Tengah hari ini Durrani keluar sekejap dari pejabat dan menuju ke hospital tempat kerja Deena. Sudah dua minggu berlalu sejak perbalahan mereka dan mereka masih belum berbaik lagi. Pelbagai cara sudah Durrani gunakan untuk memujuk Deena, tapi semuanya tidak berkesan.
Berulang alik dia ke rumah umi untuk berjumpa Deena tetapi setiap kali itu Deena mengelak. Deena akan berkurung di dalam bilik yang berkunci dan tidak pedulikan panggilan dia.
Iris turut membantu memberikan cadangan untuk menawan semula hati Deena, tapi semuanya tidak berhasil.
Iris cadangkan beri bunga dengan nota minta maaf sebab katanya perempuan mudah cair dengan bunga tapi bila dia pergi ke rumah umi dia nampak bunga yang diberikan berada dalam tong sampah. Luluh hati dia bila bunga yang dibelikan untuk tujuan berbaik hanya berada di di dalam tong sampah.
Iris cadangkan juga untuk belikan coklat dan sekali lagi dia nampak coklat yang masih belum dibuka berada di dalam tong sampah.
Setiap hari dia cuba telefon dan hantar pesanan kepada Deena, satu pun tidak berhasil dan disebabkan itu dia berada di hospital pada hari ini, ingin terus berjumpa Deena. Dia tahu Deena mesti tidak akan turun kalau Deena tahu dia yang menunggu jadi dia meminta tolong kawan Deena untuk memberitahu Deena bahawa superior dia sedang menunggu di kafetaria untuk makan tengah hari bersama.
Sebaik kelibat Deena terlihat di depan mata, cepat-cepat Durrani merapati adiknya.
"Deena", panggil Durrani, tangan dihulurkan. Teragak-agak Deena mahu menyambut huluran tangan tersebut, masih berjauh hati dengan Durrani. Dalam hati dia memaki hamun kawan yang menipunya. Tak guna punya kawan.
"Sorang je? Mana Iris?" tanya Deena, mata melilau mencari Iris.
"Iris kerja. Abang datang sorang", jujur Durrani memberitahu, senyuman tak lekang daripada wajah walaupun Deena tidak membalas.
"Oh, boleh pula abang datang sorang? Selalu tak boleh berpisah dengan Iris, berkepit je berdua", selar Deena, ada senyuman sinis di bibirnya.
Perit hati Durrani mendengar sindiran Deena, lagi pedih hati dia melihat Deena yang tidak memandang langsung muka dia. Meliar mata Deena ke sana ke sini.
"Deena, abang...",
"Abang baliklah, Deena ada kerja. Abang tak perlu datang cari Deena lagi. Deena dah biasa abang tak de. Abang ada tanggungjawab lain. Abang jaga Iris je, tak perlu jaga Deena dah. Deena boleh hidup tanpa abang", luah Deena dan serentak itu dia memusingkan tubuh dan bergerak laju menjauhi Durrani.
Durrani kelu. Pilu hati dia mendengar kata Deena. Seberapa banyak luka yang dia sudah tinggalkan untuk Deena sehingga Deena sanggup berkata begitu? Gigi diketap kuat, mengawal kesedihan yang mengasak di dada.
Deena tidak terus menuju ke ruang kerja. Dia membawa diri masuk ke tandas. Di situ dia hamburkan tangisan semahu-mahunya dalam keadaan tertahan-tahan sehingga terasa hampir pecah dadanya.
Mana mungkin dia boleh hidup tanpa abang?Mana mungkin dia tak kisah Durrani tiada dalam hidupnya?
Durrani abang dia, abang yang besarkan dia, abang yang bagi kasih sayang tanpa batas, tempat dia bermanja. Tidak pernah sekalipun dia rasa tidak lengkap dengan ketiadaan walid sebab abang selalu mengisi kekosongan itu.
Tapi itu dulu. Sekarang...
Dia bukan tak nak berbaik dengan Durrani tapi hati dia masih terluka. Sampai hati abang dia buat dia macam ni? Abang baru kahwin dengan Iris tapi dah hidup 24 tahun dengan dia. Sanggup abang buang dia?
Deena masih tidak dapat melupakan kata-kata Durrani pada hari itu, "She is my wife Deena. I will always protect and choose her over you".
Setiap kali ayat ini terngiang-ngiang di telinga, hati bagai disagat berulang kali. Terlalu pedih.
YOU ARE READING
Rahsia Takdir Ris dan Ran
RomancePertembungan percintaan antara seorang Pensyarah Pengajian Islam bernama Mifzal Durrani dengan seorang gadis tidak bertudung bernama Iris Safwa.