Danish mendekati kaunter reception dan mengetuk perlahan kaunter itu untuk menarik perhatian receptionist yang berada di situ.
"Hello, miss. I nak jumpa Raja Anggun boleh tak?" tanya Danish.
"Maaf Encik Danish. Cik Anggun tak masuk pejabat hari ni." balas receptionist itu.
"Kenapa dia tak masuk? Dia tak sihat ke?"
"Saya pun tak tahu lah, Encik Danish. Apa kata kalau Encik Danish tanya pada Encik Sew, PA Puan Qhuraisha."
"Ok. I'll call him."
Danish menjauhi kaunter reception itu. Dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu mencari nombor telefon Uncle Sew. Butang call terus ditekannya.
"Hai Uncle Sew. Danish ni. Anggun tak masuk pejabat ke?"
"..."
"Wait. What?! Seriously?"
"..."
"Macam mana boleh jadi macam ni."
"..."
"Ok, takpe lah. Terima kasih, Uncle."
Danish menamatkan panggilannya. Dia mencari pula nombor telefon milik Syarriq. Tak tenang dia menunggu Syarriq mengangkat panggilan daripadanya.
"Hello Syarriq. Kita ada problem."
⚘️⚘️⚘️⚘️⚘️
Sebuah kereta hitam berhenti di pagar belakang kediaman milik Raja Qhuraisha. Dua orang pengawal keselamatan kelihatan sudah pun tertidur. Semuanya kerana ubat tidur yang diberikan oleh Uncle Sew.
"Ok, Syar. Go."
Syarriq melangkah keluar daripada kereta. Dia mendekati pagar belakang rumah itu lalu memanjat dengan mudah. Pintu bahagian dapur dibuka dengan kunci.
Dalam keadaan gelap dan hanya berbekalkan lampu suluh, dia berjalan berhati-hati dan tidak menghasilkan bunyi untuk ke bilik Anggun.
Kunci pendua bilik Anggun dikeluarkan lalu dengan perlahan dia membuka pintu itu. Benda pertama yang dia lihat adalah Anggun yang terbaring di hadapan pintu bilik.
Syarriq mengetap bibirnya. Marah dengan sikap Raja Qhuraisha yang melakukan anaknya seperti ini. Perlahan-lahan, Syarriq mencempung tubuh milik Anggun keluar dari bilik lalu disandarkan pada dinding luar bilik.
Selesai mengunci pintu, tubuh Anggun diambilnya kembali lalu perlahan-lahan dia menuruni tangga menuju ke pintu dapur.
Sampai di bahagian dapur, langkahnya terhenti apabila merasakan kehadiran seseorang di itu. Syarriq menoleh.
"Pergi cepat. Saya nak kunci pintu."
Syarriq hanya mengangguk kepalanya sekali, dia terus keluar daripada rumah itu melalui pagar belakang yang dibuka oleh Uncle Sew.
"Jaga Cik Anggun baik-baik."
"Baiklah."
Kereta hitam milik Danish meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan elit itu. Syarriq menarik nafas lega. Nasib baik berjaya.
"Aku dah settle kan semuanya dekat Langkawi tu. Kau, buat tugas kau."
"Aku tahu. Thanks, sebab tolong aku."
"Aku bukan tolong kau. Aku tolong Anggun aku."
"Apa-apa je lah."
Anggun tersedar dari tidurnya. Dia tergamam sebentar apabila merasakan dirinya berada di dalam kereta. Hampir sahaja dia menjerit sebelum suara Syarriq kedengaran memanggilnya.
YOU ARE READING
Anggun's [C]
RomanceRaja Anggun Reissa, diculik dan dicampak ke laut sehingga terdampar di sebuah pulau. Bertemu pula dengan si penyelamatnya, Syarriq Anas, seorang anggota agensi rahsia yang tidak dibenarkan berada di tanah air selama sebulan atas kesalahannya ketika...