Aisha mengambil bingkai gambar yang berada di atas mejanya.
"Kalau dia tak tipu aku dulu mungkin sekarang aku beritahu dia apa perasaan aku pada dia tapi disebabkan dia mengkhianati aku..."
FLASHBACK
"Selama ni aku tak pernah crush dekat dia tapi sebab aku nak elakkan diri dari Alex" tanpa disedari lelaki dan perempuan itu. Seseorang mendengar apa yang mereka sedang berborak.
"Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni, selama ni kau dekat dengan aku bukan sebab kau betul-betul crush dekat aku tapi kau pergunakan aku untuk lupakan Alex"
"Kau dah tahu semua kan baguslah yang penting Alex tak ganggu aku lagi" perempuan itu meninggalkan Aisha.
FLASHBACK END
"Aku akan siksa hidup kau" katanya perlahan sambil menghentak meja
Yiren termenung
'Dia memang tak ingat aku atau pun dia berlakon? Kalau dia betul tak ingat aku Aghhhhh' bisik yiren dalam hati
Pukul 6:50 petang
Yiren menyiapkan semua kerja walaupun hari ni first day dia bekerja di syarikat itu.
Kerjanya terus berlambak. Aisha memerhati yiren. Aisha tersenyum sinis sambil menyilangkan tangan.
Hari pertama yiren bekerja di situ terus dia menyiksa yiren dengan memberikan pekerjaan kepada yiren
Pukul 12 malam
Yiren masih lagi membuat kerjanya yang masih lagi banyak. Yiren mengeluh apabila melihat kertas kerja masih banyak di atas meja
"Nampak gayanya aku kena habiskan semua kerja ni esok kena hantar dekat boss" bisiknya perlahan sambil menggeliat kecil.
Dia menyambung semula kerjanya. Aisha keluar dari biliknya. Yiren tersenyum kepada Aisha namun tidak dibalas oleh Aisha.
Jam menunjukkan tepat pukul 2 pagi.
Yiren mengambil gelas yang berada di sebelahnya.
"Dah habis" yiren bangun untuk mengambil air dia membuka lampu dalam telefonnya.
"Dah pukul 2 pagi ya tuhan" yiren tersedar jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.
Yiren berjalan ke dapur untuk minum air setelah selesai minum air dia membasuh gelas. Dia keluar lalu dia mengemas mejanya. Dia menutup lampu, kipas dan pintu.
Sebelum yiren balik ke rumahnya yiren berhenti di suatu tempat. Dia menitiskan air matanya apabila melihat kawasan yang kini hanya tinggal kenangan.
Dia mengelap air matanya lalu dia beredar dari situ.
Keesokan paginya
Yiren keluar pergi kerja lebih awal berbanding onda dan eu dek kerana ingin menyiapkan kerja yang belum siap.
Pukul 6.30 pagi
Onda keluar dari biliknya lalu turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan. Setelah selesai menyiapkan sarapan dia naik kembali untuk mengejutkan yiren.
Tok! Tok!
"Yiren!!" Panggilnya sambil mengetuk pintu tapi tiada sahutan dia membuka pintu
"Yiren" panggilnya lagi sambil mencari seluruh dalam bilik tapi tetap yiren tiada
"Eu" onda memanggil eu sambil turun tangga
"Erm kenapa?" Tanya eu sambil makan kaki ayam
"Kau ada nampak yiren?" Tanya onda
YOU ARE READING
I'M YOUR CRUSH
Romancewang yiren atau lebih dikenali yiren perempuan yang cantik berasal dari china. heo yoo rim atau lebih dikenali aisha yang berasal dari Korea. Aisha dan yiren mempunyai kehidupan berbeza, dari awal pertemuan mereka berdua membuatkan yiren mengidolaka...