BAB 20

21 2 0
                                    

Setelah selesai makan yiren dan Aisha masuk ke dalam biliknya.

Aisha menghempas tubuhnya diatas katil

"Bersihkan badan tu dulu baru rest tadi orang suruh naik tak nak, nak teman orang makan" bebel yiren sambil membuka bajunya

"Nak teman baby makan tadi, nanti rindu" rengek Aisha manja

"Setiap hari kita jumpa awak tak bosan ke?" Tanya yiren

"Tak, kalau dengan baby tak pernah bosan, dengan orang lain sayang akan bosan" kata Aisha yiren duduk disebelah Aisha

"Aisha pergi bersihkan diri dulu" yiren mengusap lembut paha Aisha.

"5 minit baby sayang nak rest" kata Aisha sambil memejamkan matanya.

Yiren mengusap perutnya.

"Aisha pergi mandi dulu nanti rest lah" yiren menepuk paha Aisha lembut.

Aisha masih belum terbangun kerana kelelahan setelah seharian bekerja

"Aisha.... Aisha..." Yiren menepuk paha Aisha kuat

"Aisha perut saya sakit tolong saya kejap" yiren masih lagi mengejutkan Aisha dan akhirnya Aisha tersedar

"Ya baby kenapa? Sayang penat lah baby" kata Aisha dia bangun dari baringnya malas. Dia menyandarkan kepalanya di bahu yiren

"Perut saya sakit lah saya rasa nak...." Yiren lekas bangun dari duduknya lalu dia berlari masuk ke dalam bilik mandi

Uwerk uwerk

Aisha panik matanya yang layu mula segar apabila mendengar yiren muntah.

"Baby... Baby okay tak ni" tanya Aisha setelah melihat mamee yang yiren makan tadi keluar dari mulutnya

Aisha menggosok belakang yiren lembut satu tangannya lagi memegang rambut yiren.

Aisha memegang kedua bahu yiren. Kepala yiren bersandar di dada Aisha.

"Baby baring dulu" Aisha membantu yiren. Aisha menyentuh dahi yiren

"Tak panas, baby tak demam" kata Aisha

"Muntah tak semestinya demam" kata yiren

"Kalau baby tak demam kenapa baby muntah² atau jangan² baby...."

"Apa?? Mengarutlah awak ni" kata yiren menolak sangkaan Aisha

"Mana lah tahu" kata Aisha

"Tak lah, tak mungkin. Saya muntah mungkin sebab saya makan Mamee tadi" kata yiren cuba menafikan tuduhan Aisha. Aisha berbaring di sebelah yiren

Kerana terlalu penat dia terus memejamkan matanya tanpa membersihkan diri

'Kalau betul apa yang difikirkan oleh Aisha, siapa bapa kepada anak dalam perut aku? Tak mungkin anak ni anak Aisha aku dengan dia baru je berkahwin' katanya di dalam hati

Keesokan paginya

Yiren masak untuk dirinya dan Aisha. Aisha memeluk yiren.

"Good morning baby" ucap Aisha sambil mengucup pipi yiren

"Morning too" balas yiren lalu tersenyum kepada Aisha

"Macam mana perut dah okay? Still muntah² lagi? Nak pergi klinik?" Tanya Aisha bertubi²

"Dah okay, tak payahlah pergi kan saya dah cakap mungkin sebab saya makan Mamee sebab tulah saya muntah awak tak payah risau okay" yiren menolak ajakan Aisha

"Okaylah, baby tak payah masuk kerja dulu. Baby rehat je dekat rumah nanti kalau dah betul² okay baru masuk"

"Saya okay jelah"

I'M YOUR CRUSH Where stories live. Discover now