Bab 12: Rahsia Takdir Ris dan Ran

18 0 0
                                    

"Mak Ngah, baju ni elok tak?" tanya Iris yang mengenakan sweat shirt biru bersama seluar jeans longgar berwarna hitam.

"Okay dah tu Iris sayang oi! Letih Mak Ngah nak jadi juri fesyen kamu. Baju yang sebelum biru ni pun elok. 4, 5 baju sebelum ni pun molek dah

Iris. Apa yang kamu tukar-tukar lagi?"

Pening kepala Mak Ngah Ain dengan anak buah dia. Dari tadi asik tukar baju selepas itu tanya okay ke tak. Bila Mak Ngah Ain kata okay dia tak puas hati pula. Tukar lagi dan lagi baju sampai Mak Ngah pun dah mula pening kepala. Mentang-mentang tunang nak datang jumpa, bukan main cerewet memilih baju.

Ada sahaja jawapan Iris bila Mak Ngah sudah bersetuju dengan baju yang dikenakan.

"Yang ni macam ketat sikit kan kat pinggang?" tanya Iris, berpusing-pusing depan Mak Ngah.

"Tak Iris. Longgar je tu. Kamu pakai sweat shirt, bukan pakai kebaya", balas Mak Ngah Ain, siap dibandingkan sweat shirt Iris dengan kebaya.

"Yang ni warna dia macam terang sangatlah Mak Ngah", omel Iris pada warna sweat shirt yang disarungkan.

"Sejak bila pula warna hijau gelap jadi warna terang Iris? Yang ni okay dah Iris". Mak Ngah menggaru kepala, pening dengan ulah Iris.

"Yang ni macam gelap sangat pula kan?" tanya Iris, masih memohon pandangan Mak Ngah.

"Dah kamu pilih warna coklat gelap memanglah gelap. Kalau pilih warna pink jadilah warna terang", bebel Mak Ngah.

"Mak Ngah. Jeans hitam ni sejak bila ketat? Ris dah gemuk ke?" Iris sudah buat muka sedih.

"Ris, tu baggy jeans Ris. Kamu ni dah kenapa haa?" Akhirnya Mak Ngah bercekak pinggang menghadap Iris, merenung geram anak buahnya.

Sakit kepala dia melayan kelam kabut Iris. Dulu dia pernah bercinta juga tapi tak de lah sampai kalut sebegini. Lucu dia tengok kekalutan Iris.

"Yang ni boleh sangat dah. Jangan tukar lagi. Iris tukar lagi Mak Ngah tak nak bagi opinion dah", Mak Ngah berikan amaran, lebih kepada mahu menyuruh Iris berhenti daripada asik menukar pakaian. Dia nak masak pun tak senang asik diganggu Iris.

Mencebik bibir Iris mendengarkan amaran daripada Mak Ngah.

"Jap jap Mak Ngah. Ni last. Betul-betul last. Ke Ris pakai baju kurung je?" tanya Iris sambil ibu jari dan jari telunjuk disentuh di bahagain dagu, memikirkan sesuatu.

"Tak payahlah pakai baju kurung. Kamu tu dalam rumah nak sembang-sembang je. Kalau nak sangat pakai baju kurung Mak Ngah suruh Ran bawa Ris nikah terus petang ni", ugut Mak Ngah.

"Mak Ngah ni...", Iris sudah tiada kata mahu membalas, dibawa langkah ke ruang atas dengan wajah cemberut.

Mak Ngah Ain senyum lebar. Dia tidak pernah ada anak perempuan jadi situasi seperti tadi tidak pernah dia alami bersama anak-anak lelaki dia. Lelaki ini ringkas sahaja. Asal baju boleh muat, nampak kemas, dah kira siap.

Perempuan banyak kerenahnya jadi apabila Mak Ngah perlu layan kerenah Iris sebentar tadi ada rasa bahagia yang menyelinap masuk ke dalam hati.

Lebih kurang pukul 11.15 pagi, Durrani sudah tiba di hadapan rumah Mak Ngah Ain.

"Masuk Ran. Auntie panggil Iris kat atas sekejap". Senyum mesra Mak Ngah kepada Durrani.

"Terima kasih Auntie", ujar Durrani seraya melabuhkan punggung di salah satu sofa di ruang tamu.

Iris turun ke ruang tamu sebaik sahaja dipanggil Mak Ngah Ain. Di anak tangga terakhir, Iris menarik nafas panjang. Berdebar hati dia mahu berhadapan dengan Durrani.

Rahsia Takdir Ris dan RanWhere stories live. Discover now