"Ris, bak sini phone Ris. Abang lupa". Iris yang sedang berbaring di atas peha Durrani dengan mata menghala ke arah televisyen di depan mengerutkan dahi.
"Nak buat apa?" tanya Iris hairan.
"Bagi je la. Meh jap phone tu", minta Durrani sekali lagi.
"Iris tak de skandal lah. Abang tak payah risau sampai nak check phone Ris", kata Iris selamba dengan mata masih tertancap ke arah televisyen yang memaparkan drama bersiri Korea, 'Doctor Slump'.
Iris yang beria mengajak Durrani menemani dia menonton K Drama. Kalau ikut dia malas nak melayan K Drama sementelah ada banyak lagi tugasan pelajar yang belum disemaknya.
Cadang dia selepas Isya' mahu membelek beberapa tugasan pelajar sebelum tidur, sekurang-kurangnya bergerak sedikit timbunan kerja tapi Iris dah buat muka comel di depan dia. Dilayanakan juga isteri manis sorang ni.
"Dia ni kan", serentak dengan itu jentikan dilepaskan ke dahi Iris.
"Aduh, abang sakit!" terbangun Iris dari peha suami dek kesakitan daripada jentikan yang diterima. Diusap-usap laju dahi yang memerah sambil menyeringai kesakitan.
"Iris... Sakit ke. Ya Allah sorry sayang. Abang ingat abang jentik perlahan je tadi". Sungguh Durrani tidak sengaja. Dia ingatkan dia jentik manja rupanya tak manja sangat jentikan dia. Merah dahi Iris dan mata Iris pun sudah bergenang dengan air mata.
"Sakit abang. Pedih. Iris gurau je pasal skandal tu. Kenapa abang jentik Iris?" Iris masih mengusap dahinya dan menyoal Durrani dengan nada yang tidak puas hati. Matanya mula bergenang, menahan pedih dari jentikan Durrani. Iris gurau je pun. Sampai hati abang.
"Sorry sayang. Abang betul-betul tak sengaja. Come, abang tiupkan dahi Ris tu". Serentak dengan kata yang dituturkan, Durrani menarik Iris mendekat kepada dia, tangan Iris yang sedang mengusap dahi dialihkan ke tepi bagi membolehkan dia melihat keadaan dahi isteri. Merah. Sangat merah. Kulit Iris yang cerah menyebabkan warna merah sangat jelas kelihatan. Durrani mengeluh kesal.
"Sorry sayang. Abang betul-betul minta maaf. Tak sangka terkuat pula". Dahi Iris ditiup dan diusap. Kasihan melihat isteri merintih kesakitan. Kalau dilihatkan dahi Iris yang merah begitu dia tahu Iris tidak main-main mengaduh sakit.
Setelah keadaan kembali tenang, Iris bertanya semula soalan yang masih belum diberi jawapan oleh suami.
"Kenapa abang nak telefon Ris?" tanya Iris, tangan masih mengusap dahi.
"Abang nak letakkan details kad abang untuk semua apps Iris. Shopee, Grab, Foodpanda, apa lagi apps yang Ris guna? Bagi jap phone, abang masukkan details kad", ujar Durrani sambil menghulurkan tangan ke arah Iris.
"Eh tak payahlah abang. Iris ada duit sendiri juga. Lagipun abang dah bagi nafkah dekat Iris. Banyak pula tu. Cukuplah. Ris boleh guna apa yang ada", jawab Iris ikhlas, tidak mahu membebankan suami.
"Abang tahu Ris ada duit tapi Ris simpan je duit Ris. Selagi abang ada, keperluan Ris biar abang yang bayarkan. Bagi sini telefon", sekali lagi Durrani meminta telefon bimbit Iris, tangan disuakan di hadapan Iris.
"Tapi Ris..." Iris masih tidak memberikan telefonnya, terasa berat hati untuk dimanjakan sebegitu oleh Durrani.
"Ris jangan risau. Nanti one day kalau abang habis duit abang minta Iris duit pula", seloroh Mifzal Durrani.
Pecah ketawa Iris sebelum menghulurkan telefon dia kepada suami.
"Okay janji dengan Ris tau kalau abang tak de duit abang minta dekat Ris pula", ucap Ris Ikhlas.
YOU ARE READING
Rahsia Takdir Ris dan Ran
RomancePertembungan percintaan antara seorang Pensyarah Pengajian Islam bernama Mifzal Durrani dengan seorang gadis tidak bertudung bernama Iris Safwa.