Bab 6: Rahsia Takdir Ris dan Ran

49 4 0
                                    

"Terkilan dengan saya? Saya buat apa?"

"Kau main assume je aku jahat. Mesti kau rasa aku perempuan murah kan?" Parau suara Iris, masih cuba menahan esak tangis. Dia sedih. Dia terkilan. Durrani sedikit pun tak bagi dia peluang untuk membela diri.

"Ya Allah Ris. Tak langsung. Sumpah Ris. Saya tak fikir apa-apa yang jahat pun pasal awak. Apa yang Syafiq cakap tu sa..."

"Dah tu kalau tak fikir jahat asal kau suruh aku bertaubat? Kau memang fikir aku buat kan?" Suara yang parau tadi bertukar nada. Ada kemarahan terselit di situ.

Durrani diam. Tipu kalau dia kata dia langsung tak fikir apa yang Syafiq cakap tapi tidak sedikit pun terselit dalam pemikiran dia yang Iris perempuan murah.

"Saya minta maaf Ris. Saya salah cakap". Tutur Durrani perlahan, tersedar yang dia silap dalam berkata.

Muka Iris yang tadinya tegang bertukar kendur. Terlepas keluhan kecil dari bibir Iris. Tak sepatutnya dia marahkan Durrani. Kata-kata Syafiq tadi memang mengundang orang untuk fikir yang tidak baik pasal dia.

"Aku tahu apa yang kau fikir tapi aku tak buat Ran. Dulu memang aku bercinta dengan dia. Cinta sangat sampai bertunang dan rancang nak kahwin. Dua minggu sebelum kahwin dia ceroboh rumah nenek aku dan nak buat tak elok pada aku. Hampir dia berjaya, mujur masa tu nenek aku dah sampai rumah".

Tubir mata Iris terus-terusan dipenuhi air mata. Pahit untuk diingat kenangan silam. Tidak dia sangka seorang yang dia sangat percaya rupanya lelaki jahat, sanggup cuba untuk gadaikan maruah bakal isteri sendiri.

Air liur ditelan payah dan Iris menyambung kata.

"Apa salah aku dalam menilai? Dia baik dengan aku selama ni. Aku tak pernah nampak dia jahat. Tak sangka dalam baik rupanya perangai mengalahkan syaitan". Semakin lebat air mata yang turun ke pipi.

Iris Safwa sendri tidak tahu berapa banyak emosi yang Durrani sudah lihat pada dia hari ini. Kejap marah, kejap menangis, kejap ralit tengok anak teruna orang. Aih, memang sulit betul jadi orang perempuan.

"Apa yang kau dengar dari Syafiq tadi tak betul. Tak de apa-apa yang jadi malam tu dan aku pun bukan jenis perempuan serah diri. Aku mungkin tak pakai tudung tapi aku tahu juga nak jaga batas dan maruah aku sebagai perempuan".

Suara Iris masih parau. Pandangan dihalakan ke tepi tingkap, cuba mengawal gelodak rasa.

"Aku malu dengan semua orang tadi. Mesti semua fikir aku perempuan tak pandai jaga diri kan?"

Hati Iris pedih, terasa ada besi tajam yang mencucuk hati. Kenapa Syafiq fitnah dia? Pandangan masih dihalakan ke tingkap sebelah kiri. Tak sanggup mahu bertentang mata dengan Durrani, masih malu dengan kejadian perit yang berlaku tadi.

"Iris", panggil Durrani.

Iris diam, tidak menyahut panggilan Durrani. Melihat tiada reaksi daripada Iris, Durrani terus menyambung kata.

"Ris, apa yang jadi dalam hidup kita semuanya sudah disusun cantik oleh Allah. Iris mungkin sedih dengan apa yang berlaku tapi kalau Ris boleh tahu perancangan yang Allah sediakan untuk Iris, mesti Iris tak akan sedih. Allah sorokkan ganjaran supaya bila kita dapat hadiah nanti ia akan terasa lebih manis dan bahagia".

Perlahan-lahan Iris memandang semula ke arah Durrani. Kata-kata Durrani sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada dia.

"Allah putuskan pertunangan Iris dengan cara begitu mungkin sebab Allah nak bagi seseorang yang lebih baik dan lebih layak untuk Iris. Mungkin juga sebab dia nak tunjukkan kepada Iris yang bakal suami Iris tidak seperti apa yang Ris impikan. Setiap orang diuji Iris, tinggal lagi sama ada ujian itu membawa kita lebih dekat atau lebih jauh daripada Allah.

Rahsia Takdir Ris dan RanWhere stories live. Discover now