"KAK Som," Datin Roslinda yang sedang mengupas bawang di atas meja itu memandang pembantu rumahnya sejenak.
"Ya puan?"
"Anak Kak Som yang baru kahwin haritu apa cerita?" Soalnya sambil sambung mengupas bawang.
"Oh, baik saja mereka tu. Katanya mahu pergi honeymoon lagi dekat Australia. Sambil-sambil hantar adik dia mahu sambung belajar di sana." Wanita tua itu sambung mencuci pinggan.
"Oh, lama dia tak datang sini. Kak Som tak rasa sunyi ke rumah ni?"
"Iya lah kan puan? Sunyi juga." Pembantunya itu mengangguk tanda setuju.
"Itu yang saya nak suruh Si Amir tu kahwin cepat. Ada lah juga peneman kita di dapur ni. Tak ke gitu Kak?"
Amboi! Tak sabar-sabar betul Datin ini seorang. Dia ingat kahwin ni macam main pondok-pondok ke?
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam, ha Amir. Panjang umur kamu." Datin Roslinda memandang anaknya itu. Dari mana lah budak ni.
"Ibu mengumpat pasal Amir ke Nek som?" Amir terus memandang Nek Som nya yang sedang mengambil plastik barangan dapur yang dibelinya tadi.
Nek Som hanya gelak bersahaja.
"Kamu dari mana ni Amir? Semalam tak balik, tidur office lagi? Banyak sangat ke kerja tu?"
"Tak de lah ibu, Amir tidur hospital semalam." Amir berjalan menuju ke mesin air coway dan mengambil gelas.
"Hah? Kamu sakit ke Amir? Ya Allah anak aku!" Datin terus bangkit dari kerusi dan berdiri di hadapan anaknya. Dia menepuk pipi dan menggoyangkan bahu bahu anaknya.
"Ada sakit kat mana-mana? Eksiden motor lagi ke? Tapi motor kamu ada kat depan tu ibu tengok. Kamu naik kereta semalam kan?"
Amir mengangkat tangan ibunya dan meletakkannya disisi ibunya.
"Ibu, Amir teman adik Naufal di hospital semalam. Dia nak teman Nek Ma semalam tapi Naufal tak boleh nak temankan sekali sebab ada kerja lain. Jadi Amir tidur lah sana temankan dia."
Amir meneguk air setelah melihat ibunya telah lega dengan jawapannya.
"Oh, temankan si Nazmi tu ya? Dia kan ada kelas tambahan. Kenapa tak duduk rumah je? Nanti susah pula nak pergi kelas."
"Sebab tu la."
"Apa tu?"
"Nazmi kan ada kelas, jadi Amir temankan kakak dia." Amir Syazwy meneguk airnya. Lega tekaknya dapat minum air sejuk tengahari ini.
"Apa!" Terkejut Datin Roslinda. Anaknya temankan anak dara orang kah? Kalau jadi apa-apa tak ke susah?
"Eh ibu, kenapa terkejut sangat ni? Jangan risau la ibu. Amir tidur atas sofa dalam wad tu. Eryna tidur dalam bilik."
Fuh! Nasib baik. Kenapalah anak teruna seorang ni payah sangat nak maklumkan kepada ibunya ni awal-awal. Ingatkan tidur di pejabat. Rupanya tempat lain.
"Amir panggil Syaz, Eryna?"
"Haah ibu. Kenapa?" Lain pula soalan ibunya ni. Salah ke dia panggil Syaz 'Eryna'?
"Dia tak marah ke?"
"Buat apa dia nak marah?" Haih ibu ni. Terus terang sahaja lah.
"Bukan apa. Biasanya dia tak suka orang panggil dia Eryna. Paling tak pun orang panggil dia Nana. Itu pun keluarga saja. Yang lain semua kena panggil Syaz. Nek Ma cakap dekat ibu yang dia pernah marah teruk bila orang panggil dia Eryna sebab panggilan tu istimewa untuk orang yang istimewa sahaja."
Wow! Istimewakah aku pada seorang Syaz Eryna? Kembang semangkuk hidung aku kalau begini!
"Sedap apa panggil Eryna. Lagi comel."
Apa? Apa anak teruna ni cakap? Comel? Alahai, muka tersenyum seperti kerang busuk pula tu. Dilamun cinta kah?
"Amir suka Syaz ke?"
Bom! Apa ibu? Tak dengar la. Cuba tanya kuat sikit. Laju jantungnya berdegup. Betulkah aku suka kan Syaz Eryna? Atau hanya mainan perasaan sahaja?
"Eh kamu ni! Amir Syazwy! Ibu tanya ni. Duk termenung sengih sorang-sorang dah kenapa?" Datin Roslinda bercekak pinggang menghadap anak sulongnya itu.
Nek Som hanya tergelak melihat perangai anak beranak itu. Rindu akan anak-anaknya.
"Entah,"
"Pulak? Entah-entah Amir suka pada Syaz kot?" Nek Som mencelah dan tergelak sambil menyusun pinggan dan mangkuk.
"Eleh. Ibu dapat baca la riak muka Amir. Amir dah jatuh cinta dengan Syaz kan? Kan? Kan?" Datin memberi senyuman mengejek kepada Amir. Nampak sangat Amir sedang menahan malu!
"Hm..boleh difikirkan. Bye ibu, nak pergi jumpa kekasih hati pengarang jantung!" Amir menyalam ibunya dan memeluk ibunya lalu beredar dari dapur.
"Eh budak bertuah ni! Balik buat apa kalau nak keluar semula!"
"Sampai hati ibu halau Amir. Amir balik nak ambil Maya je." Dia memuncungkan bibirnya dan membuat raut wajah kecewa. Dramatik sungguh!
"Dah kenapa pula nak bawak Maya ke sana?"
"Ada lah...bye ibu. Muah!" Sempat dia memberi flyying kiss kepada ibunya.
"Haih. Anak, anak. Banyak karenah betul!"
"Biasalah tu Puan, sedang dilamun cinta lah tu. Nanti dia sudah kahwin, saat ni lah yang kita akan rindu." Sayu mendengar. Teringat Nek Som kepada anaknya.
Datin Roslinda tersenyum. Ya betul, saat ini lah yang akan menjadi kenangan buat selamanya.
AMIR memandang kerusi penumpang di sebelahnya. Riak wajahnya dari tadi ceria. Entah kenapa Amir Syazwy ni?.
"Cinta, Amir rasa kan. Amir dilamun cinta lah. Macam mana ni? Cinta nak mama baru tak?" Dia memandang ke arah kerusi penumpang dan ke hadapan bergilir-gilir memandangkan dia sedang memandu.
"Cinta? Oo cinta?"
Dia menjenguk ke dalam sangkar itu sewaktu lampu isyarat bertukar merah. Lah, tidur rupanya! Membazir air liur aku saja. Potong mood betul orang nak berangan ni!
"Dasar majikan tak kenang budi! Kau boleh tidur ye Maya?" Ya Maya, salah seekor kucing parsinya yang amat comel dan gebu. Bulunya berwarna putih. Mata sebelah kirinya biru manakala kanan pula hijau. Unik sungguh!
"Meow..."
"Tau-tau je kau ya yang kita dah masuk selekoh hospital ni." Amir menjelingkan matanya ke atas. Maya pula berkelakuan seperti 'malas nak layan'.
YOU ARE READING
Bayangan Takdir
Romance(Maaf sebab story saya ni cringe) (Jangan la tiru cerita saya, penat otak saya proses) -Karya NHSS- Menemukan kamu umpama mimpi terindah dalam setiap doaku, "Kenapa awak suka jadi photographer?" - Syaz Eryna "Aku suka gambar yang indah" - Amir Syazw...