Bab 3: Rahsia Takdir Ris dan Ran

57 8 0
                                    

Kira-kira 15 minit kemudian, Iris dan Mak Ngah tiba di masjid. Mereka beriringan memasuki perkarangan masjid melalui pintu belakang manakala anak-anak lelaki Mak Ngah terus menuju ke arah khemah yang sudah tersedia dengan pelbagai juadah makanan.

"Aisyah", Mak Ngah menepuk bahu wanita yang berjubah dan bertudung hitam, yang sedang membelakangi mereka pada ketika ini.

"Arghhh", terjerit kecil wanita itu, terkejut dengan tepukan perlahan di bahu.

"Kau ni Ain Ya Allah... Kot ye pun nak panggil aku boleh tak bagi salam. Kau tepuk-tepuk bahu buat aku terkejut la. Ish geram betul aku dengan kau ni".

Tersenyum Iris mendengar omelan daripada wanita di hadapan mereka. Nampak terkejut sungguh muka wanita yang dipanggail Aisyah oleh Mak Ngah tadi.

"Kau pun ralit sangat dengan phone. Ran mana? Dia datang tak? Oh, ni haa lupa aku nak kenalkan anak buah aku, Iris Safwa, panggil Ris je pun boleh". Mak Ngah perkenalkan Iris kepada Puan Aisyah. Iris menunduk sedikit untuk menyalami kawan Mak Ngah.

"Ris? Kenapa macam pernah dengar nama tu?", bisik Puan Aisyah dalam hati sambil menyambut huluran tangan Iris Safwa.

"Cantiknya Iris. Lama dah ke duduk dengan Auntie Ain?", soal Puan Aisyah mesra.

"Dah 3 bulan Ris duduk dengan Mak Ngah, auntie", jawab Iris sopan dan mesra. Daripada dulu Iris sudah diasuh untuk bercakap sopan dan menghormati orang tua jadi sikap ini telah tersemai dalam diri dan dibawa ke mana sahaja dia pergi.

"Oh, panggil Mak Ngah. Haa baguslah kamu duduk dengan Mak Ngah. Dia asik cakap teringin anak perempuan, nak berkawan katanya. Nak tunggu anak-anak dia kahwin semua sibuk kerja tak fikir kahwin. Kamu ada boleh jadi peneman Mak Ngah". Senyum lebar Puan Aisyah menuturkan kata kepada Iris Safwa.

"Dia kata anak orang, anak dia pun sama, dah 35 tahun tak kahwin lagi", usik Mak Ngah. Bergema sedikit perkarangan masjid dengan gelak ketawa mereka berdua.

Kalau orang luar yang tidak mengenali Puan Ain dan Puan Aisyah akan merasakan gurauan seperti itu sensitif dan kasar tetapi bagi mereka berdua yang telah bersahabat baik selama 10 tahun, gurauan sebegini biasa-biasa sahaja.

"Ran tak datang ke?", soal Mak Ngah sekali lagi kepada kawannya.

"Ada tadi dia, dia pergi jumpa kawan jap, kejap lagi nak datang balik sini katanya. Tapi biasalah dah jumpa kawan, mana ada sekejap. Mesti lama. Biarlah dia, jom kita per.." belum sempat dia menghabiskan ayat, dia nampak Mifzal Durrani sedang menghayun langkah ke arah mereka.

"Eh tu ha Ran". Tunjuk Aisyah kepada kelibat anaknya.

Iris Safwa berpusing, ingin melihat tuan punya badan yang bernama Ran. Dia nampak lelaki itu menghayun langkah menghampiri mereka dan dalam masa yang sama dia mengamati wajah yang semakin merapat ke arah mereka.

"Macam kenal. Siapa eh?". Bertaut kening Iris cuba mengingati gerangan lelaki yang bernama Ran.

Diselongkar memorinya, cuba mengingati muka lelaki yang dia rasakan kenal. Semakin berkerut dahi Iris apabila dia gagal untuk memadankan wajah lelaki ini dengan mana-mana gambar dalam memori ingatan.

Lelaki yang dipanggil Ran sudah sampai kepada Puan Aisyah, berdiri di sisi dengan tangan memeluk bahu ibunya dan berhadapan dengan Iris. Iris masih menilik wajah itu, tidak dia perasan yang perbuatannya diperhatikan oleh Puan Ain dan Puan Aisyah.

"Aku pernah tengoklah muka dia ni. Kat mana eh?", Iris masih cuba menggali memori tapi tidak jumpa jawapan.

"Iris". Mak Ngah menyiku perlahan pinggang Iris. Malu juga dia dengan Puan Aisyah apabila sedari tadi Iris tidak berkelip memandang anak teruna orang.

Rahsia Takdir Ris dan RanWhere stories live. Discover now