"Dan kau tahu yang aku takkan lepaskan kau" kata Alex tersenyum sinis
"Aku akan datang jumpa kau kalau aku perlukan badan kau ya baby" kata alex tersenyum nakal lalu meninggalkan yiren disitu. Yiren terduduk di situ dia meraung.
Yiren berjalan sambil memeluk tubuhnya air mata tidak dihapus olehnya kerana dia risau maruahnya sekarang di dalam genggaman alex
Aisha mendekati yiren.
"Yiren" panggil Aisha yiren lantas mengelap air matanya, dia menoleh ke belakang
"Awak tak balik lagi?" Tanya yiren dengan nada yang serak
"Tak baru nak balik dan kau kenapa belum balik lagi?" Jawab Aisha sekali gus bertanya kepada yiren.
"Saya..." Aisha memberi telefon yiren
"Saya lupa nak ambil, thank you! Saya minta diri dulu" yiren mengambil telefon dia lalu segera ingin pergi dari situ
"Kenapa tergamak kau buat aku macam ni" yiren menghentikan langkahnya
"Apa perasaan kau pada aku sebenarnya? Kenapa kau putuskan hubungan kita?" Tanya Aisha dia mendekati yiren yang masih terkaku di depannya
"Tolong bagitahu aku yiren I need an explanation from you, please tell me" Aisha memegang tangan yiren sambil merayu kepada yiren agar memberitahunya apa alasan yiren memutuskan hubungan mereka.
Yiren memusing ke belakang dengan rasa bersalah semakin membuak-buak. Mereka berdua saling menatap tidak lama kemudian yiren kembali mengeluarkan air matanya.
Aisha terus menarik yiren masuk ke dalam pelukannya suara tangisan yiren yang tadi hanya perlahan kini mula kuat.
Aisha yang mendengar turut berasa kasihan walaupun hati kecilnya kecewa dengan yiren.
"Nah" Aisha menghulurkan air putih kepada yiren. Yiren mengambil air di tangan Aisha
"Terima kasih" ucap yiren. Yiren membuka tudung botol lalu meminum air itu sedikit
"Macam mana dah okay?" Tanya Aisha yiren mengangguk
"So now aku nak kau bagitahu aku apa alasan kau putuskan hubungan kita" tanya Aisha
"Kenapa awak nak tahu?" Tanya yiren
"Aku rasa dah lama kau tinggalkan aku so sekarang aku nak tahu apa alasan kau" Aisha bertegas ingin tahu apa alasan yiren
Yiren memandang Aisha. Aisha memasang muka serius
"Sebelum tu saya minta maaf sebab dah buat awak kecewa saya tiada niat pun saya terpaksa buat semua tu" kata yiren
"Terpaksa?" Yiren mengangguk
Yiren membuka telefonnya lalu menunjukkan gambar dan video yang dihantar oleh seseorang.
Aisha mengambil telefon yiren dia terkejut dengan apa yang yang dia tengok
"Saya bodoh! semua ni salah saya kalau saya fikir dulu semua ni takkan jadi macam ni" yiren kembali menangis. Aisha memandang yiren kecewa
"Kenapa kau tak bagitahu aku pasal ni" tanya Aisha
"Sebab saya tak nak awak menanggung malu disebabkan saya" jawab yiren
"Kalau kau ada masalah sepatutnya kau kena bagitahu aku, kita dah janji kan akan harungi apa-apa pada masa yang akan datang" tegas Aisha
"Tapi saya tak nak teruskan hubungan kita dulu sebab saya tak nak libatkan awak dalam masalah saya"
"Aku terseksa yiren aku terseksa" Aisha mula meninggikan suara
"Kau tahu tak separuh mati aku tunggu kau, aku percaya apa yang kau cakap tapi semua tu salah aku tahu kau sukakan aku dan tak mungkin kau berubah secepat tu tapi sebab kan aku kecewa dengan kau sampai kan aku tak selidik dulu apa alasan kau putuskan hubungan kita" kata Aisha
"Saya minta maaf Aisha saya betul betul minta maaf" yiren meminta maaf lalu menunduk
Aisha menarik nafas lalu dihembus
"Hutang tu macam mana? Dah selesai?" Tanya Aisha
"Dah lama tapi Alex tipu saya" terang yiren
"Family saya berhutang dengan dia masa tu family saya memerlukan duit banyak, saya jual diri saya semata-mata tak nak family saya terbeban tapi benda tu dah perangkap saya family saya dah lama lunaskan hutang tu tapi diorang tak bagitahu saya. Saya takut, trauma,sedih dan kecewa saya takut kalau kejadian tu diketahui umum saya trauma setelah beberapa kali dia cuba jual saya pada kawan-kawan dia saya sedih sebab harus berkorban untuk family dan saya kecewa bila dapat tahu yang hutang family saya dah diselesaikan 1 tahun yang lalu" kata yiren
FLASHBACK
"Mama dan papa minta maaf sebab tak bagitahu yiren dari awal" ucap papa yiren
"Maaf!! Setelah semua terbongkar papa boleh minta maaf, papa tahu tak siang malam yiren fikir pasal ni. Kenapa papa dan mama sanggup buat yiren macam ni?" marah yiren setelah terbongkar pasal hutang papa mamanya
"Yiren kami minta maaf" ucap mama yiren
"Ya i know papa dan mama tak pernah fikirkan pasal yiren yang papa dan mama fikir hanya pasal mama dan papa je hingga papa sanggup tengok anak sendiri terseksa yiren..." yiren tak menghabiskan ayatnya kerana rasa kecewa terhadap keluarganya.
"Okay mama dan papa boleh teruskan kehidupan tanpa ada gangguan lagi" yiren mengambil beg lalu membawa keluar
FLASHBACK END
"Setelah saya keluar dari rumah tu saya tak tahu keadaan family saya macam mana? Saya kecewa diorang sanggup menjual saya walaupun hutang diorang dah lama lunas saya tak tahu kenapa saya terjebak dengan semua tu" kata yiren sambil menutup mata rasa sakit kini terasa bila mengingati dimana dia ditipu oleh family nya sendiri.
"Kau tinggal dekat sini dengan siapa?" Tanya Aisha
"Saya tinggal dengan eu dan onda, saya tak tinggal dengan sihyeon kerana sihyeon tinggal di tempat yang telah pihak restoran sediakan dulu pihak restoran nak saya tinggal dengan sihyeon tapi saya tolak sebab saya nak tinggal dengan eu dan onda diorang selalu ada dengan saya walaupun saya tak pernah cerita masalah saya dekat diorang selalunya saya akan kongsikan masalah dekat sihyeon tapi disebabkan saya kerja di tempat lain kitorang jarang bertemu" kata yiren
"Aku nak tanya kau satu soalan boleh?" Yiren mengangguk
"Apa perasaan kau pada aku? Kau masih crush dekat aku?" Tanya Aisha yiren tidak menjawab
"Okay aku takkan paksa kau untuk kau jawab pertanyaan aku bila kau nak jawab anytime, aku akan tunggu walaupun itu akan menyakitkan aku aku akan cuba untuk terima" kata Aisha tersenyum pahit.
Yiren memandang Aisha. Perasaan sayang antara mereka masih lagi sama tapi....
"Dah lewat dah ni jom aku hantar kau balik" ajak Aisha
"Tapi saya datang naik motor" kata yiren
"Tak apa motor kau tinggal sini je" kata Aisha
"Aku nak kau ikut aku tanpa membantah UNDERSTAND!!!" Aisha bertekad untuk menghantar yiren balik. Yiren mengangguk dia tak nak membesarkan isu ni jadi dia kena ikut.
Di rumah yiren
"Terima kasih sebab sudi hantar saya balik" ucap yiren. Aisha tersenyum lalu yiren keluar. Yiren berjalan menuju ke pintu
'I love you' ucap yiren dan Aisha serentak mereka berdua memejamkan mata. Aisha meninggalkan rumah yiren.
Bersambung..
Tq 😊
YOU ARE READING
I'M YOUR CRUSH
Romancewang yiren atau lebih dikenali yiren perempuan yang cantik berasal dari china. heo yoo rim atau lebih dikenali aisha yang berasal dari Korea. Aisha dan yiren mempunyai kehidupan berbeza, dari awal pertemuan mereka berdua membuatkan yiren mengidolaka...