Bab 18: Rahsia Takdir Ris dan Ran

16 0 0
                                    

"Ran, hari ni Deena ada kat rumah. Iris off day kan? Datang lunch rumah umi nak? Susah nak berkumpul semua ada. Alang-alang semua cuti umi nak ajak kita lunch sekali".

Awal pagi lagi Puan Aisyah sudah menghubungi Durrani untuk mengajak makan tengah hari di rumahnya. Sejak Durrani pindah keluar, jarang mereka berempat dapat makan semeja sebagai sebuah keluarga.

"Boleh umi. InsyaAllah. Nanti Ran beritahu Ris", kata Durrani sambil tangan sebelah kiri memicit-micit kepalanya. Para pelajar baru selesai menduduki peperiksaan akhir, kini tugas pensyarah untuk menanda kertas jawapan. Sakit kepala dia membaca jawapan daripada pelajar. Lain yang diajar, lain yang dijawabnya.

"Okay Ran, jumpa nanti sayang. Assalamualaikum". Durrani memutuskan talian sebaik menjawab soalan daripada umi.

"Siapa telefon abang?" tanya Iris yang baru masuk ke dalam bilik. Di tangannya ada secawan kopi o panas, dibuat atas permintaan Durrani. Diletakkan minuman yang telah dibancuh di atas meja kerja suami.

"Thank you sayang. Banyak pahala isteri abang ni", ucapan terima kasih diujarkan kepada Iris sebelum menyisip kopi o dari cawan putih.

"Umi telefon, ajak lunch sekali sebab Deena off day. Umi ajak berkumpul. Kita pergi ya?" kata Durrani, wajah isteri dipandang untuk mendapatkan persetujuan.

"Okay abang. Kita pergi awal jom? Boleh tolong umi masak. Pukul 10 kita gerak boleh ke?" tanya Iris, teruja untuk makan tengah hari bersama-sama umi dan Deena.

"Pukul 10 awal sangat, abang tengah tanda paper students. Pukul 11 la sayang". Bukan Durrani tidak mahu pergi awal ke rumah umi, tetapi lambakan kerja tidak mengizinkan dia untuk berbuat demikian.

"Iris okay. Iris ikut abang je. Ris nak pergi bawah jap tau. Tadi keluarkan fresh milk, lupa nak masukkan semula dalam peti sejuk. Takut basi pula", beritahu Iris seraya membawa diri ke dapur.

Setiba di rumah umi, Iris terus menuju ke dapur. Ingin menghulurkan pertolongan dan masak bersama umi.

"Umi... Ya Allah sedapnya bau. Bau kari. Umi masak kari ayam ke?" teka Iris.

"Aah Ris. Kari ayam. Pandai kamu teka", balas umi, tangan masih fokus mengacau kari ayam di dalam periuk.

"Ada apa-apa yang Ris boleh tolong?" tanya Iris, mata memandang ke sekitar dapur, mencari kerja yang perlu dibantu.

"Umi belum goreng telur dadar, Iris boleh gorengkan?" soal umi, muka diangkat daripada memandang ke dalam periuk ke muka Iris. Ikut dia, semuanya boleh dibuat sendiri, tapi apabila Iris beria-ia mahu membantu, dimintanya Iris untuk menggoreng telur.

"Boleh umi. Tapi kalau Ris goreng telur lambat sikit. Ris guna api kecil je", jawab Iris, jujur dengan kelemahan diri beserta gelakan kecil.

Umi senyum. Durrani pernah menceritakan trauma Iris dengan api jadi dia faham keadaan menantunya.

"Tak pe Iris. Kita bukan nak kejar apa pun. Awal lagi ni. Kari ayam dah siap, umi nak buat sambal belacan pula", tutur umi sambil memadamkan api yang digunakan untuk masak kari ayam.

"Okay umi, Iris goreng jap", Serentak itu, Iris menuju ke peti sejuk untuk mengambil telur.

Empat butir telur diambil, dipecahkan keempat-empat butir telur ke dalam mangkuk, diletakkan sedikit garam dan serbuk lada putih sebelum memukul telur sehingga warna putih dan kuning bersatu. Kuali diletakkan di atas dapur, api yang paling kecil dilaraskan, sedikit minyak dituang dan ditunggu sehingga panas, dan akhirnya telur yang telah dipukul dimasukkan ke dalam kuali.

"Hai Iris", sapa Deena ceria, merapati Iris yang sedang menggoreng telur.

"Hai Deena", sapa Iris semula, senyuman dihadiahkan buat Deena.

Rahsia Takdir Ris dan RanWhere stories live. Discover now