-2-

342 16 0
                                    

TAP TAP TAP TAP

Bunyi tumit kasut tinggi menarik minat tetamu-tetamu untuk menoleh ke arah si empunya kasut. Mereka terpegun melihat gadis cantik bergaun hitam dengan rambut didandan rapi berjalan masuk ke dalam dewan tersebut.

Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri dengan kehadiran wanita itu. Ada juga yang tertanya-tanya gerangan itu.

"She's Raja Anggun kan? Raja Qhu's daughter?"

"Really? She's so beautiful."

"She's a princess after all. Jealousnya."

Itu bisikan-bisikan yang didengari oleh Anggun. Tetapi dia hanya berlagak tenang berjalan mendekati Raja Qhuraisha yang sedang berbual dengan seseorang.

"Mama." Anggun menberikan senyuman paling manis sehingga sesiapa yang melihatnya pasti terkaku sebentar.

"Tengku, meet my daughter, Anggun." Raja Qhuraisha memperkenalkan Anggun kepada salah seorang ahli korporat yang turut bekerja sama dalam mengembangkan bisnesnya.

"Ini ke Anggun. Dah besar dah dia. Kali terakhir kita berjumpa masa Anggun umur 10 tahun kan?" Tengku Manja memandang tubuh genit Anggun. Tak sia-sia dia tunangkan anak lelakinya dengan Anggun.

"Ya saya Anggun. Tengku Manja ingat saya lagi." Anggun bersalaman dengan Tengku Manja.

"Mesti lah. Siapa tak ingat budak comel yang buat kecoh masa majlis perkahwinan adik aunty."

Mereka berdua ketawa. 10 tahun sudah kejadian itu. Dia masih 10 tahun, ingin mengambil bunga mangga yang berada di pintu masuk dewan tetapi akhirnya bunga mangga itu jatuh sehingga terkena pada seorang tetamu situ.

"Anggun dah jumpa dengan Mukhriz ke?"

Mukhriz. Tengku Muhammad Mukhriz, tunangnya. Kali terakhir mereka berjumpa juga 10 tahun lalu. Lelaki sombong dan angkuh itu...

"Belum lagi. Dia ada ke?"

"Mesti lah ada. Apa kata Anggun pergi jumpa dia. Mesti dia excited dapat jumpa balik dengan Anggun. Dia pakai suit putih malam ni."

Excited ke?

"Ok. Anggun pergi dulu."

TAP TAP TAP

Bunyi tumit kasut milik Anggun kian menjauh. Dia berjalan ke pintu keluar. Ingin mencari encik tunangnya di deck kapal itu. Matanya tiba-tiba tertumpu pada seseorang yang berdiri di tepi kapal.

Bersuit putih. Pantas Anggun membuka langkah untuk mendekati lelaki itu. Senyuman diukirkan di bibir mungil nya. Dia seorang puteri, kena lah sentiasa senyum dan yakin.

"Hai." tegur Anggun.

Lelaki itu menoleh.

Kacak. Itu first impression yang dapat disimpulkan oleh Anggun setelah lama tidak berjumpa. Dia dengan tersenyumnya menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan lelaki itu.

Kalau tak silap dia, Tengku Mukhriz menyambul pelajarannya di Itali dan baru sahaja pulang ke Malaysia.

"I Anggun Reissa. Anak Raja Qhuraisha. You Mukhriz kan?"

"Anak Raja Qhu?" soal Mukhriz.

"Yes. We have met before. 10 tahun lepas, masa your uncle kahwin." kata Anggun.

Mukhriz memandang lama Anggun. Dia macam pernah nampak gadis itu. Dan dia juga dapat rasakan gadis itu adalah bala baginya.

"Wait. You girl yang gila yang jatuhkan bunga mangga tu."

"You ingat I lagi? How sweet."

"Sweet apa kebenda. Disebabkan kau lah aku kena pukul dengan ayah aku. Sebab dia ingat aku yang jatuhkan benda tu. Padahal kau." Mukhriz membentak di hadapan Anggun.

Anggun's [C]Where stories live. Discover now