Bab 1: Rahsia Takdir Ris dan Ran

188 16 5
                                    

"Aku dah 35 tahun ni Ran. Jodoh macam tak nampak je. Puas dah aku suluh tapi tetap tak nampak", seloroh Khairul.

Namun dalam seloroh, terselit kepahitan dalam nada. Kawan-kawan rapat dia semua dah kahwin, tinggal dia dengan Durrani sahaja yang masih membujang. Bukan dia tidak percaya kepada perancangan Allah tapi kadang-kadang dia tak tahan dengan ibu dan ayah yang asyik mendesak dia mencari jodoh.

Hampir tersembur Hazelnut Latte ais yang dihirup Mifzal Durrani mendengarkan kata-kata Khairul. Tadi elok sahaja mereka bersembang pasal bola, siap Khairul mempersendakan dia atas kekalahan Manchester United.

Mentang-mentanglah malam tadi Liverpool menang besar 3-0 ke atas MU, tak lekang bibir Khairul dengan senyuman. Dia punya gembira tu macam dia pula bermain untuk Liverpool tapi inilah yang dikatakan 'die hard fan'. Kelab kesayangan menang, kita pun turut sama teruja.

"Kau ni kan Khai, nasib tak tersembur air aku. Kalau tersembur tadi baju kau juga yang kotor", kata Durrani sambil menggeleng-gelengkan kepala. Nafas ditarik sebelum menyambung kata.

"Asal ni bro. Tiba-tiba je? Tadi bukan main riuh bahan aku, alih-alih cakap pasal jodoh", tanya Durrani kehairanan. Dipandang muka sahabat yang menayangkan senyuman pahit.

"Macam biasalah Ran. Ni ha ibu aku WhatsApp. Share gambar kawan ibu aku punya anak kahwin minggu lepas sekali caption Along bila lagi. Lately ni setiap kali orang tanya pasal bila nak kahwin aku mudah moody. Cepat je aku rasa nak marah", luah Khairul sambil tangan meraup kasar mukanya. Anak rambut yang terjatuh di bahagian dahi ditolak semula ke atas. 

Keserabutan yang datang hari ini bukan biasa-biasa. Terasa bahunya terbeban dengan perihal jodoh. Letih Khairul mahu menjawab soalan yang semakin kerap ditanyakan oleh ibu, ayah, dan orang sekeliling.

"Relax la bro. Aku pun tak kahwin lagi. Bukan kau je 35. Aku pun 35 juga". Pecah ketawa Durrani usai menuturkan ayat yang terakhir. Terasa lucu dengan ayat sendiri. 

Khairul risau dia masih belum berkahwin di usia 35, sedangkan Mifzal Durrani juga berada pada usia yang sama. Kedua-duanya masih belum bertemu jodoh di usia pertengahan 30 an.

"Ala kau lain. Kau ramai peminat. Pergi mana pun ramai orang pandang. Dari datin sampai ke students semua nak try kau. Kau tu yang memilih. Aku ni tak sempat nak approach, diorang reject dulu", ujar Khairul. Air liur yang ditelan dirasakan berpasir. Kekecewaan yang menguasai menyebabkan dia mengeluarkan apa sahaja kata yang boleh walaupun kata-kata itu melukakan diri sendiri.

Sudah 3 tahun Khairul bersahabat dengan Mifzal Durrani. Pengenalan bermula di Human Resource Department apabila mereka sedang berurusan untuk daftar masuk kerja. Pengenalan yang singkat membawa kepada hubungan persahabatan sehingga ke hari ini.

Dia dengan Durrani jauh berbeza dari segi fizikal walaupun umur mereka sama. Durrani digilai wanita atas keterampilan dirinya. Seorang yang tinggi lampai, berkulit cerah, iris mata hitam pekat, dan yang paling mahal lesung pipit di pipi kiri dan kanan. Apabila Durrani senyum, jangan kata wanita, lelaki pun boleh tak lepas pandang.

Dia pula tak ada lah hodoh mana cuma tidak sekacak Durrani. Apabila berjalan di sebelah Durrani dia seakan-akan halimunan, tiada siapa yang nampak. Semua mata hanya tertumpu kepada Mifzal Durrani.

"Kalau ramai orang minat pun tapi dah hati aku tak berkenan, tak jadi juga Khai. Jodoh ni bukan kira handsome tak handosome, tinggi tak tinggi. Kalau ada jodoh ada, kalau tak de jodoh handsome macam mana pun tetap tak kahwin", ulas Durrani tenang.

"So kau memang nak cakap kau handomse lah?", soal Khairul dengan senyum senget. Berbaur sinis soalan itu.

"Eh kau ni. Dah lama tak merasa penampar ke? Aku buat ayat penyata je. Ayat untuk beritahu kau yang jodoh ni tak de ciri-ciri spesifik. Semunya dah ditetapkan Allah. Kau mencari sampai kutub utara sekalipun kalau tak ada jodoh tak ada juga. Ayat kau tadi mengundang betul lah. Panas pula hati aku".

Rahsia Takdir Ris dan RanWhere stories live. Discover now