-23-

251 10 0
                                    

"Dia dah balik eh? Kau cakap kau dah bunuh dia." Dato' Fakhri tersandar pada kerusinya.

Mata memandang tajam ke arah lelaki di hadapannya. Rasa macam nak tembak je kepala lelaki itu sampai mampus.

Lelaki yang datang tiba-tiba kepadanya lalu berkata bahawa dia telah membunuh Anggun dengan mencampakkannya ke dalam laut. Siapa lagi kalau bukan Victor.

Yang konon datang nak tolong jatuhkan Raja Qhuraisha.

"Mana aku tahu dia hidup lagi." balas Victor. Ada nada kekesalan dalam katanya.

"Kau tak tahu sebab kau tu b*doh." kutuk Dato' Fakhri.

Tak pernah-pernah lagi dia jumpa penjahat yang b*doh sampai ke tahap ini. Buat kerja acuh tak acuh. Lepas tu mula lah gelabah bila tak jadi

"Sorry la Dato'. Tapi kan benda ni jadi lebih mencabar. Lebih menarik." Victor berkata sinis.

"Mencabar lebih menarik apa? Aku yang buat kerja. Kau tu tahu minta duit je." bidas Dato' Fakhri.

Lebih mencabar lebih menarik konon. Lagi menyusahkan kerja adalah. Kalau lah Victor ni buat kerja elok, semuanya akan berjalan lancar.

"Aku ada tolong juga. Mana duit aku. Aku nak 30 ribu."

Victor selamba menghulurkan tapak tangannya ke hadapan Dato' Fakhri. Dato' Fakhri menepis kasar. Duit duit duit. Itu je yang Victor tahu.

"Duit je yang kau nak. Aku bagi kau 10 ribu je. Siapa suruh buat kerja tak clean. Selesai benda ni, aku bagi kau 100 ribu."

"Mana cukup 10 ribu bos. Tapi takpe lah demi 100 ribu  Ok, boss. Aku pergi dulu ya..."

Victor melangkah keluar daripada bilik itu. Dato' Fakhri menarik nafas panjang. Rambut yang menutup dahi diselak di belakang.

"Qhuraisha. Kau buat lah macam mana pun, aku akan pastikan semuanya jadi milik aku."

⚘️⚘️⚘️⚘️⚘️

Kaki melangkah laju mengikut mamanya yang turut berjalan laju. Berdetak bunyi tapak kasut tumit tinggi milik Anggun, cuba menyaingi langkah Raja Qhuraisha

"Ma, apa ni? Kenapa tak bagitahu Anggun dulu." Anggun bernada tidak berpuas hati.

Baru beberapa hari dia pulang, mamanya sudah membuat keputusan melulu tanpa memberitahu kepadanya.

Photoshoot gambar tunang dengan Mukhriz? Ini gila namanya.

"Diam, Anggun. Kita kena selesaikan hal ni secepat mungkin." tegas suara Raja Qhuraisha membalas pertanyaan Anggun.

"Tapi mama.... Anggun tak ready. Please."

"Jangan jadi anak derhaka, Anggun. Dengar cakap mama. Pakai baju ni."

Cubaan memujuk Raja Qhuraisha tidak berjaya. Anggun diam berdiri sambil melihat baju kurung biru yang dihulurkan oleh Raja Qhuraisha. Kemudian, Anggun menggelengkan kepalanya. Dia tak nak.

"Anggun. Tolong mama ya, sayang."

Mendengar suara lembut Raja Qhuraisha, Anggun mengalah. Baju kurung tersebut diambil lalu dia masuk ke dalam changing room.

"Cantiknya Anggun. Beruntung aunty dapat bermenantukan Anggun. Mukhriz, tengok la ni bakal isteri kamu." kata Tengku Manja sebaik sahaja Anggun keluar daripada changing room itu.

Anggun yang cantik berbaju kurung biru, sedondon dengan baju kemeja lengan pendek yang dipakai oleh Mukhriz.

"Hmm." Mukhriz membalas malas. Matanya hanya melihat telefon pintar dari tadi.

Anggun's [C]Where stories live. Discover now