Bab 17: Rahsia Takdir Ris dan Ran

15 0 0
                                    

Tepat 6.40 petang Iris dan Durrani tiba di rumah Puan Aisyah. Mereka balik kerja bersama dan terus menuju ke rumah umi. Sampai sahaja di sana makanan sudah siap terhidang.

"Makan dulu Ris, Ran. Kejap lagi Deena sampai dia boleh join sekali. Ran karang lambat pula nak ke masjid", umi pelawa anak dan menantu makan dahulu sementara menunggu Deena.

Umi, Iris, dan Durrani melabuhkan punggung di kerusi dan mula menjamah makanan yang disediakan umi. Mee goreng dan karipap kentang menjadi santapan mereka.

Keluarga Puan Aisyah sudah biasa makan malam selain daripada nasi dan lauk pauk. Kebiasaanya mee goreng, bihun goreng, nasi goreng, dan kuey tiaw goreng menjadi sajian mereka bersama sejenis kuih.

"Assalamualaikum", sedang enak mereka menjamu selera, kedengaran suara Deena memberi salam.

"Waalaikumussalam", mereka bertiga menjawab salam Deena serentak.

"Sampai dah adik kamu tu", ujar umi, leher dipanjangkan untuk melihat Deena yang baru masuk ke dalam rumah.

"Deena. Meh duduk sini. Makan sekali jom", ajak Iris sambil menepuk-nepuk kerusi kosong di sebelah dia. Dia makan setentang Durrani jadi kerusi di sebelahnya kosong.

Deena hanya senyum segaris seraya mendekati Iris, Durrani, dan umi untuk bersalam.

"Come adik abang. Makan sekali", Durrani juga mengajak.

"Tak pe. Makan dulu. Deena nak mandi. Tak selesa badan. Nanti Deena makan", ujar Deena dan terus memusingkan badan untuk naik ke atas. Mukanya kelihatan suram, senyuman yang dipamer tadi juga hanya sekejap cuma.

"Deena kenapa umi?" tanya Iris melihatkan keadaan Deena yang tidak mesra seperti selalu.

"Dia penat kot. Ramai pesakit agaknya. Tak pe kamu berdua makan dulu, nanti umi makan dengan Deena", balas umi kepada soalan Iris, memberikan jawapan selamat walaupun dalam hati ada rasa tidak enak dengan sikap Deena.

Pinggan makan yang masih berbaki separuh dengan mee goreng ditolak ke tepi, tidak menghabiskan makanan yang diambil tadi. Puan Aisyah ingin menyambung makan bersama Deena nanti.

Durrani hanya diam, otaknya seakan terfikir sesuatu. Ingin bertanya kepada umi tetapi masa sekarang dirasakan tidak sesuai jadi dipendam dahulu soalan yang berlegar dalam fikiran. Dia ingin mencari masa yang sesuai untuk bertanya.

Usai solat Isya' Durrani pulang semula ke rumah umi dari masjid. Setiba di rumah Durrani mencari kelibat Iris yang tidak kelihatan di ruang tamu.

"Umi, Iris mana?" tanya Durrani sambil meletakkan songkok di atas meja sebelah televisyen.

"Solat Isya' kat atas", jawab umi ringkas, mata masih menala kepada telefon bimbit di tangan.

"Umi, Ran nak tanya something", Durrani bermukadimah, mengambil tempat di sebelah umi yang sedang duduk di atas sofa.

"Deena tu okay ke? Dia muka macam tu sebab penat atau ada sebab lain?" tanya Durrani mengharapkan umi dapat memberikan penjelasan.

"Kenapa kamu tanya macam tu?" umi menyoal semula, kali ini pandangannya tidak lagi di telefon bimbit tetapi ke arah Durrani.

"Hari tu ada selisih faham sikit dengan Deena. Lepastu Ran ada call dia, dah pujuk dia. Ran ingat dah okay tapi tadi tengok Ran pun macam tak nak. Dia marah Ran ke umi?" Durrani memandang umi, masih menunggu jawapan.

Umi menghela nafas panjang sebelum menuturkan ayat.

"Ran, umi tak tahu sama ada Deena marah kamu atau tidak dan umi tak tahu perselisihan apa yang jadi antara Deena dengan Ran tapi umi rasa mungkin Deena ada kecil hati dengan Ran", berhati-hati umi menuturkan ayat, tidak mahu tersilap kata di hadapan Durrani.

Rahsia Takdir Ris dan RanWhere stories live. Discover now