BAB 19

19 2 0
                                    

Yiren keluar dari bilik Aisha.

"Eh yiren" tegur seorang perempuan sambil menghulurkan tangan. Yiren menerima huluran itu walaupun dia tidak mengenali siapa perempuan itu.

"Awak siapa ya macam mana awak tahu nama saya" tanya yiren

"Saya klien Aisha dia yang suruh saya datang kesini" kata perempuan itu.

Yiren hanya mengangguk

"Eh!! cik jiwon awalnya sampai" Aisha mendekati jiwon yang masih lagi memegang tangan yiren.

Aisha melihat kearah dua tangan yang masih bersatu. Aisha tersenyum walaupun hatinya sedikit panas melihat perempuan itu memegang tangan isterinya

"Kita bincang dalam bilik saya jelah"

"Ouh okay"

Yiren hanya tersenyum

Di dalam bilik itu hening, jiwon melihat kearah yiren lalu tersenyum. Aisha yang menyedari itu cuba memecahkan suasana di dalam bilik itu.

"Kita terus ke point je cik jiwon" kata Aisha. Yiren melihat Aisha. Aisha memandangnya dengan tatapan dingin

"Baiklah, tapi sebelum kita teruskan perbincangan kalau boleh saya nak tanya yiren masih bujang ke?" Tanya jiwon. Aisha terdiam

"Saya dah berkahwin" jawab yiren setelah menyedari muka Aisha berubah

"Oh" jiwon mengubah muka kecewa dengan jawapan yang diberikan yiren

"Kita boleh sambung" tanya Aisha.

"Terima kasih Aisha sebab sudi bekerjasama dengan syarikat saya saya harap syarikat kita akan terus berkembang seperti yang kita harapkan" kata jiwon

Aisha tersenyum lalu mengangguk

"Nanti saya akan aturkan pertemuan kita lagi, kalau boleh saya ingin bertemu di luar" kata jiwon sambil melihat kearah yiren yang sedang berdiri di belakang Aisha

"Baiklah" Aisha dan jiwon saling berjabat tangan lalu jiwon meninggalkan syarikat itu.

Setelah jiwon hilang dari pandangannya dia mematikan senyuman dan memasang muka datarnya. Dia berpaling ke belakang sambil menyilangkan kedua tangannya di dada. Aisha menatap yiren dengan tatapan tajam.

Aisha masuk ke dalam biliknya, yiren yang berdiri di depan di palau olehnya.

"Awak marahkan saya?" Tanya yiren. Aisha mengabaikan pertanyaan yiren

Dia memusingkan kerusinya ke arah lain.

"I'm sorry please jangan marah" yiren mengucup bibir Aisha. Aisha masih memasang mukanya. Yiren mencium Aisha beberapa kali tapi tetap Aisha memasang mukanya

"Okaylah saya nak sambung buat kerja" yiren menyerah untuk memujuk Aisha

Aisha menarik yiren lalu mencium yiren sambil melabuhkan punggung di atas meja

"Aisha... opps sorry" Mia menutup semula pintu apabila tidak sengaja melihat Aisha dan yiren sedang berciuman di dalam bilik Aisha

"Aishhh kacau mood betullah" marah Aisha apabila tiba² Mia membuka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu. Yiren terkaku dia melepaskan pelukan itu.

"Kau nak apa masuklah" jerit Aisha tapi matanya masih lagi menatap wajah isterinya.

Mia mengetuk pintu. Yiren kembali ke tempatnya. Aisha menyilangkan tangan dan kaki sambil menatapmya geram

"A~Aku minta maaf sebab dah ganggu korang tadi"

"Straight to point kau masuk ke dalam bilik aku ni ada apa?" Tanya Aisha

I'M YOUR CRUSH Where stories live. Discover now