-3-

325 14 1
                                    

Majlis tamat pada pukul 11 malam. Anggun menarik nafas lega. Tak betah lagi dia berada di majlis itu. Dari pukul 8 sampai pukul 11. Dengan Mukhriz yang tak habis-habis menjelingnya setiap kali dia bergerak. Bukan dia tak perasan, cuma malas layan.

Mak-mak mula sangka kami malu sesama sendiri sebab tu diam aje walaupun duduk bersebelahan. Tetapi kerap kali Raja Qhuraisha memberikan pandangan menyuruhnya berbual dengan Mukhriz.

Bukan dia tak nak berbual, tetapi Mukhriz yang seperti menyampah mendengar suaranya. Apa dia boleh buat. Diam je lah.

Tamat sahaja majlis, Anggun keluar ingin mengambil angin malam sebelum ke bilik. Dia berseorangan sahaja tanpa berteman. Syasya, dia nampak gadis itu macam terlalu penat, jadi dua suruh ke bilik saja.

"Hai, princess." Danish datang menyergah Anggun.

Terangkat sedikit bahu Anggun dibuatnya. Dia menepuk dadanya perlahan. Wajah tidak puas hati ditayangkan kepada Danish. Kalau dia mati dekat sini, setiap malam akan ganggu si Danish ni.

"Nah, I bawakan air untuk you." Danish menghulurkan segelas jus oren kepada Anggun.

"Thanks, but no thanks." tolak Anggun secara lembut. Dia dah cukup banyak minum air ketika majlis tadi.

"Ambil je lah. Penat I bawakan tau." pujuk Danish.

Anggun melihat air itu lama sebelum perlahan-lahan menyambut huluran itu. Kesian pula lihat Danish pegang lama-lama.

"Thanks."

"You're welcome. I tak sangka pula you setuju nak jumpa I. At first I thought you mesti penat and you takkan datang punya. But, when I saw you here, I tegur je lah." kata Danish sambil ketawa kecil.

"I bukan nak jumpa you pun sebenarnya. I dekat sini nak ambil angin je sebelum masuk bilik. Lemas duduk dalam dewan lama-lama." balas Anggun.

"So you nak tips tak macam mana nak lepaskan diri dari your mum?"

"Well, macam mana I cuba, I takkan boleh lari. So, nope."

"Serius ni? I boleh bagi kalau you nak."

"Tak nak lah."

Tiba-tiba Anggun merasakan kepala sedikit pening. Tetapi semakin lama semakin kuat sehingga dia hilang keseimbangannya lalu berpegang pada penghadang.

"Kenapa ni you?"

"I tak tahu. I rasa pening. You ada letak apa-apa ke dalam air I?"

"I takde letak apa-apa. I swear."

"Arghh." Anggun berdesis perlahan.

PAP

Anggun jatuh ke lantai. Matanya kabur untuk melihat tetapi di masih boleh nampak beberapa orang mendekati mereka berdua. Dan dia juga sempat lihat satu figura yang berada tidak jauh dari mereka. Dia kenal siapa. Itu Syasya.

Dia cuba memanggil Syasya namun suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong. Segalanya-galanya semakin kabur, tambahan lagi dengan kegelapan malam.

BUK

Satu tubuh jatuh di sebelahnya. Danish kah?

Perlahan-lahan dia rasa tubuhnya diangkat, seiring dengan sakit kepala yang semakin mengcengkam, perlahan-lahan Anggun hilang kesedaran diri. Dia hanya mampu berharap Syasya untuk membantunya.

Tapi nampak macam tidak. Kerana dia ternampak senyuman di bibir Syasya. Timbul persoalan di benaknya. Kenapa Syasya tak datang tolong dan kenapa dia senyum?

Seorang lelaki tersengih sinis melihat Anggun yang tidak sedarkan diri. Rasa bangga apabila Anggun sudah berada di tangannya. Anak Raja Qhuraisha yang kaya raya, mana boleh dia lepas.

"Sleep tight, sleeping beauty."

"Ini sorang lagi nak buat apa bos?" tanya seorang anak buahnya.

"Koma kan dia."

Anak buahnya tersengih jahat. Tangan diregang-regangkan sebelum belasah tubuh Danish yang juga tidak sedarkan diri kerana dipukul di kepala.

"Dah dah. Sorok dia kat mana-mana. Kau, bawa tuan puteri kita masuk bot."

⚘️⚘️⚘️⚘️ ⚘️

"Argh." Anggun mengerang kesakitan. Kepalanya terasa pening dan badannya sakit.

Perlahan-lahan pandangannya yang kabur kembali terang. Dia memandang sekeliling. Dia berada di dalam sebuah bilik yang gelap. Hanya ada sedikit sahaja cahaya lampu yang membantu penglihatannya.

"Aku dekat mana ni?"

Anggun cuba menggerakkan badannya tetapi badannya terikat pada kerusi.

"Dah bangun dah?" suara lelaki menyapa gegendang telinga Anggun.

Dalam kemalapan cahaya, dia melihat lelaki itu. Siapa dia? Apa yang dia nak sebenarnya.

"You nak apa sebenarnya? Kenapa culik I?" tanya Anggun dengan nada suara yang marah dan sedikit takut.

"Hahaha. Sebab I nak you."

"Kenapa?"

"Because you are the daughter of Raja Qhu. Rugi lah kalau tak ambil." sinis lelaki itu. Puntung rokok di tangannya dibuang ke lantai.

Lelaki itu mendekati Anggun. Tangannya diangkat ingin menyentuh rambut Anggun yang sedikit tidak terurus. Kesian Tuan Puteri, kan dah tak cantik macam selalu.

"Don't you dare to touch me." kata Anggun berani sambil mengelakkan kepalanya disentuh oleh tangan kotor itu.

Lelaki itu ketawa sinis. Berani juga anak Raja Qhuraisha ni. Garang-garang macam ni lah dia suka nak main.

"Kalau I sentuh juga, you nak buat apa?"

BUK

"Arggh. Perempuan tak guna."

Anggun tersenyum puas apabila kakinya tepat-tepat terkena di kepala lelaki itu. Tu la siapa suruh sangat gatal nak pegang. Kan dah kena tendang. Nasib baik kakinya tidak diikat. Cuai juga penculiknya itu.

Raja Anggun ada tali pinggang hitam taekwando, dia pernah berlatih seperti ingin berperang oleh arwah papanya, Raja Hakimi Shah.

Dia dilayan seperti seorang lelaki oleh Raja Hakimi tetapi dilayan seperti seorang puteri lemah oleh seorang permaisuri kejam, siapa lagi kalau bukan Raja Qhuraisha.

Dia bagaikan seorang puteri mahkota yang bakal dinaikkan takhta. Dilatih menjadi seorang yang kuat untuk bersedia menghadapi peperangan. Pada masa yang sama dilatih etika seorang puteri supaya menjadi seorang puteri yang sempurna dan bersedia untuk memerintah sebuah negara.

"Bob. Buang perempuan jahanam ni dalam laut."

What?

"Sayang lah bos nak buang. Barang mahal ni." tegah lelaki yang merupakan kawannya. Dia menggaru kepalanya.

"Aku cakap buang!!!"

"Ye ah."

Tubuh kecil Anggun diangkatnya ke udara dan dibawa keluar dari bilik kecil di atas bot yang dinaiki mereka. Anggun meronta ingin dilepaskan.

"Jangan."

BUSH

Tubuh kecil Anggun dicampakkan ke dalam laut. Anggun terkapai-kapai ingin naik ke permukaan. Dia pandai berenang, cuma dalam keadaan dia tak bersedia membuatkan dia tak mampu untuk apungkan badannya ke permukaan air.

"Tolong." katanya dengan lemah dan tersekat-sekat.

Dia melihat dua tubuh kabur dan gelap milik dua lelaki itu dari dalam air. Dia akan ingat kedua-dua muka itu.

Anggun menutup matanya rapat. Dia membiarkan tubuhnya tenggelam ke bawah. Merelakan nyawanya ditarik sekarang.

'Jangan mengalah, Anggun papa.'

Bagaikan terdengar suara arwah ayahnya berbisik di telinga, Anggun membuka matanya. Ada sedikit cahaya matahari masuk ke dalam matanya. Bot yang tadinya sudah pun hilang dan menghasilkan ombak yang menolak tubuhnya.

Anggun membiarkan sahaja ke mana sahaja ombak membawa tubuhnya.

⚘️

Anggun's [C]Where stories live. Discover now