Berbunga riang hati Iris menerima WhatsApp daripada encik tunang. Selamat sudah Iris menjadi tunang kepada Mifzal Durrani.
Majlis yang sepatutnya ringkas sahaja, hanya melibatkan dua buah keluarga akhirnya jadi besar disebabkan Abang Am. Tergelak Iris bila mengingatkan semula drama pertunangan dia dengan Durrani.
***
Mengikut perbincangan dengan kak Adra hari tu semuanya dibuat secara kecil-kecilan sahaja tetapi Iris tidak tahu siapa yang tukar rancangan tiba-tiba terpacak dua biji khemah kat luar rumah Mak Ngah Ain.
Bulat biji mata Iris melihatkan khemah yang terpasang ketika baru pulang dari kerja. Menjerit dia memanggil Mak Ngah, memohon penjelasan daripada emak saudaranya itu.
"Irham kawan Durrani tu yang sponsor Iris. Sekali dengan catering", beritahu Mak Ngah berhati-hati. Takut juga dia melihatkan muka tidak senang Iris dengan rancangan yang bertukar.
"Dah tu kalau ada khemah majlisnya jadi besar ke Mak Ngah?" soal Iris gelisah.
"Tak de besar sangat Iris. Panggil orang masjid dengan kawan-kawan rapat Mak Ngah dengan Auntie Aisyah je".
Sebaik mungkin Mak Ngah cuba mengatur ayat. Iris nampak tidak selesa dengan majlis tunang yang melibatkan ramai orang, jadi dia cuba untuk berkata apa yang perlu sahaja.
"Hari tu bukan kita plan lain? Tunang antara kita-kita je lepastu edarkan makanan dekat masjid untuk beritahu Ris dengan Ran dah bertunang?" soal Iris lagi dengan lipatan kerutan di dahi yang semakin berlapis.
Begitulah rancangan asalnya. Tiada siapa yang akan datang ke majlis pertunangan melainkan dua buah keluarga mereka tetapi tetap dipanggil AA Events Planner and Decorations untuk pelamin kecil dan hiasan supaya background kelihatan cantik untuk bergambar.
Dan rancangan asalnya untuk hebahkan pertunangan dengan mengedarkan makanan di masjid. Puan Aisyah lebih gemar berita pertunangan ini dihebahkan sekurang-kurangnya dalam kalangan orang masjid supaya tidak timbul keraguan di hari mendatang.
Tidaklah muncul ayat-ayat seperti, "Kenapa tiba-tiba kahwin? Ada apa-apa berlaku ke?"
"Sepatutnya macam tu Ris tapi suami Adra yang beria sungguh nak bagi hadiah kepada Durrani jadinya bila dah tambah khemah, dah ada catering kena jemput orang la Iris. Tak kan nak biarkan khemah kosong, makanan tak de orang makan". Mak Ngah cuba menjelaskan namun Iris masih tidak gemar dengan pertukaran rancangan tanpa pengetahuannya.
"Ala mak ngah. Ish Abang Am ni. Sibuk je", protes Iris tidak puas hati.
Dah lah ini majlis tunang dia, sibuk je si Irham tu nak sponsor macam-macam. Nak sponsor masa kahwin nanti lah. Sponsor bertunang nak buat apa. Sebal hati Iris memikirkan rancangan yang berubah daripada perbincangan asal.
Telefon bimbit dibawa keluar dari poket seluar kerja, nama Durrani dicari dan pesanan dihantar melalui aplikasi WhatsApp.
Salam Durrani. Kenapa tak discuss dengan saya dulu pasal tambah khemah dengan catering? Ni kan majlis saya juga. Bukan kita setuju lain ke hari tu? – Iris.
Mifzal Durrani merenung skrin telefon bimbit. Iris menggunakan kata ganti nama 'saya' 'awak'. Macam marah je bunyinya. Durrani telan air liur, takut juga kalau Iris marah.
Ris marah ke? Hari tu Ris kata mana yang Ran rasa okay Ris okay – Durrani.
Hari tu hari tu lah. Kenapa tambah khemah, catering lepastu jemput ramai orang pula? Dah lah kita ni satu taman. Ramai yang kenal Auntie Aisyah, yang kenal Mak Ngah Ain. Ramai lah nanti yang datang – Iris.
YOU ARE READING
Rahsia Takdir Ris dan Ran
RomancePertembungan percintaan antara seorang Pensyarah Pengajian Islam bernama Mifzal Durrani dengan seorang gadis tidak bertudung bernama Iris Safwa.