-41- Ending

637 14 2
                                    

Setahun kemudian...

"Abang." Anggun memanggil kuat suaminya yang sedang mencuci kereta di luar rumah.

Syarriq melangkah laju ke dalam rumah. Menuju ke arah Anggun tersandar yang duduk di ruang tamu itu. Tangan yang basah dilap pada baju.

"Ya sayang?"

"Lapar lah."

Anggun memegang perutnya yang buncit ke hadapan.

"Nak makan apa?"

"Nak kerabu maggi boleh?"

"Tak boleh."

Anggun memuncungkan mulutnya. Tak dapat makan lagi. Sudah beberapa kali dia teringin nak makan kerabu maggi. Tapi Syarriq sering memarahinya kerana makan makanan tak sihat.

"Kenapa?" tanya Anggun tak berpuas hati.

"Sayang Reissa abang. Awak tu pregnant. Maggi is not good lah sayang." pujuk Syarriq lembut.

Agak mencabar nak jaga orang mengandung ni. Mood macam-macam. Kena berhati-hati supaya hati kecil itu tak tergores. Kalau tak, mahu tidur luar malam-malam.

"Tapi sayang nak. Baby pun nak."

"Healthy food only. Sabarlah sayang. Lagi sebulan lebih je lagi."

"You tak pernah faham I punya craving."

Mula dah. Anggun memuncungkan mulutnya dan berpaling kepala ke arah lain. Syarriq menarik nafas panjang memaksa senyuman di bibirnya.

"Abang faham. Cuma sayang tak boleh makan maggi. Bahaya untuk baby. Sayang tak nak baby sakit kan." pujuk Syarriq selembut yang mungkin.

"Ish ye lah." Anggun mengalah.

Syarriq lega. Nasib baik Anggun tak buat perangai merajuk lama-lama. Jenuh nak memujuk nanti.

"Sayang nak makan apa? Nanti abang masakkan."

"Apa-apa je lah."

"Ok sayang. Baby girl papa jaga mama tau. Papa nak pergi masak kejap. Jangan nakal-nakal. Kesian mama penat nanti." Syarriq mengusap perut Anggun.

"Ya. Armel tahu lah, papa." Anggun menjawab bagi pihak anaknya.

Syarriq ketawa kecil.

Armel Syifa Mikayla. Nama yang akan diberikan kepada anak mereka yang bakal lahir. Armel bermaksud Puteri. Syifa bermaksud penawar, penyembuh. Dan Mikayla bermaksud pemberian ALLAH.

Perut Anggun sedikit bergerak menandakan pergerakkan Baby Armel. Anggun dan Syarriq tersenyum riang. Baby mereka memang sangat aktif. Tak sabar nak keluar agaknya.

"Sabar ya, Armel. Lagi sebulan kita jumpa."

Syarriq berlalu ke bilik mereka di atas untuk mandi terlebih dahulu sebelum memasak. Takkan lah peluh-peluh busuk-busuk nak masuk dapur masak.

"Mama dah balik."

Raja Qhuraisha masuk ke dalam rumah diikuti 4 orang lelaki di belakang yang membawa banyak barangan bayi di tangan kiri dan kanan mereka. Anggun terlopong.

"Banyaknya mama beli. Yang sedia ada ni pun dah terlebih dah." kata Anggun sedikit kesal.

"Mana ada banyak sikit je ni. Biar lah cucu sulung mama merasa semua keistimewaan ni." Raja Qhuraisha mempertahankan dirinya. Cucu sulung perlu diraikan.

Raja Qhuraisha kini dah semakin berubah. Nampak lebih ceria berbanding sebelum ini. Lagi-lagi bila dapat tahu bakal menimang cucu tak lama lagi. Gembira lah dia.

"Tapi membazir lah ma."

"Anggun Reissa..." Raja Qhuraisha menyebut nama penuh Anggun dengan nada tegas.

"Ok, mama. Thank you. Cucu mama mesti happy nanti." Anggun terus tersenyum palsu.

Sikap tegas mamanya masih ada. Lebih baik jangan melawan kalau tak nak kena bebel seharian. Mak mak.

"Mama dah balik? Eh banyaknya beli." Syarriq pula yanh menegur apabila kakinya menjejak lantai di tingkat bawah itu.

Raja Qhuraisha mencekak pinggangnya. Laki bini sama je.

"Ini sorang lagi. Suka hati mama lah nak beli apa pun untuk cucu mama. Kalau tak guna nanti, bagi dekat cucu sorang lagi."

"Allah. Yang satu ni pun tak keluar lagi."

Suara gelak tawa memenuhi ruang tamu itu. Anggun memandang mama dan suaminya. Gembira. Itu yang dirasakannya.

Raja Qhuraisha tak lagi memaksanya bekerja di syarikat. Jadi Anggun menceburi bidang seni textile dan fesyen tradisional. Mungkin syarikat itu akan diberikan kepada anaknya nanti sebagai pewaris.

Syarriq pula sudah berhenti bekerja di agensi rahsia itu. Dia sekarang bekerja sebagai software engineer di sebuah syarikat. Gajinya tidaklah sebanyak mana tapi mampu menyara Anggun dah bakal anak mereka.

Biarlah sederhana sekalipun. Kebahagian yang Syarriq berikan pun sudah cukup baginya.

Dato' Fakhri dah pun mendapat hukumannya dan insaf atas perbuatannya. Harap-harap lepas keluar penjara nanti hidupnya lebih baik.

Victor, Syasya dan konco-konco diorang pun dah kena tangkap dah. Hukuman apa yang mereka hadapi, Anggun tak ambil tahu. Biarkan je lah.

Mukhriz dan Safira pula bakal menimang cahaya mata yang kedua. Alhamdulillah, mereka berdua bahagia dan sama-sama berubah ke arah kebaikan.

Nampaknya semuanya dah berakhir dengan baik. Setakat ini.

Anggun berdoa agar hubungannya dengan Syarriq berkekalan hingga ke jannah dan bahagia selamanya.

"Sayang..." Syarriq memanggil daripasa arah dapur.

"Apa dia?"

Syarriq keluar daripada dapur dengan membawa dua jenis sayur di kedua-dua belah tangannya.

"Daun ketumbar yang mana satu? Ini ke yang ini?"

Anggun memejam mata rapat mendengar soalan Syarriq. Daun ketumbar dengan daun sup pun tak pandai nak beza kan ke?

"Yang kanan tu daun ketumbar, abang. Yang kiri tu daun sup."

"Pasti ke? Mana sayang tahu?"

"Tengok akar lah. Yang akar tunjang ketumbar. Yang akar serabut tu daun sup."

"Oh ye eh? Ok sayang."

Syarriq berlalu ke dapur semula. Anggun menggelengkan kepalanya.

"Haih suami siapa lah ni..."




























⚘️️T.A.M.A.T⚘️

Written : 13.3.2024 - 10.9.2024

Anggun's [C]Where stories live. Discover now