Bab 14

13 3 0
                                    

'Sorry yiren' bisik Aisha perlahan dia mula rasa bersalah dia kembali naik keatas.

Aisha mendekati yiren yang sedang berbaring menghadap tingkap. Dia dapat melihat yiren sedang bersedih.

Mungkin dia terasa, Aisha tidak makan masakan dia dan makanan itu di buang dalam tong sampah

"Maafkan aku yiren" ucapnya perlahan

Pukul 3 pagi

Yiren tersedar dari tidurnya kerana perutnya tiba-tiba merasa sakit dia menyandar di kepala katil sambil memegang perutnya

Pukul 5 pagi

Aisha tersedar dari tidurnya, Aisha melihat kearah yiren yang sedang tidur dengan menyandarkan diri di kepala katil.

Aisha mengejutkan yiren. Yiren membuka matanya

"Kau kenapa tidur macam tu? Badan kau tak sakit ke?" Tanya Aisha. Yiren tidak membalas.

"Kau nak pergi mana tu" tanya Aisha setelah yiren tiba-tiba bangun dari sandarannya

"Saya nak pergi toilet" kata yiren tanpa memandang Aisha. Aisha hanya melihat yiren dari belakang.

Yiren masuk ke dalam bilik air dia terduduk di lantai dengan tangannya memegang perutnya.

"Yiren" panggil Aisha

Yiren bangun dari duduknya lalu dia menanggalkan baju

"Saya nak mandi dulu" kata yiren

"Cepat sikit" arah Aisha

"Ya" jawab yiren

5 minit kemudian

"Kau buat apa kat dalam, lama sangat kau mandi" tanya Aisha yiren tidak membalas.

Yiren berjalan menuju ke katil tangannya masih setia memegang perutnya dia duduk di atas katil. Aisha mendekati yiren

"Kenapa kau tak sihat ke? Kenapa kau pegang perut kau?" Tanya Aisha. Yiren menggeleng

"Awak pergi lah mandi nanti lambat masuk office" kata yiren sengaja tidak menjawab pertanyaan Aisha

Aisha hanya diam lalu dia berjalan menuju ke bilik mandi

"Aisha, saya pergi kerja dulu" laung yiren

"Haa, apa? Yiren!! yiren!!" Aisha tidak mendengar apa yang yiren cakap. Dia membuka pintu lalu dia mengeluarkan kepalanya. Yiren sudah tiada dalam bilik itu.

Tanpa berfikir panjang dia kembali menutup pintu dan terus mandi setelah selesai mandi dan pakai baju dia turun ke bawah dia mencari yiren.

Di pejabat heo yoo rim

Yiren naik tangga dalam keadaan lemah.

"Yiren" sapa eu dan onda. Yiren melihat onda dan eu yang sedang naiki tangga tangan yang sedang melingkari di perut di letakkan di bawah.

Yiren tersenyum walaupun perutnya masih sakit

"Yiren sorang je mana Aisha?" Tanya eu

"Dia belum sampai lagi kejap lagi sampai lah tu" kata yiren

"Yiren naik dulu" onda dan eu mengangguk. Yiren naik lalu duduk di tempatnya.

"Aghh" adunya perlahan setelah duduk perutnya semakin sakit. Yiren menyembunyikan wajahnya di atas meja

"Yiren!" Panggil Aisha

"Kenapa kau tak tunggu aku" marah Aisha. Yiren masih menutup wajahnya

"Yiren aku bercakap dengan kau ni" Aisha mula meninggikan suara. yiren masih berdegil

I'M YOUR CRUSH Where stories live. Discover now