Handbag diletakkan di atas meja. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan duduknya di atas kerusi itu. Orang di hadapannya hanya melihat tingkat laku Anggun.
"Hai Danish, sorry I lambat sikit." kata Anggun kepada Danish yang duduk di hadapannya.
"It's ok. Kalau tunggu you, 10 ribu tahun pun boleh."
Danish memberikan kenyitan mata kepada Anggun kemudian tersengih-sengih nakal.
"Mengarut lah you ni."
"Bodyguard you mana?" tanya Danish apabila tidak melihat Syarriq bersama-sama dengan Anggun.
Selalunya berkepit je macam belangkas. Di mana Anggun ada, di situ Syarriq ada.
"Dia tunggu dalam kereta. Takkan lah dia nak join sekali kan." jawab Anggun.
"So, macam mana you dengan Mukhriz?"
"My mom paksa I kahwin dengan dia. I have no choice."
"You have choices, Anggun. Buka mata you luas-luas. I ada depan you ni."
Anggun tersenyum nipis. Kalau lah semudah itu dia boleh memilih, dah lama dia memilih untuk lari semua ini.
"Sudah lah, Danish. I tak nak fikir apa-apa pasal benda ni semua. Apa nak jadi, jadi lah. Dengan Mukhriz ke, dengan siapa-siapa ke, I tak kisah dah." kata Anggun.
Air teh yang dipesannya tadi dihirup perlahan. Rasa panas air teh seolah-olah melalui urat-uratnya dan memberikan ketenangan.
"So you want to give up lah ni?"
"Maybe. I dah penat. Biar lah my mom yang aturkan semua."
"You love him right?" Danish menukar topik tiba-tiba.
"What? Who?"
"Syarriq."
Anggun hampir tersembur air teh. Macam mana Danish boleh tahu pulak ni?
"No. Dia bodyguard I je. Kenapa I nak suka dia pula." Anggun menafikan isi hatinya.
Dia sendiri belum berani ingin mengakui semua itu. Dia lebih suka menyembunyikan terlebih dahulu dan memahami sebelun meluahkannya.
"I can see it in your eyes. They're sparkling when you see him. You love him."
Anggun kalah dengan jawapan Danish.
"Haih. You ni semua benda you tahu kan. You ada magic power ke?"
"Itu lah you tak tahu. I ni ada master bidang psikologi tau. Sekelip mata I boleh baca fikiran seseorang tau. Setakat you ni, easy je."
Anggun tersenyum nipis. Dia melihat ke luar cafe. Kereta hitam yang diparkingkan di hadapan cafe dipandangnya. Atau lebih tepat, tempat duduk pemandu kereta itu.
"So, you pernah confess tak dengan dia?" tanya Danish.
"Tak. Tapi I pernah ajak dia kahwin. Kelmarin. I pun tak tahu macam mana I boleh terfikir nak buat benda memalukan tu. And now kitorang tak bercakap langsung. Awkward." jawab Anggun perlahan.
"Seriously? Beraninya you." Danish menekup mulut. Tak sangka Anggun di hadapannya ini seorang yang berani.
Kalau orang lain. Mahunya ketar lutut.
"Entah lah. Malam tu I stress jadi I tak berfikir dengan baik."
"Dia jawab apa?"
"Dia suruh I balik rehat. Lepas tu dia cakap, I tunang orang, dia tak nak rampas. Dia janji nak bincang hari lain tapi sampai ke hari ni dia tak bercakap dengan I."
YOU ARE READING
Anggun's [C]
RomanceRaja Anggun Reissa, diculik dan dicampak ke laut sehingga terdampar di sebuah pulau. Bertemu pula dengan si penyelamatnya, Syarriq Anas, seorang anggota agensi rahsia yang tidak dibenarkan berada di tanah air selama sebulan atas kesalahannya ketika...