-40-

334 10 0
                                    

Pintu rumah dibuka daripada luar. Safira yang baru sahaja ingin menaiki tangga menoleh ke arah Mukhriz yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.

"Awak pergi jumpa dengan Raja Anggun ke?" tanya Safira. Dia berpatah balik ke arah Mukhriz yang duduk di ruang tamu.

"Tak payah sibuk hal saya." balas Mukhriz.

"Saya isteri awak."

Mukhriz naik angin. Dia berdiri menghampiri Safira lalu rahang Safira dicengkamnya dan dia menolak Safira ke dinding.

"Kau tak payah sebut benda menjijikkan tu."

"Apa salah saya, Mukhriz? Kenapa awak buat saya macam ni?" tanya Safira perlahan, menahan rasa sakit dicengkam.

"Semuanya salah kau."

Mukhriz melepaskan Safira. Safira berpaut pada dinding memegang rahangnya yang sakit. Matanya berair, rasa sakit di hati lebih perit dari sakit rahangnya.

"Kau tak kisah kan kalau aku kahwin lagi satu. Get ready lah untuk bermadu." kata Mukhriz.

"Dengan siapa?"

"Anggun."

Safira menggelengkan kepalanya. Ke mana perginya Mukhriz yang waras? Sekarang ni dia berasa seperti dekat dengan orang lain. Masih nama yang sama, tetapi perwatakan berbeza.

"Mukhriz, saya tak kisah awak nak kahwin dengan sesiapa pun. Tapi bukan dengan isteri orang. Anggun dah kahwin. Kenapa you tak boleh move on?" Safira mendekati Mukhriz.

"Aku tak boleh move on sebab aku cintakan dia."

"Mukhriz, please move on. Awak dah ada saya. Baby kita pun akan lahir tak lama lagi. Kita hentikan semua ni. Please."

Safira berdiri di hadapan Mukhriz. Tangan Mukhriz cuba disentuhnya tetapi Mukhriz lebih laju mengalihkan tangannya, mengelak dari dipegang oleh Safira.

"Kau tak faham, Safira." ujar Mukhriz tanpa memandang ke arah Safira.

"Saya faham. Saya pernah rasa apa yang awak rasa. Saya tahu sakitnya semua tu. Saya dah rasa masa saya dapat tahu yang awak nak kahwin dengan Anggun. Dan saya tengah rasakan semua tu sekarang." Safira ingin memujuk.

Dia mahu Mukhriz kembali seperti dulu. Mukhriz yang selalu berfikir sebelum melakukan sesuatu. Mukhriz yang baik. Mukhriz yang selalu sayangkan dia.

Selepas kejadian itu, mereka bergaduh teruk sehingga Mukhriz meninggalkannya. Satu call atau mesej pun dia tak dapat. Melainkan berita perkahwinan Mukhriz dan Anggun.

"Cinta tak semestinya dimiliki. Kadang-kadang cinta tu bermaksud untuk melepaskan demi kebahagiaan. Setiap manusia ada jalan masing-masing yang dah pun ditentukan oleh ALLAH. Kita sebagai manusia kena terima semuanya."

Safira perlahan-lahan menggapai tangan Mukhriz lagi. Kali ini Mukhriz tidak menghalang. Tangan Mukhriz digenggam erat lalu dibawa ke bibirnya. Tangan Mukhriz dikucupnya.

Dia memandang tepat ke wajah Mukhriz. Sebelah tangannya lagi memegang pipi Mukhriz. Wajah hanya membiarkan dengan wajah yang tidak menunjukkan apa-apa perasaan.

"Lepaskan Anggun. Kita mula hidup baru." lembut saja suara Safira, memujuk Mukhriz.

Mukhriz melihat ke dalam mata Safira yang menyembunyikan seribu satu kesedihan, kesakitan. Rasa bersalah menyerbu ke dalam hatinya.

Mukhriz memegang belakang kepala Safira lalu dahi didekatkan di bibirnya. Lama dia mencium wanita yang halal baginya itu. Tangan Safira yang memegang pipi dan tangannya dilepaskan. Mukhriz mengundur setapak ke belakang.

Anggun's [C]Where stories live. Discover now