Yiren keluar dari rumah setelah mendengar kereta masuk ke dalam garaj rumah.
"Aisha" panggil yiren
Mia membawa Aisha masuk ke dalam rumah. Mia meletakkan Aisha di sofa.
"Kenapa dengan Aisha?" Tanya yiren
"Dia mabuk"
"Sejak bila dia pandai minum minuman keras?" Tanya yiren
"Kau kan isteri dia sepatutnya kau tahu" kata Mia
"Saya tak tahu"
"Kalau dia minum maknanya dia sedang stress" kata Mia
"Stress? Stress dengan kerja? Tapi sebelum ni dia tak pernah pun minum" tanya yiren
"Kau buat² bodoh ataupun memang kau ni bodoh" tengking Mia. Yiren terdiam dia menunduk ke bawah
"Aisha aku balik dulu jumpa kau esok, bye"
"Hmm, terima kasih" ucap Aisha
"Aisha" Aisha bangun dari baringnya lalu meninggalkan yiren tanpa mendengar pertanyaan yiren.
Yiren naik keatas dia memutar tombol pintu tapi pintu bilik dikunci
"Aisha" yiren mengetuk pintu tapi Aisha tidak mengendahkannya.
"Aisha" yiren mengetuk lagi
Aisha yang sedang berbaring terasa terganggu
"Kau nak apa?" Aisha terus menengking yiren setelah pintu itu dibuka. Yiren sedikit terkejut
"Awak tak boleh cakap elok² ke dengan saya? Selepas perkahwinan kita awak tak pernah tengking saya atau marah saya" kata yiren terkejut tiba² Aisha menengkingnya
"Kau nak apa?" Tanyanya datar
"Kalau kau naik sebab nak tidur dalam bilik ni baik tak payah kau tidur bilik sebelah aku tak nak tidur dengan perempuan jijik macam kau" kata Aisha. Dia menutup pintunya kasar
Kata² Aisha menusuk di hati yiren. Yiren masuk ke dalam bilik sebelah
Yiren menangis
Keesokannya
Yiren duduk di tempat kerja sambil mengurut kepalanya yang pusing.
"Yiren" onda menyentuh bahu yiren lembut
"Kenapa ni yiren tak sihat ke?" Tanya onda sambil mendongak kan kepala yiren.
"Yiren okay je" jawab yiren.
"Betul ni?" Tanya onda untuk mendapatkan kepastian. Yiren mengangguk
Di mall
Yiren berjalan sambil mengusap perutnya
"Baby nak makan apa?" Tanya yiren kepada anaknya
"Hmmm" yiren sedang berfikir ingin membeli apa untuk di makan, saat dia sedang berjalan sambil berfikir.
Ada seorang lelaki memanggil namanya kerana dia mengenali pemilik suara itu dia melajukan langkahnya tanpa menoleh kearah lelaki itu.
Lelaki itu menarik tangan yiren. Yiren menepis tangan lelaki itu. Dia cuba mengelak diri dari lelaki itu. Lelaki itu menghentikan langkahnya dengan berdiri di depan yiren.
"Kau nak cuba elakkan diri dari kenapa?" Tanya lelaki itu sambil tersenyum sinis
"Aku tak ada masa nak bercakap dengan kau"
"Kau pregnant ke" tanya lelaki itu menghentikan langkahnya yiren. Yiren menoleh ke belakang.
"Macam mana kau tahu?" Tanya yiren
"Aku teka je, aku tengok kau usap perut kau dari tadi, jadi betullah kan anak tu pasti anak aku kan?" Kata lelaki itu berakhir dengan pertanyaan
"Kenapa kau terlalu yakin yang anak ni anak kau" tanya yiren
"Maksud kau?" Tanya Alex
"Aku tak pernah tidur dengan mana² lelaki kenapa kau boleh fikir yang anak ni anak kau" kata yiren
"Kau dah lupa ke kita pernah buat hubungan sek* di hotel" kata lelaki itu
Yiren ketawa kecil apabila mendengar perkataan dari lelaki itu
"Aku rasa kau patut periksa diri kau tu dulu normal atau tak dulu pun kita pernah buat hubungan sek* secara paksaan tapi aku tak pernah mengandung, sekarang aku sedang mengandung dan aku yakin anak yang ada dalam kandungan ni bukan anak kau tapi anak isteri aku Aisha" kata yiren menyindir lelaki itu membuatkan lelaki itu termati kata
"Sebelum kau nak mengaku anak ni anak kau lebih baik kau kau periksa dengan doktor terlebih dahulu" kata yiren lalu meninggalkan lelaki itu
Di rumah Aisha
Yiren meletak makanan yang dia beli di mall tadi keatas meja. Yiren mengambil pinggan kerana tak sabar untuk menikmati makanan itu.
"Sabar ya sayang" kata yiren sambil mengusap perutnya.
Aisha yang baru balik tidak dipedulikan oleh yiren kerana lapar setelah seharian berjalan cari makanan.
"Hmpp, sedap tak sayang dah lama mama mengidam benda ni akhirnya dapat juga mama menikmati" kata yiren kepada anaknya di dalam perut.
Aisha yang melihat itu hanya tersenyum walaupun hatinya masih kecewa dengan yiren tapi dia bahagia melihat isterinya sedang bercakap dengan perutnya seolah² bercakap dengan anak namun Aisha tidak menyedarinya bahawa yiren sedang mengandung kerana sejak kejadian tu Aisha tidak ingin bicara dengan yiren tak kira di rumah atau di tempat kerja.
Aisha menghempas tubuhnya diatas katil semakin hari dia semakin penat berat badannya mula turun kerana kurang makan bukan kerana yiren tak masak tetapi dia tidak ada selera.
Pukul 7 malam
Aisha terbangun dari tidurnya setelah beberapa jam tidur kerana penat. Aisha turun ke bawah.
Aisha melihat kearah meja ada satu bungkusan. Aisha mendekati meja lalu melihat dalam bungkusan tu.
"Sedapnya" Aisha mengambil satu makanan itu lalu memakan sehingga habis.
Setelah selesai makan Aisha menyimpan bungkusan untuk dibuang. Dia membuka tong sampah alangkah terkejutnya dia apabila tong sampah itu penuh dengan bungkusan.
"Banyaknya, dia ke yang beli" batinnya dia mengambil bungkusan² itu.
"Semua ni dia yang makan" Aisha menggeleng kepalanya dia minum air sehingga habis lalu masuk ke dalam biliknya.
"Baby nak makan apa? Esok kita pergi mall lagi kita borong semua makanan dekat sana tapi sebabkan mama tak larat mama akan suruh grab yang hantarkan, semoga sehat selalu ya anak mama" yiren menitiskan air matanya
Kini yiren semakin kerap membeli makanan dalam online kerana mengidam.
Aisha masih tidak tahu bahawa yiren sedang mengandung kerana Aisha masih lagi dengan egonya.
Yiren bangun lebih awal dari kebiasaannya kerana ingin membuat sarapan untuk Aisha bukan dia tidak ingin bertemu dengan Aisha tapi dia tak nak mendengar perkataan yang keluar dari mulut isterinya jujur dia masih terasa dengan apa yang dikatakan oleh Aisha kepadanya sebelum ni.
Rindu memang rindu tapi bagaimana cara dia ingin berdepan dengan Aisha sedangkan hatinya masih lagi sakit disebabkan ucapan isterinya.
Sarapan hari ni roti sardin dan air susu panas
Selalu nya dia akan bersama dengan Aisha tetapi disebabkan mereka masih bergaduh mereka tidak makan bersama.
Setelah selesai membuat sarapan yiren meletakkan di bawah saji lalu dia naik ke atas untuk berehat kerana penat.
Sejak dia mengandung dia mudah keletihan.
Aisha menuruni tangga dia membuka saji lalu dia duduk untuk makan roti sardin.
Aisha makan tapi tidak habis
"I miss my wife so much" katanya perlahan dia meletakkan roti yang masih tersisa dia meminum air susu yang masih hangat hingga habis.
Bersambung...
Tq 😊
YOU ARE READING
I'M YOUR CRUSH
Romancewang yiren atau lebih dikenali yiren perempuan yang cantik berasal dari china. heo yoo rim atau lebih dikenali aisha yang berasal dari Korea. Aisha dan yiren mempunyai kehidupan berbeza, dari awal pertemuan mereka berdua membuatkan yiren mengidolaka...