Hampir seminggu hidup yiren terseksa ternyata Aisha serius dengan ucapannya untuk menyiksa yiren.
Yiren tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah kerana harus bekerja 24 jam di dalam office
"Huks huks" yiren batuk, Mia melihat kearah yiren. Dia kasihan pada yiren kerana hampir sebulan dia tidak balik ke rumah untuk berehat.
"Kau tak kasihan kan dia ke, kalau dia sakit macam mana?" Tanya Mia
"Selagi dia tak nak jujur dekat aku, aku akan buat dia macam tu" Aisha menyilangkan tangannya lalu masuk ke dalam biliknya.
Sesungguhnya dia tak sampai hati perlakukan yiren sebegitu tapi dia ingin ajar yiren agar memberitahu apa perasaan yiren terhadap dia
'Kenapa yiren? Kenapa hati kau terlalu keras susah sangat ke kau nak jujur pada aku, aku tak tergamak nak seksa kau tapi ni je cara yang aku ada agar aku boleh tahu isi hati kau tapi adakah usaha aku gagal' bisiknya dalam hati
Pukul 12 tengah hari
Semua staf turun ke bawah untuk lunch yang tinggal dekat office hanya yiren dan Aisha
"Yiren jom keluar lunch" onda mengajak yiren keluar. yiren menggeleng
"Onda dan eu jelah pergi yiren tak nak yiren dah kenyang" tolak yiren
"Tapi dah 1 minggu yiren tak makan nanti kalau perut masuk angin macam mana?" Tanya onda risau. Yiren tidak membalas malah tersenyum pahit kepada onda dan eu
"Tak apa onda dan eu pergi je, nanti kalau perut yiren lapar pandai-pandailah yiren cari makanan" kata yiren
"Betul ni?" Tanya onda, yiren mengangguk lalu mereka berdua meninggalkan yiren sendirian disitu
Yiren ingin menyambung semula kerjanya tapi...
"Auchhh" tiba-tiba perutnya terasa sakit mungkin perutnya telah masuk angin kerana tidak makan selama seminggu, dia bangun tapi terduduk semula. Dia meringis kesakitan
"Yiren kau tak lunch ke?" Tanya Aisha. Yiren tidak membalas
"Yiren aku tengah bercakap dengan kau ni pusing kerusi kau" tegas Aisha. Yiren mula menangis bukan kerana Aisha tapi kerana perutnya yang sakit
"Yiren kau de..." Aisha duduk di depan yiren.
"Yiren kau kenapa ni kau okay tak" tanya Aisha panik setelah melihat yiren menangis
"Perut saya... Sakit..." Yiren menangis sambil mendongak keatas dalam mata yang terpejam
"jom aku teman kau pergi klinik" Aisha mencempung tubuh yiren
Di hospital
Setelah selesai, yiren dan Aisha menunggu di ruang tunggu untuk mengambil ubat.
Yiren tertidur di dalam kereta kerana seminggu dia tidak berehat.
Aisha meletakkan kereta di dalam garaj rumahnya. Yiren tersedar
"Kita dekat mana? Kenapa tak hantar saya ke apartment saya?" Tanya yiren
"Siapa nak jaga kau kalau aku hantar kau dekat apartment sekarang kau tengah sakit kalau kau pengsan ke apa ke macam mana" jawab Aisha
"Onda dengan eu kan ada diorang boleh jaga saya" Aisha memandang yiren tajam. Aisha keluar dari kereta lalu pergi kearah pintu penumpang depan
"Keras kepala lepas tu degil pula" Aisha mengangkat yiren. Yiren terkejut
"Awak nak buat apa ni? Lepaskan saya" Aisha tidak menghiraukan yiren, Aisha membawa yiren masuk ke dalam rumahnya lalu membawa yiren ke dalam bilik
"Mulai daripada hari ni aku nak kau stay kat sini... FAHAM!!!" Aisha menunduk kepalanya dekat dengan yiren. Yiren menolak kepalanya sedikit ke belakang. Aisha tersenyum lalu meninggalkan yiren sendirian dalam bilik
Yiren memandang ke sekeliling bilik itu. Setelah sekian lama dia tidak menjejakkan kaki ke rumah ni.
Sungguh dia merindui rumah iniFLASHBACK
Aisha memeluk belakanh tubuh yiren sambil tersenyum bahagia
"Mula dari hari ni rumah ni milik kita nanti lepas kita habis belajar saya nak kita kahwin dan tinggal dekat sini bersama anak-anak kita nanti" kata Aisha sambil mencium pipi yiren lama
"Awak tahu tak sepanjang hidup saya tak pernah saya berasa bahagia macam ni, saya tak sangka rupa-rupanya awak pun crush dekat saya awak tahu saya crush dekat awak waktu awak mula-mula masuk kolej saya tertarik dengan awak kerana kecantikan awak hingga lah saya cuba berbagai cara untuk tarik perhatian awak dari crush menjadi cinta" jelas Aisha
FLASHBACK END
Yiren mengelap air mata. Kini banyak kenangan yang dia ingat sewaktu dia bersama dengan Aisha.
Aisha membuka pintu. Yiren melihat kearah Aisha yang sedang membawa makanan kepadanya
"Kau kena makan doktor dah pesan tadi kalau tak habis tak apa sekurang kurangnya kau dah makan" pesan Aisha
"Kenapa awak layan saya macam ni?" Tanya yiren
"Aku tak perlu jawab pertanyaan kau sedang kan kau sendiri tahu apa alasan aku layan kau macam ni, jujur aku cakap yiren aku tak sanggup nak seksa kau tapi aku terpaksa buat semua ni agar kau bagitahu aku apa perasaan kau terhadap aku, kalau kau reject aku, aku takkan ganggu kau lagi tapi kau tetap jadi crush aku walaupun kau reject aku, aku takkan paksa kau untuk terima aku lagi cuma aku nak kau tahu aku sayangkan kau dan aku mencintai kau dari dulu hingga kini perasaan tu tak pernah berubah" jelas Aisha. Yiren terkaku air matanya mula mengalir setelah mendengar luahan hati Aisha
"Dan kalau kau buat keputusan untuk berhenti kerja aku takkan halang jika keputusan kau untuk menjauh dari aku, aku..." Aisha mengeluh walaupun berat untuk dia katakan tapi dia harus katakan
"Aku.." dia kembali mendonggak keatas tapi belum sempat dia ingin katakan yiren menarik bajunya lalu mencium bibir Aisha. Aisha tergamam
"I love you Aisha!! i love you so much" yiren kembali menyambar bibir Aisha, Aisha masih tergamam. Yiren melepaskan ciuman itu
"Saya takkan berhenti kerja, saya minta maaf sebab lambat luahkan perasaan saya pada awak saya akui saya sayang kan awak sama seperti dulu tapi kerana saya takut saya cuba untuk buang semua kenangan kita tapi semakin saya berusaha untuk lupakan hati saya semakin sakit dan kenangan tu semakin jelas di dalam fikiran saya" jelas yiren sambil menunduk ke bawah.
Aisha yang tergamam itu terus memeluk yiren.
"Thank you yiren thank you so much" ucap Aisha air matanya mengalir. Dia tersentuh akhirnya dia tahu perasaan yiren terhadapnya.
"Thanks sebab sudi balas cinta aku" Aisha menangis teresak esak di dalam pelukan. Yiren tersenyum. Mereka berdua melepaskan pelukan.
Aisha mendekatkan dahinya ke dahi yiren.
Aisha membawa gambar masuk ke dalam bilik. Aisha menyerahkan gambar itu kepada yiren.
"Ni gambar kau waktu kita bersama dulu" yiren mengambil gambar
"Semua kenangan yang berada di dalam rumah ni aku letak dalam stor tiada satu pun yang rosak semuanya dalam keadaan baik" kata Aisha yiren terharu sambil mengusap gambarnya.
Bersambung..
Tq 😊
YOU ARE READING
I'M YOUR CRUSH
Romancewang yiren atau lebih dikenali yiren perempuan yang cantik berasal dari china. heo yoo rim atau lebih dikenali aisha yang berasal dari Korea. Aisha dan yiren mempunyai kehidupan berbeza, dari awal pertemuan mereka berdua membuatkan yiren mengidolaka...