"Abanggg...", sebaik pintu dibuka dan kaki Iris menjejak ke dalam rumah, terus dipanggil suami dengan air mata bercucuran.
"Abanggg...", dipanggil lagi Durrani dengan sedu sedan apabila Durrani tidak menjawab panggilannya. Iris membawa kaki dari ruang tamu ke dapur untuk mencari suami tapi tiada kelibat suami di kedua-dua ruang itu.
"Abang...", dipanggil lagi Durrani, suara makin dikuatkan sambil menaiki anak tangga untuk ke bilik mereka.
Iris buka pintu bilik sambil menyeru lagi nama suami bersama esak tangis yang belum berhenti, "Abanggg...".
Iris melilaukan mata mencari kelibat suami, dia nampak suami sedang bersujud.
"Solat rupanya. Patut tak menyahut", bisik hati Iris.
Iris pergi ke sebelah Durrani yang sedang duduk tahiyat akhir, menunggu suami untuk habis solat. Bibir diketap rapat cuba menahan tangis daripada terhambur kuat yang akan mengganggu solat Durrani.
"Assalamualaikum warahmatullah", Durrani memberi salam pertama.
"Assalamualaikum warahmatullah", Durrani memberi salam kedua.
Selesai Durrani memberi salam kedua, Iris terus menerpa dan memeluk erat suami bersama tangisan yang tidak ditahankan lagi.
Hilang khusyuk Durrani dalam solat apabila mendengar Iris menyeru namanya dengan esak tangis. Hati dipagut risau dan dalam fikiran tertanya-tanya penyebab kepada tangisan Iris.
"Iris, kenapa ni sayang? Kenapa menangis? Apa jadi Iris?" bertubi-tubi soalan daripada Durrani, dia membalas pelukan erat isteri.
Iris tidak membalas kata, hanya suara tangisan kedengaran.
"Iris, susah hati abang tengok Ris menangis. Tolong beritahu abang apa yang jadi?"
Kerisauan Durrani semakin memuncak apabila Iris tiada tanda mahu membuka mulut dan berhenti daripada menangis.
"Takkanlah...", desis hati kecil Durrani. Hati Durrani dirundung debar hebat memikirkan telahan yang satu itu.
"Iris", Durrani melepaskan pelukan, menolak badan Iris menjauhi badan dia dan mengangkat muka Iris untuk melihat ke dalam anak mata Iris.
"Iris, budak lelaki tu kacau Iris lagi?" soalan yang bermain di fikiran dilontarkan terus, nada suaranya keras.
Iris tidak menjawab, hanya menggeleng kepala.
Durrani lega, ditarik semula Iris ke dalam dakapan. Sekurang-kurangnya telahan yang paling dia takuti sudah dinafikan oleh Iris.
Diusap lembut belakang isteri, hati masih keliru dan susah hati dengan ulah Iris.
"Iris, boleh tak Iris stop menangis dan beritahu abang kenapa Ris menangis? Ris tak cakap abang tak tahu apa yang abang boleh tolong", rendah suara Durrani bertanya, mengharapkan Iris menceritakan kisah di sebalik tangisan yang mendayu-dayu. Tidak betah dia melihat mata Iris yang bengkak.
Kalau Durrani yang dulu akan cepat panik bila tengok Iris menangis tersedu sedan seperti ini. Durrani yang dulu akan gelabah dan terus-terusan mendesak Iris untuk menceritakan perkara yang terjadi. Durrani yang dulu akan jerkah tanpa fikir, main sembur dengan kata-kata.
Tapi beberapa kejadian dulu menyebabkan Durrani mengambil pengajaran dan belajar untuk bertenang apabila melihat Iris dalam masalah walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa bergeloranya jiwa dia ketika ini.
"Ris... Ris sedih sangat", tersekat-sekat suara Iris, cuba untuk menjelaskan sesuatu dengan tangisan yang masih belum reda.
"Okay abang faham. Ris sedih, sebab tu Ris menangis. Tapi apa yang buatkan Ris sedih?" sebelah tangan Durrani mengusap belakang Iris, sebelah tangan lagi menepuk-nepuk bahu Iris.
YOU ARE READING
Rahsia Takdir Ris dan Ran
RomancePertembungan percintaan antara seorang Pensyarah Pengajian Islam bernama Mifzal Durrani dengan seorang gadis tidak bertudung bernama Iris Safwa.