"SELAMAT pagi cikgu."
Bergema suara pelajar di dalam kelas itu.
"Selamat pagi, sila duduk."
Cikgu itu meneliti setiap pelajar. Mencari sasarannya. Ya tepat, sekali lagi dia tidak hadir.
"Amar mana?"
"Tak datang cikgu." Laung seorang pelajar dalam kelas itu.
"Tak hadir lagi? Apa masalah dia sebenarnya? Siapa rapat dengan dia? Rumah dekat ke. Jiran ke. Kawan rapat ke. Ada nombor ke. Ada?"
"Saya...saya kenal dia."
Cikgu menoleh kearah tangan yang diangkat itu.
"Ha Faris, nanti cakap dengan dia cikgu kirim salam. Tanya dia puas dah jaga anak kat rumah tu sampai tak nak datang sekolah? SPM lagi berapa bulan saja. Kalau dia tak datang juga minggu hadapan, cikgu ambil tindakan disiplin!"
"Ba..baik cikgu."
KRING!
loceng berbunyi menandakan tiba waktu rehat menengah atas. Semua pelajar keluar dari kelas. Ada yang menuju ke kantin, ada yang ke koperasi, ada yang ke tandas dan ada juga yang berkeliaran ke bilik khas.
Faris Nazmi berjalan menuju ke kantin. Aroma nasi ayam kantin menyengat rongga hidungnya. Tak sabar nak makan. Nasi ayam kantin memang terbaik.
"Oi budak."
Nazmi memandang kebelakang, seperti yang dijangka. Ya mereka lagi. Apa lagi yang tak puas hati diaorang ni? Aku ni baru nak ke kantin. Menyesal lalu belakang blok tak pasal-pasal kena hadap bala.
"Apa"
"Bak sini duit kau."
Salah seorang dari tiga lelaki itu mendekati Faris Nazmi. Selangkah dia ke hadapan, selangkah Nazmi ke belakang.
Buk!
"Sakitlah bodoh!"
Terduduk Nazmi di atas rumput menahan sakit di perut kanannya yang ditumbuk kuat pelajar itu.
"Tau pun sakit. Bagi duit kau!"
"Kalau aku tak nak? Kau nak buat apa? Tumbuk aku lagi? Kau ingat aku takut ke?"
Cis! Degil betul budak mentah ni. Nasib sekarang ni waktu rehat saja. Kalau waktu balik aku dah hentam puas-puas!
Seorang lelaki itu pergi menunduk ke arah Nazmi dan merampas wang kertas di dalam poket seluar Nazmi.
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima"Lima ringgit je? Miskin."
"Miskin-miskin aku pun, tak biadab macam kauorang!"
Ketiga-tiga lelaki itu tergelak puas. Lucu budak mentah ni. Lemah. Mereka mencampak sehelai wang biru ke arah muka Nazmi.
"Nah, kesian budak miskin ni lapar. Nanti jadi pengemis pulak. Aku ambil empat ringgit ni pun dah cukup baik dah."
Mereka berlalu meninggalkan Nazmi disitu berseorangan.
"AWAK ok?"
Nazmi yang duduk termenung di meja batu itu memandang ke arah suara itu. Oh, Alia rupanya.
"Ok"
Alia mengambil tempat di kerusi berhadapan Nazmi.
"Yakin? Kalau ada masalah ceritalah."
"Aku ok je lah. Tak payah sibuk."
Haih, susah betul mamat ni nak senyum depan aku. Muka asyik beku saja. Seratus kali aku tengok dia, seratus kali tu juga la muka beku dia tayang.
YOU ARE READING
Bayangan Takdir
Romance(Maaf sebab story saya ni cringe) (Jangan la tiru cerita saya, penat otak saya proses) -Karya NHSS- Menemukan kamu umpama mimpi terindah dalam setiap doaku, "Kenapa awak suka jadi photographer?" - Syaz Eryna "Aku suka gambar yang indah" - Amir Syazw...