-8-

277 9 0
                                    

Anggun mengunyah perlahan-lahan. Sesekali matanya melirik ke arah Syarriq yang duduk di hadapannya. Wajah Syarriq yang menyeramkan itu dipandang takut. Mana tak seram, tengah hari tadi dia dimarahi kerana tertidur semasa membakar ikan.

Hasilnya 2 ekor ikan itu hangus dan jatuh ke pasir. Sepatutnya dia yang rasa kecewa kerana dia yang menangkap ikan tersebut, bukannya Syarriq. Tetapi Syarriq yang marah lebih-lebih.

Kalau lah dia tak tertidur, mungkin dia tengah makan ikan tersebut.

Anggun menghabiskan suapan terakhirnya lalu meletakkan tin makanan ke tepi. Dia memandang ke arah laut yang hanya diterangi dengan cahaya bulan penuh.

Bunyi ombak dan unggas-unggas bagaikan lullaby yang sedang dinyanyikan di telinganya. Tak pernah dia rasa tenang sebegini.

Anggun menggeliat badannya. Mengantuk. Sejak berada di pulau ini, dia selalu tidur awal. Mungkin kerana di sini tiada handphone, tiada novel dan tiada benda-benda yang selalu menjadi penyebab dia tidur lambat.

Selalunya pukul 11 atau pukul 12 dia tidur. Sekarang baru pukul 9 dia sudah mengantuk. Tapi bukankah tidur awal itu bagus.

Syarriq bangun dari duduknya. Tin makanan diletakkan di tepi. Kasutnya yang tadinya dibuka, disarungkan ke kaki semula. Dia berjalan ke arah gigi air.

"You nak pergi mana?" tanya Anggun mamai-mamai.

"Air." jawab Syarriq ringkas.

Dia terus berjalan ke sana dan berhenti di gigi air yang naik dari paras sepatutnya kerana air pasang. Syarriq menarik nafas panjang. Angin bayu menampar-nampak wajahnya dan rambut beralun-alun ditiup angin.

Anggin memandang Syarriq yang berdiri tegal di situ. Lampu solar besar milik Syarriq sedikit membantu penglihatan Anggun. Dia mengukir ssenyum nipis di bibir.

Dia terhutang nyawa dengan Syarriq. Kalau lah Syarriq tak selamatkan dia hari tu, dia memang takkan ada dekat sini dalam keadaan hidup seperti sekarang. Mungkin mayatnya yang terdampar di sini. Tak sanggup dia bayangkan hal itu.

"Syarriq. I tidur dulu tau." jerit Anggun kepada Syarriq.

Syarriq menoleh sebentar dan menunjukkan ibu jari tanda ok. Setelah itu, Anggun terus masuk ke dalam khemahnya. Tinggal Syarriq yang berada di luar. Dia tak kisah. Selama Anggun ada pun, dia tidur di hammock yang diikat pada dua batang pokok.

Setelah memastikan Anggun betul-betul masuk ke dalam khemah, Syarriq mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Dia menekan-nekan benda yang berada di tangannya itu.

"Hello?"

"Bro..."

⚘️⚘️⚘️⚘️⚘️

Anggun menguap luas. Mata ditenyeh-tenyeh untuk menghilangkan rasa mamainya. Dia membuka zip khemah lalu menjenguk ke luar. Setelah mengenal pasti kelibat Syarriq, dia terus keluar daripada khemah itu.

"Syarriq. You buat apa tu?" tanya Anggun sambil mendekati Syarriq yang berdiri di atas batu.

Syarriq menunduk ke bawah, memandang Anggun yang mendongak.

"Kau nak apa, pendek?" balas Syarriq.

"Mana ada I pendek. You je yang berdiri atas batu." Anggun memarahi Syarriq.

Dia tinggi tau. 156 cm. Ok lah tu cukup tinggi dah. Syarriq je yang terlajak tinggi. Tambahan pula lelaki itu berdiri di atas batu.

"Kalau aku turun pun kau tetap pendek." Syarriq masih mahu menang. Senyuman bangga terukir di bibir.

Suka betul Syarriq tengok wajah Anggun yang kemerah-merahan kerana marah. Macam tomato.

"Ish. Sudah lah. I nak pergi mandi." Anggun memusingkan badannya ke belakang.

"Nak aku teman ke?" tanya Syarriq.

"Tak payah. Boleh pergi sendiri."

"Apa-apa jerit."

Anggun tidak menjawab. Masih marah dengan Syarriq yang memanggilnya pendek. Tapi rasa tersuka pula melihat senyuman Syarriq tadi. Comel.

Anggun menggeleng kepalanya laju. Tak sampai seminggu kenal, jangan buat hal ye wahai hati. Dia cuma sukakan senyuman. Bukan Syarriq.

Selepas menyegarkan diri, Anggun kembali semula ke pantai. Dia menghampiri Syarriq yang sedang membuat work out. Dari jauh boleh nampak tubuh Syarriq yang berketak-ketak itu. Anggun menelan air liur sendiri.

"Syarriq. I kena buat apa hari ni?" tanya Anggun.

"Tangkap ikan." jawab Syarriq ringkas.

"Tangkap ikan lagi ke? Tak best lah. Bosan. Takde benda lain ke I boleh buat?" rungut Anggun.

Berjam-jam tau dia tunggu ikan semalam. Akhirnya jatuh ke tanah ikan tu. Dah tak boleh makan.

"Itu kerja paling senang tau aku bagi kau. Ke kau nak tebang pokok? Aku boleh je bagi kapak kalau kau nak." kata Syarriq sedikit termengah-mengah mencuri nafas.

"Ish ye lah."

Anggun mengambil joran ikan lalu berjalan menuju ke batu tempat dia tangkap ikan semalam. Sempat dia menjeling Syarriq yang sedang meneguk air itu. Hujung joran yang dipasangkan dengan umpan udang kecil dilemparkan ke dalam air.

"Ikan oh ikan, makan lah umpan ini agar aku tidak perlu menunggu lama di sini."

Anggun menongkat dagunya menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanan memegang joran. Dia menoleh ke arah di mana Syarriq berada. Tapi tiada.

"Eh mana Syarriq." Anggun menoleh ke kiri dan ke kanannya mencari di mana Syarriq berada. Tapi langsung tak nampak batang hidungnya.

"Kau cari apa?"

"Mak kau." latah Anggun.

Terkejut apabila mendengar suara Syarriq. Lelaki itu betul-betul berada di sebelahnya. Bersandar pada batu yang sedang dia duduk. Anggun mengurut dadanya.

"Bila masa you dekat sini?" tanya Anggun.

"Tadi. Kau je tak nampak. Dah pusing kiri kanan pun tak nampak aku lagi. Rabun dekat eh?" jawab Syarriq kemudian tergelak kecil.

"Ish."

Anggun membuat wajah marah tetapi pada masa yang sama dia menahan rasa teruja melihat Syarriq ketawa. Terserlah lesung pipit di pipi kirinya. Comel. Macam nak gigit-gigit je.

"Aku nak pergi somewhere kejap. Kau tunggu sini tau. Apa-apa jerit je." kata Syarriq.

"You nak pergi mana? Nak ikut."

"Tak payah lah. Atas pulau ni je pun. Kau duduk sini tunggu ikan. Aku pergi kejap je."

Syarriq semakin menjauh meninggalkan Anggun. Berkelip-kelip mata Anggun melihat Syarriq. Macam tu aje dia ditinggalkan.

"Arghh. Bosannya dekat sini." jerit Anggun tidak terlalu kuat.

Walaupun baru 3 hari dia dekat sini. Dia sudah seperti mereput di sini. Nak balik. Nak main phone. Nak pergi shopping.

Anggun menunduk pula melihat ikan di dalam air yang sedang berenang bebas. Dia menggerak-gerakkan sedikit joran itu.

"Cepat lah makan umpan ni, ikan. Aku dah bosan. Apa kata bagi kerjasama sikit. Aku nak makan kau sikit je." Anggun berkata kepada ikan di dalam air.

Kemudian, dia ketawa kecil. Dah macam orang gila bercakap dengan ikan. Effect terlalu lama berada di pulau ini. Padahal baru sahaja 3 hari.

Anggun merasakan jorannya ditarik-tarik. Bibir mengukir senyum. Dapat dah satu. Terus Anggun menarik joran itu ke atas.

"Eh ketam? Ketam sepit umpan aku? Syarriq!!!" jerit Anggun teruja.

Syarriq yang sudah jauh itu segera menoleh. Melihat Anggun yang melayang-layangkan ketam pada joran, dia menggelengkan kepalanya.

Anggun tersengih. Ketam fresh dari laut yang dijamin manis isinya siapa je tak suka. Boleh lah dia minta Syarriq masakkan nanti. Tak sabar nak makan.

⚘️

Anggun's [C]Where stories live. Discover now