-5-

297 11 0
                                    

Anggun menggosok matanya yang terasa berat dan mengantuk. Sedangkan dia sudah tidur lama. Dia bangun dari pembaringan dan melihat dia berada di dalam sebuah khemah.

Satu persatu memori kembali ke dalan fikirannya. Salah satunya di kata Syarriq mencempungnya dan dia tertidur semasa Syarriq membawanya ke sini.

Anggun membetulkan rambutnya yang sedikit kusut masai dan gaunnya yang sudah pun senget-benget. Nasib baik sahaja dia memakai gaun hitam yang bertutup di bahagian dadanya semalam. Cuma bahagian lengan sahaja ditutup dengan kain lace yang sedikit jarang.

Perlahan-lahan Anggun menarik zip khemah ke bawah. Dia menjenguk sedikit kepalanya ke luar, mencari kelibat Syarriq. Tapi tiada. Yang ada cuma lah unggun api yang menyala dan sebuah beg besar yang dia yakin milik Syarriq.

"Kau dah bangun?"

Bahu Anggun terhenjut terkejut apabila disergah daripada belakang. Syarriq mula menampakkan dirinya yang berjalan di belakang khemah sambil memegang beberapa ranting kayu.

"Lama betul kau tidur. Dari pagi sampai ke petang. Dah nak maghrib dah." kata Syarriq. Syarriq menyusun ranting kayu yang dibawanya tadi ke dalam unggun api yang dibuatnya.

Anggun perlahan-lahan keluar dari khemah dan duduk di hadapan khemah yang sedikit berlapik itu. Dia hanya memandang Syarriq yang melakukan kerjanya.

"Kau lapar tak?" tanya Syarriq tiba-tiba sambil memandang Anggun.

Perlahan-lahan Anggun menganggukkan kepalanya beberapa kali. Dia sangat lapar seharian tak makan. Sudah lah malam semalam pun dia makan sedikit sahaja gara-gara Raja Qhuraisha ingin status puterinya terjaga.

"Nah." Syarriq menghulurkan dua tin makanan yang telah dibuka olehnya.

Anggun mengambilnya perlahan. Dan bau makanan itu membuatkan dahinya berkerut. Dia tak pernah makan, makanan dalam tin seperti ini.

"Ini je ke?" tanya Anggun kepada Syarriq.

"Dah tu? Kau ingat dekat sini nak jumpa makanan western ke?" balas Syarriq dengan nada perli.

Anggun memandang makanan itu. Dia sangat lapar. Kalau dia tak makan, peratusan untuk dia mati kelaparan adalah tinggi. Sudu di tangannya mencedok makanan itu lalu masuk ke dalam mulutnya.

Awalnya dia rasa tak sedap. Tetapi setelah beberapa suap, dia hanya terima sahaja. Asalkan perutnya diisi.

"Nama kau siapa?"

Anggun memandang Syarriq. Berkira-kira ingin memberitahu namanya atau tidak. Sejujurnya dia masih belum percayakan Syarriq 100%. Tapi, dia cuma tanya nama sahajakan.

"Reissa." Anggun memberitahu nama keduanya.

"Aku Syarriq. Mulai hari ni, kau bawah jagaan aku. Kau jangan buat hal sepanjang kita atas pulau ni. Kalau tak nanti aku tinggal kau." kata Syarriq.

Anggun mengangguk perlahan. Dia menghabiskan makanan di tin pertama dan kemudian beralih ke tin kedua. Dia betul-betul lapar.

Syarriq yang melihat Anggun hanya menggelengkan kepalanya. Siapa wanita itu sebenarnya? Macam mana dia boleh dibawa ombak hingga ke pulau ni? Takkan dia berenang dari semenanjung ke sini?

"Berapa lama kita atas pulau ni?" tanya Anggun.

"Sebulan."

"Se-sebulan?" mata Anggun membulat terkejut.

Matilah dia kalau sebulan dekat sini. Takkan lah sebulan dia nak pakai gaun ini sahaja? Takkan lah sebulan dia nak makan makanan dalam tin ini? Takkan lah sebulan dia nak tidur dalam khemah je? Mati lah.

"Jangan salahkan aku. Siapa suruh kau sesat dekat sini. Memandangkan ini hari kedua aku. So, lagi 28 hari. Harap kau bersabar." kata Syarriq tenang sambil menguis-nguis ranting kayu agar masuk ke dalam api.

"I tak nak. I nak balik esok juga." Anggun meletakkan tin makanan ke tepi lalu dia berdiri tegak memandang Syarriq.

Syarriq mendongakkan kepalanya, membalas pandangan Anggun. Jengkel rasanya dengan perangai wanita itu. Tak faham bahasa agaknya.

"Balik lah sendiri. Berenang 10 hari. Itu pun kalau kau mampu. Silap-silap kena ngap dengan jerung." balas Syarriq selamba.

Anggun mula rasa meremang. 10 hari nak berenang ke Malaysia. Memang takkan balik lah dia. Sudahlah di pulau ni takde bot atau apa-apa kenderaan air yang boleh dia guna untuk balik. Terpaksa dia tunggu sebulan.

Anggun kembali duduk di tempatnya tadi. Makanan yang belum dihabiskan diambil semula lalu disuap sambil dia melihat ke arah unggun api yang sedang marak membakar.

"Aku nak pergi solat. Kau duduk sini diam-diam." Syarriq bangun dari duduknya lalu meninggalkan Anggun seorang diri di khemah itu.

"Eh jangan tinggal I seorang-seorang." panggil Anggun tetapi Syarriq hanya buat-buat tidak dengar.

Anggun melihat sekelilingnya yang kian gelap. Dia takut. Macam mana kalau ada binatang buas menyerangnya. Setitik air matanya gugur. Dia takut, overthinking.

"Mama, Anggun nak mama." katanya perlahan. Air mata semakin laju turun di pipinya.

Apabila Syarriq kembali, Anggun pantas mengelap air matanya dan menyedut hingusnya. Dia melihat Syarriq menghamparkan kain mengantikan sejadah ke arah kiblat lalu menunaikan solatnya.

Anggun hanya melihat. Sedikit sebanyak hatinya mula mempercayai Syarriq. Lelaki itu adalah seperti lelaki-lelaki idaman kebanyakan perempuan. Tetapi tidak lah idamannya.

Anggun terus melihat Syarriq yang sedang solat sehingga ke salamnya. Selesai Syarriq solat, Anggun mengalihkan pandangannya. Tak nak Syarriq tahu yang dia memandangnya.

Syarriq kembali mendekati unggun api dan duduk di kerusi lipat yang dibawanya. Botol air yang dibawanya diambil lalu dia meneguk air itu untuk menghilangkan dahaganya.

"Air?" Syarriq menghulurkan air kepada Anggun.

Anggun memandang sekejap botol air itu sebelum dia mengambilnya  Dia tak pernah berkongsi botol yang sama dengan sesiapa. Jadi boleh minum ke?

Indirect kiss.

Fikiran Anggun mula terawang. Laju dia menggeleng kepalany dan cepat-cepat meneguk air botol itu. Dia menyerahkan kembali botol itu kepada Syarriq sebelum fikirannya semakin kotor.

"Thanks. Saya nak masuk khemah dulu" kata Anggun perlahan kemudian mengesot perlahan ke belakang untuk masuk ke dalam khemah.

Dia terhenti sebentar apabila teringatkan sesuatu. Laju dia memandang ke sekeililingnya mencari sesuatu.

"Kau cari apa?" tanya Syarriq.

"Khemah you mana?"

"Mana ada. Aku bawa satu je khemah. Nak buat apa bawa banyak kalau aku seorang je. Tiba-tiba kau pula muncul. Terpaksa lah..." Syarriq menghentikan ayatnya separuh jalan.

"Terpaksa apa?" soal Anggun.

"Kongsi khemah dengan kau." jawab Syarriq.

"No. Tak boleh." jerit Anggun.

Mana boleh perempuan dan lelaki sekhemah tanpa ada apa-apa ikatan. Dia tak nak. Dia bukan perempuan murah.

"Itu pun nak gelabah. Aku gurau je. Aku tidur luar."

Kata-kata Syarriq membuatkan Anggun sedikit lega. Nasib baik.

"You ok ke kalau tidur luar sepanjang sebulan ni?"

"Cakap je la kau nak aku tidur dengan kau? Nak banyak soal pulak."

"Tak nak tak nak." cepat-cepat Anggun masuk ke dalam khemahnya dan zip khemahnya.

Syarriq berdecit sinis. Perempuan.

⚘️

Anggun's [C]Where stories live. Discover now