-39-

303 10 0
                                    

"Sayang buat apa dekat luar tu? Masuk lah." panggil Syarriq yang berada di ruang tamu.

Syarriq menggeleng kepala. Hari dah nak maghrib tapi Anggun masih di luar. Buat apa entah. Lately ni dia perasan Anggun banyak termenung dan menyendiri. Bila ditanya dia jawab takde apa-apa.

"Ok."

Anggun masuk ke dalam rumah. Pintu sliding door ditutup dan langsing juga ditarik rapat. Anggun duduk di sebelah Syarriq yang sedang menghadap TV sambil menunggu azan maghrib.

"Sayang ni kenapa?" tanya Syarriq.

"Hmm?"

Anggun dan Syarriq saling berpandangan.

"Abang tengok sayang ni selalu sangat termenung. Cuba bagitahu. Abang ada buat salah ke?"

Anggun menggelengkan kepalanya. Tangan Syarriq diambil lalu tangan besar dan kasar itu digenggam lembut.

"Mana ada lah. Abang takde buat salah." kata Anggun.

"Habis tu?"

"Takde apa."

Syarriq tak berpuas hati dengan jawapan Anggun. Besar sangat ke masalah tu sampai tak boleh langsung nak berkongsi dengan dia?

"Sayang. Jangan sampai abang cari sendiri. Bila abang dapat tahu sendiri, siap sayang."

Anggun diam. Berkira-kira sama ada mahu cerita atau tidak. Dia takut Syarriq marahkan dia.

"Sayang... jawab lah." Syarriq semakin mendesak.

"Ok sebenarnya... Mukhriz chat saya." ujar Anggun sedikit takut.

"Hah?! Untuk?" suara Syarriq meninggi.

Untuk apa Mukhriz menghantar mesej kepada Anggun? Mereka sudah tidak ada apa-apa dan mereka saling tidak menyukai satu sama lain. Apatah lagi berkawan. Hanya kenalan sahaja.

"Dia ajak sayang jumpa. Banyak kali dia tanya tapi sayang tak reply. Lepas tu dia mesej... I miss you."

"Sayang. Dari bila ni? Kenapa tak bagitahu abang?" tanya Syarriq, sedikit kecewa.

"I'm sorry. Dari minggu lepas. Sayang tak tahu nak bagitahu macam mana. Dia nak jumpa sayang seorang-seorang. Dia tak bagi abang ikut."

Syarriq diam. Membuat wajah marah kepada Anggun. Susah sangat ke nak bagitahu? Dia bukannya makan orang pun. Paling tidak dia bagi orang tu makan selipar je.

"Abang jangan marah sayang." pujuk Anggun.

"Abang tak marah. Cuma kenapa sayang tak bagitahu dari awal." kata Syarriq.

"I'm sorry." ucap Anggun.

"It's ok. Sayang tak pernah reply dia kan?"

"Tak."

"Ok, jangan reply. Jangan jumpa dia. Kalau terserempak cepat-cepat lari."

Anggun menganggukkan kepalanya. Rasa seram dengan Mukhriz yang tiba-tiba ajak jumpa lepas tu beri ucapan I miss you. Sedangkan dia juga sudah berkahwin.

Anggun's [C]Where stories live. Discover now