gepuk tu. Kau belanja!" Seronok Intan Sophea meminta Syaz untuk belanja makan hujung minggu ini. Macam sudah tiada suami pula.

    "Ok. Nanti apa-apa kau messange aku tau."

    "Ok. Aku tidur dulu, esok meeting. Assalamualaikum."

    "Waalaikumussalam"

    Telefon diletakkan di atas novel di atas meja tadi. Syaz terus terlena dengan suasana sunyi yang hanya berlagukan bunyi kipas dan suasana kampung. Walaupun kipas dipasang perlahan, rasa sejuknya seperti tidur di dalam peti!

Bayangan TakdirWhere stories live. Discover now