BAB 29

11 3 0
                                    

Setelah selesai meeting Aisha terus balik ke pejabat dia tidak tahu kenapa tiba² dia merasa rindu kepada Airen.

"Terima kasih sebab dah jagakan Airen, awak masuk lah dalam bilik awak" kata yiren setelah beberapa jam Aisha mendukung Airen hingga anak kecil itu tertidur di atas pangkuan Aisha. Aisha mengangguk lalu dia bangun.

Achum

Aisha menoleh ke belakang lalu mendekati yiren

"Awak kenapa?" Tanya Aisha

"Tak ada apa hanya bersin je" jawab yiren

Kerana muka yiren terlihat pucat Aisha menyentuh dahi yiren

"Sejuknya awak demam ke?" Tanya Aisha

Yiren tidak menjawab kini badannya menggeletar walaupun aircond dipasang dengan suhu yang rendah namun dia merasa sangat kesejukan.

"Saya tutup aircond, biar badan awak hangat" Aisha ingin mengambil remote aircond tapi dihalang oleh yiren.

"Saya okay jelah, jangan matikan aircond nanti Airen tersedar dan dia akan menangis macam tadi" kata yiren.

Terpancar di wajah Aisha risaukan yiren walaupun dia baru sembuh dari demam kini kembali demam.

Mungkin kerana dia terlalu banyak bekerja dan mengurus Airen hingga dia mengalami demam sebanyak dua kali.

Walaupun demam, yiren tidak berhenti membuat kerja.

Uwek uwek

Yiren mendekati Airen tanpa menunggu lama dia terus memberikan susu kerana dia tahu anaknya kehausan.

Disaat dia menyusui anaknya dia terlelap bersama dengan anaknya

Clark

Pintu bilik dibuka

Han masuk dan mendekati yiren yang sedang menyusui anaknya. Han mengusap lembut pipi yiren tapi yiren tidak tersedar. Han mengambil kesempatan untuk mencium yiren namun kesempatannya sia² kerana Aisha masuk ke dalam bilik yiren.

"Encik Han apa kata encik Han balik office encik Han dah banyak kali encik datang ke office saya" kata Aisha datar

Tanpa mengeluarkan suara lelaki itu keluar dengan perasaan marah.

Lelaki itu membuka pintu lalu keluar

Aisha menggeleng kepalanya.

Aisha duduk sebelah yiren. Aisha mengusap lembut kepala yiren. Aisha mencium dahi yiren dan Airen.

Pukul 9 pagi

Airen mula menangis. Aisha yang yang sedang membuat kerja menoleh kearah Airen.

Aisha meletakkan laptop atas meja dia mengambil Airen tanpa mengejutkan yiren.

Dan seperti biasa Airen mula berhenti menangis dan tertidur semula bila berada dalam pelukan Aisha.

Aisha melihat jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi

'Anak menangis pun tak tak sedar juga, tidur mati agaknya... selalunya dia akan tersedar' batin Aisha

"Yiren... yiren..." Aisha menggoyang tubuh yiren dan akhirnya yiren terjatuh diatas paha Aisha.

"Yiren... Mia... Mia" panggil Aisha panik tiba² yiren pengsan

Aisha masuk ke dalam bilik dengan Airen berada diatas gendongnya.

"Dah tahu demam tak payah lah masuk kerja" marah Aisha

"Saya dah siapkan makanan, jom makan" Aisha meletakkan Airen di atas katil.

I'M YOUR CRUSH Where stories live. Discover now