Bab 9: Rahsia Takdir Ris dan Ran

23 1 0
                                    

Kejap Ran. 10 minit. Amani singgah Watson jap beli make up remover dia – Irham Muzamil.

No problem. Saya pun baru sampai ni. Take your time. No need to rush – Mifzal Durrani.

Okay Ran. Bakal tunang sampai dah ke? – Irham Muzamil.

Belum lagi. Tapi katanya dalam 5 minit juga. Lebih kurang dengan Abang Am kot – Mifzal Durrani.

Okay Ran. Aku nak drive semula ni. Jumpa jap lagi – Irham Muzamil.

Alright – Mifzal Durrani.

Mereka berempat akan berjumpa di sebuah restoran untuk membincangkan urusan pertunangan antara Durrani dan Iris.

Durrani tahu yang isteri Irham Muzamil ada perniagaan dalam bidang event planning jadi dia ingin menggunakan khidmat AA Events and Decorations sempena majlis mereka.

Iris sepatutnya datang sekali dengan dia ditemani Auntie Ain tapi disebabkan Auntie Ain ada hal di saat akhir dan Iris pula tidak mahunaik kereta berdua, jadinya mereka datang secara berasingan.

Kadang-kadang Durrani sendiri malu dengan Iris. Gadis itu lebih cakna mengenai bab pergaulan berbanding dia.

Setelah Iris memaklumkan bahawa Auntie Ain tidak dapat turut serta dalam perbincangan, Durrani mengajak Iris meneruskan dengan rancangan asal, naik satu kereta bersama namun pelawaannya ditolak secara baik.

Kata Iris, "Sorry Ran. Kita jumpa sana je. Ris rasa tak selesa nak naik kereta berdua dengan Ran. Nanti tak tahu nak sembang apa".

Lama Durrani merenung skrin telefon setelah mendapat balasan pesanan daripada Iris. Jauh di sudut hati dia tidak sangka Iris akan menolak pelawaannya. Terbit rasa kagum kepada Iris. Pandai Iris jaga diri.

Gaya cakap Iris pun sudah bertukar. Dulu semedang aku kau, kemudian bertukar saya awak, kini dah pandai cakap Ris, Ran. Senyum lebar Durrani setiap kali teringatkan Iris. Makin lama cinta dan kasih dia kepada Iris semakin dalam dan semakin sukar juga dia mengawal gelodak rasa.

"Assalamualaikum". Terhinjut bahu Mifzal Durrani dengan sapaan salam daripada Iris Safwa. Entah bila Iris sampai pun dia tidak perasan. Ralit melayan memori pagi tadi menyebabkan kehadiran Iris tidak disedarinya.

"Waalaikumussalam. Duduk Iris. Tunggu Irham dengan Adra kejap".

"Emm Ris pergi toilet dulu. Nanti Ris datang balik", beritahu Iris pendek dan tanpa menunggu jawapan daripada Durrani kaki sudah mula melangkah ke bilik air restoran.

Ini bukan kali pertama Iris melihat Durrani tetapi penampilan lelaki itu nampak sangat berbeza pada hari ini.

Sweat shirt biru laut berlengan panjang yang dilipat sedikit menghampri siku bersama topi berwarna hitam yang terletak elok di atas kepala menyerlahkan ketampanan Durrani.

Berdegup kencang jantung Iris melihatkan sisi Durrani yang tidak pernah kelihatan sebelum ini. Bukan niat asal dia untuk pergi ke tandas tetapi dia tidak betah menghadap Durrani seorang diri. Lidah terasa kelu untuk menutur kata.

Betul ke dia tu ustaz? Aku ni macam kena scam je. Bukan ustaz selalu pakai songkok ke? Ni dia pakai cap la pula. Bukan ustaz selalu pakai jubah? Tak pun baju melayu? Kurta ke? Tapi dia pakai sweat shirt. Dah lah sama dengan aku warna biru. Ala malunya. Macam berjanji pula.

Membahang muka Iris melihatkan baju sendiri. Dia memang dari dulu suka pakai sweat shirt dan baju jenis ini sahaja yang banyak dalam almari pakaian dia.

Tidak pernah pula dia nampak Durrani pakai sweat shirt sejak mereka saling mengenali. Paling santai pun dia pakai kemeja kotak-kotak.

Tapi hari ni...

Rahsia Takdir Ris dan RanWhere stories live. Discover now