Yiren duduk di tepi katil. Dia mengambil telefon lalu membuka skrin telefon dia merenung skrin telefonnya lama.
'I miss you Aisha i miss you so much' bisik sayu yiren dalam hati
FLASHBACK
"Saya nak kita letak gambar kita berdua di wallpaper depan skrin jangan berani tukar kalau awak tukar saya tak nak berkawan dengan awak sampai bila-bila" ancam Aisha sambil membuat Pinky promise
"Okay saya janji" yiren membalas Pinky promise aisha. Aisha mencium pipi yiren
"Eh... Malu lah orang tengok" yiren memukul Aisha lembut
"Kenapa awak kan kawan saya tak salah kalau saya nak cium pipi awak nasib pipi kalau bibir... Aghh" usik aisha sambil mengadu kerana bahunya dicubit
"Mengada" yiren menjeling Aisha. Aisha tersenyum
"Ni hadiah sempena perkenalan kita yang kedua tahun saya harap awak jaga gelang ni seperti awak jaga diri awak" Aisha memakai gelang yang dia beli yang tertulis AIREN gabungan nama Aisha dan yiren.Yiren mengangguk
"Terima kasih" ucap yiren sambil memeluk Aisha
"Sama-sama anything for you" Aisha membalas pelukan itu
Sepanjang perkenalan mereka Aisha banyak memberi hadiah kepada yiren ada sesetengah yiren menolak menerima hadiah dari Aisha kerana hadiah itu terlalu mahal hingga membuatkan yiren sedikit merasa kurang enak tapi kerana takut di ugut dia terpaksa menerima pemberian Aisha
"Saya tak boleh terima ni pasti mahal" yiren menolak anak kunci rumah kepada Aisha
"Tapi ni untuk awak saya nak awak terima jangan menolak kalau awak tolak saya tak nak berkawan dengan awak sampai bila-bila" ugut Aisha
"Awak selalu macam tu tapi ni rumah awak kenapa awak bagi saya, saya tak nak ni terlalu mahal" yiren berkeras tidak mahu terima pemberian Aisha
"Yiren saya sayangkan awak jadi saya akan lakukan apa-apa saja untuk orang yang saya sayang termasuk lah rumah ni saya bagi dekat awak supaya saya boleh berjumpa dengan awak setiap hari and boleh tidur sekali dengan awak" jelas Aisha. Yiren terharu. Yiren memeluk Aisha.
Yiren terdiam dia tidak tahu macam mana ingin menolak pemberian Aisha kerana dia sendiri tahu Aisha tidak suka orang menolak pemberian darinya.
Setelah pergaduhan
"Mulai dari hari ni aku tak nak tengok muka kau dan rumah ni aku akan tukar nama aku balik" Aisha mencampak beg baju yiren. Yiren terduduk di lantai dengan deraian air mata. Yiren mengambil begnya lalu meninggalkan rumah itu. Aisha menutup pintu
"I hate you yiren!!!!" Amuk Aisha dia menolak semua barang diatas meja hingga barang terjatuh dan pecah.
Semua barang yang berada dalam rumah itu semua diletakkan dalam bilik stor sepanjang dia tinggal dalam rumah tu dia tak pernah berniat untuk masuk ke dalam bilik yang dipenuhi barang yang dia beri kepada yiren.
FLASHBACK END
Di rumah Aisha
Aisha berjalan ke arah bilik stor. Aisha membuka pintu lalu dia berjalan ke arah gambar yang masih tergantung elok di dinding. Aisha mengusap gambar itu
"Esok akan masuk 3 tahun perkenalan kita dan esok akan cukup 3 tahun wallpaper kita berdua berada di skrin telefon saya" air mata yiren menitis esok adalah hari kebahagiaan untuknya walaupun hubungan dia dan Aisha dah lama berakhir tapi dia bahagia hatinya tidak pernah memadam detik detik yang indah dalam hidupnya waktu bersama dengan Aisha.
"Saya minta maaf Aisha kerana terpaksa membuat awak menderita dengan keputusan saya dengan mengakhiri hubungan kita walaupun saya tahu kita saling mencintai tapi.." air mata yiren mula mengalir deras
Aisha duduk di balkoni yang dekat dengan dengan bilik stor sambil memeluk gambar kecil.
"I miss you so much yiren" ucap Aisha tanpa disedari air matanya mengalir membasahi pipi
Dia akui sepanjang perpisahan itu tidak sedikit pun perasan rindunya pada yiren pudar walaupun hatinya dipenuhi dengan dendam tapi perasaan sayangnya pada yiren masih lagi kuat.
Di pejabat heo yoo rim
Yiren naik tangga perlahan. Dia duduk di mejanya
Kring! Kring!
Yiren mengambil telefon lalu mengangkat panggilan dari sihyeon
"Hello sihyeon"
"Family kau datang rumah aku" tanpa membuang masa sihyeon langsung memberitahu yiren, family yiren berada di rumahnya
"Diorang datang rumah kau? Diorang buat apa kat sana?" Tanya yiren
"Diorang datang cari kau tapi aku dah bagitahu diorang kau tak tinggal dengan aku lagi kau dah kerja tempat lain" balas sihyeon
"Diorang ada lagi ke dekat situ?" Tanya yiren
"Tak ada diorang dah balik" jawab sihyeon. Yiren menghembuskan nafas lega
"Tak apa lah aku nak buat kerja kalau ada apa-apa terus contact aku thanks sihyeon" ucap yiren lalu meletakkan panggilan telefon
2 tahun dia meninggalkan keluarga nya dia tidak pernah menelefon family nya untuk bertanya khabar bahkan tidak pernah balik ke rumahnya.
Rindu, ya dia memang rindukan family tapi kerana terlalu kecewa dia mengelak dari bertemu dengan keluarga nya
Kalau kejadian ini bukan berpunca dari keluarganya sendiri mungkin saat ini dia dan Aisha dapat hidup bersama.
Dia mengeluh bila teringat kejadian tu. Dia harus terima kerana kejadian itu telah lama berlalu.
Aisha masuk ke dalam pejabat, matanya melihat kearah yiren yang sedang termenung hingga tidak menyedari kehadirannya. Aisha masuk ke dalam biliknya
"Onda suruh yiren masuk ke dalam office saya" Aisha menelefon onda. Dia menutup telefon itu.
Tok! Tok! Pintu bilik Aisha diketuk
"Masuk" laung Aisha
"Ada apa awak nak jumpa dengan saya?" Tanya yiren
"Duduk" suruhnya tanpa menjawab pertanyaan yiren. Yiren duduk di kerusi yang berhadapan dengan Aisha
"Duduk dekat sofa" Aisha menyuruh yiren duduk di sofa. Yiren mengangguk lalu duduk di sofa atas permintaan Aisha
"Aku ada beberapa soalan nak tanya pada kau tapi aku nak kau tolong jawab jujur" Aisha memulakan perbualan
"Awak nak tanya apa?" Jawab yiren
"Soalan pertama apa perasaan kau pada aku?" Tanya Aisha yiren tidak terus menjawab
"Kenapa awak tanya soalan tu?" Tanya yiren balik
"Cuma jawab pertanyaan aku senang je"
"Yiren tolong bagitahu aku apa perasaan kau pada aku please aku nak tahu" Aisha memaksa yiren
"Itu hal peribadi tak boleh masuk campur dengan hal kerja saya minta diri dulu" yiren bangun berlalu pergi
"Kenapa susah sangat kau nak jujur dengan aku susah sangat ke nak jawab soalan tu atau kau nak aku seksa kau lagi teruk dari sebelum ni baru nak jujur" yiren menghentikan langkahnya
"Kau jangan ingat aku tak boleh nak seksa kau kalau kau sendiri yang cabar aku okay kau akan tengok apa yang aku akan buat pada kau, jangan menyesal" ancam Aisha. Yiren mengelap air matanya lalu meninggalkan bilik Aisha
Bersambung..
Tq 😊
YOU ARE READING
I'M YOUR CRUSH
Romancewang yiren atau lebih dikenali yiren perempuan yang cantik berasal dari china. heo yoo rim atau lebih dikenali aisha yang berasal dari Korea. Aisha dan yiren mempunyai kehidupan berbeza, dari awal pertemuan mereka berdua membuatkan yiren mengidolaka...